Wednesday, 29 June 2011

Diet Berkesan Dengan Herbalife


Mornink all!!!!!!!!...

Dah lama tak hapdet. agak bizi dengan kerje selepas balik dari PICC. Terlalu banyak keje yang tertunggak..yang perlu dilaksanakan. terlalu banyak aduan2 daripada user yang perlu diamik tindakan.

juz nak update berat terbaru aku pagi ni. sori tak dapat nak achieve target. tewas dengan godaan nafsu kat PICC. makanan disediakan 5 kali sehari. Breakfast, minum pagi, makan tengahari, minum petang..makan malam. macammana nak kuruih. tak makan rugi...standard makanan hotel..haruslah kena belasah cukup2. tapi walaubagaimanapun..aku tetap bersyukur sebab masih bleh kontrol dan berat aku tak mencanak naik. menten lagik. hari2 aku bawa teh herbalife ke PICC. pedulik apa kan??? orang tengok pun aku buat derrrkkkk jer. janji aku sihat. pastu hari2 bawa shake...tapi tak minum langsung. sebab dok ngadap makanan picc. hahahaha.

bulan puasa lagi sebulan jer kan????...maknanya lagi 2 bulan dah nak raya. harap2 aku dapat berat 52kg. berat masa anak dara dulu. ekceli aku memang ala2 montel cenggitu. masa anak dara pun berat aku 52kg jer. so, dah beranak dua ni dan kawen pun dekat 10 tahun naik 3 kg tu biasalah kan??? kalo turun nanti orang kata makan hati berulam jantung plak. tak pun orang kata kena dera. heheheh. simbol dah beranak..kena la kembang sket.

okey lah ..aku nak berundur dulu. nak siapkan keje sket. kalo ada sesapa yang nak order tu, leh contact aku ya. sabtu ni aku nak gi amik barang kat HQ. kalo nak order bagitau cepat2 ya.



Wednesday, 15 June 2011

Bentukkan badan dan dapatkan kesihatan terbaik dalam hidup anda dengan Makanan Sihat Herbalife

Cuba fikirkan tentang masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan orang yang mahu cuba untuk mengurangkan berat badan. Mereka lapar, tidak mendapat nutrisi yang baik dan kehilangan otot kerana mereka mengurangkan pengambilan protin mereka dan juga kalori. Apabila mereka berhenti mengamalkan "diet" mereka, lemak akan bertambah dan otot masih berkurang. Fikirkan tentang keperluan tenaga mereka, ia hanya akan menjadi lebih teruk. Sekarang fikir tentang keperluan tenaga anda dengan Herbalife. Anda mempunyai otot berkualiti, anda makan kurang lemak, gula dan karbohidrat tidak berfaedah yang lain, dan anda membuang toksin dalam badan supaya dapat menyerap nutrisi yang anda makan. Perbezaan yang ketara!

Jadi samada anda mahu bentukkan badan anda, turunkan berat badan atau berlatih untuk triathlon seterusnya, sarapan sempurna Herbalife adalah pilihan yang terbaik untuk meningkatkan nutrisi anda secara radikal dan masih menikmati makanan yang anda gemari.

Pilih shake Herbalife Formula 1 yang enak berdasarkan perisa kami iaitu Dutch Chocolate, French Vanilla, Coppuccino, Strawberry atau Tropical Fruit! Kami ada resepi berasaskan air, jus buah-buahan, soya atau susu rendah lemak dan banyak lagi pilihan lain. Anda juga boleh membuat pai atau makanan lain. Bukan sahaja anda makan sarapan yang terbaik, anda tidak akan makanan yang tidak baik DAN anda akan jimat wang. Ya, purata sarapan Herbalife adalah lebih murah dari sarapan biasa yang tidak sihat anda makan di rumah sekarang, atau terutamanya yang kita beli dalam perjalanan! Selepas beberapa hari anda akan rasa perbezaannya dan mula MELIHATNYA juga! Oleh kerana anda makan kurang lemak dan karbohidrat yang tidak berfaedah, anda akan mula membentuk badan anda. Ini boleh dinampak dalam berat yang kurang dan sentimeter atau inci juga.

