Monday, 22 November 2010

Penyahtoksidan Membantu Dalam Proses Pelangsingan Badan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Jika anda mengurangkan berat badan dengan drastik seperti menahan lapar, sebenarnya anda kehilangan lebih banyak otot berbanding lemak, dan jika anda memberhentikan diet dan berat anda naik kembali, anda sebenarnya membina lebih banyak lemak lagi. Jika anda melakukan diet secara bermusim, hilang 10 kg dan 5 kg daripadanya adalah otot dan selepas itu naik balik 10 kg dan 10 kg yang naik itu adalah lemak.sebenarnya anda meningkatkan jumlah lemak di badan anda walaupun berat badan anda tetap sama. Ini bermaksud jumlah lemak anda meningkat berbanding sebelum anda melakukan diet.

Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, sebelum memulakan program mengurangkan berat badan, lakukan penyahtosidan terlebih dahulu selama 7 hingga 20 hari. Anda boleh menggunakan tea hijau atau mengamalkan pemakanan buah-buahan seperti epal, strawberry dan sebagainya untuk menghapuskan radikal bebas.

Selain itu pastikan anda meminum air secukupnya untuk membuang toksin dalam badan Anda. Penyahtosidan bermaksud membersihkan semua organ – organ penting seperti buah pinggang, hati, usus dan sebagainya. Dengan membersihkan organ-organ ini, anda boleh mengurangkan berat badan beberapa kg di sebabkan berat yang hilang adalah merupakan sisa-sisa toksin yang terkumpul dalam sistem badan anda dalam beberapa tahun.

Dengan mengeluarkan semua toksin tersebut dari badan, ini akan menyebabkan proses mengurangkan berat badan akan menjadi lebih mudah. Selepas menghabiskan proses penyahtosidan, pastikan anda memakan buah, sayuran dan makanan berfiber tinggi Untuk mengelakkan sisa toksin tadi berkumpul kembali.

Walaupun berat badan anda tidak berkurang semasa menjalani pross penyahtosidan tadi, Ia adalah berguna untuk memulakan proses pengurangan berat badan di samping boleh meningkatkan lagi tahap kesihatan dan menguatkan sistem penghadaman untuk menolong mengurangkan berat badan anda.

Periksa dengan doktor anda untuk mencari program penyahtosidan yang terbaik untuk bentuk badan dan kesihatan anda. Anda akan berasa kelainan apabila semua toksin yang terkumpul dalam badan anda dikeluarkan.


p/s : saya menggunakan tea mix untuk penyahtosidan di samping meminum air dengan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...