Lemak adalah tidak bagus untuk ukuran pinggang anda dan semua orang tahu mengenainya, tapi begitu juga karbohidrat yang kosong. Ini adalah gula, roti, pasta, nasi dan semua kalori tambahan dalam badan anda yang tidak boleh di bakar kerana anda tidak cukup aktif. Kalau karbohidrat tidak di gunakan untuk menghasilkan tenaga dalam badan, ianya akan di simpan sebagai lemak. Sekarang anda lihat mengapa makanan yang tidak bagus boleh membunuh dan menggemukkan kita.

Kebanyakan sarapan kita adalah segera, kalori tidak berkhasiat, nasi, mi, roti bakar, bijiran bersalut gula, kopi dengan krim dan gula, daging berlemak dan kek manis. Semua makanan segera ini akan senang bertukar menjadi lemak jika anda tidak berlari marathon seharian! Dengan Formula 1 Herbalife, anda bukan saja mendapat apa yang badan anda perlukan; protin soya, vitamin, mineral, air, minyak sihat dan serat, dan anda akan jimat wang, dan perkara paling menarik sekali adalah rasanya yang sedap! Dan kelebihan utama Herbalife adalah herbanya. Ianya mencuci dan membaiki badan secara semulajadi, tanpa ini anda tidak akan mendapat khasiat sepenuh nutrisi kerana anda tidak menyerap sepenuhnya nutrisi ke dalam sel-sel.

Tuesday, 14 June 2011

Mengawal berat badan dengan pengetahuan KCal

Badan akan memproses bahan makanan untuk dijadikan tenaga. Tenaga ini digunakan oleh badan kita untuk melakukan kerja.KCal atau kilo calori merupakan unit untuk mengira tenaga. Mengetahui dan mengawal KCal adalah rahsia kejayaan Herbalife! Dua perkara penting dalam KCal adalah Pengawalan KCal dan juga Nilai KCal Sesuatu Makanan

Mengawal KCal – Basal Metabolic Rate

BMR atau Metabolism ini merupakan perkara asa yang perlu diketahui oleh semua orang terutamanya yang inginkan kesihatan unggul. BMR merupakan tenaga yang diukur dalam unit kilocalori pada keadaan rehat untuk memberi fungsi normal kepada badan. Beberapa faktor mempengaruhi BMR antaranya ialah, tinggi, jentina, suhu persekitaran, BERAT, DIET dan juga SENAMAN. Yang berhuruf besar adalah perkara yang boleh diubah untuk meningkatkan BMR anda!

  • Tinggi – Semakin tinggi badan, semakin tinggi BMR
  • Jentina – Lelaki memiliki BMR yang lebih 15-20 % lebih dari perempuan
  • Suhu – Keadaan sejuk membuat BMR lebih 5-10% dari tempat panas
  • BERAT – Semakin berat, semakin tinggi BMR
  • DIET – Diet yang betu akan meningkatkan BMR
  • SENAMAN – Senaman yang betul akan meningkatkan BMR sedikit demi sedikit

Nilai KCal dalam Makanan

Antara faedah memasuki pertandingan ini adalah anda dapat mengetahui BMR anda dengan mesin penimbang yang digunakan. Dengan bantuan ‘coach’ anda boleh mencapai berat badan yang anda inginkan! Untuk mengira BMR, rumus yang digunakan adalah

P = 370 + (21.6*LBM) LBM = Lean Body Mass (Muscle)

Rumus dari Katch-McArdle ini merupakan rumusan dari rumus yang terawal dari Harris-Benedict yang lebih susah. Diketahui bahawa BMR adalah berkadar terus dengan jisim otot. Untuk membina otot, pengambilan protein yang betul dan juga senaman yang mencukupi adalah sangat penting.

Apabila BMR sudah diketahui, tibalah masanya untuk mengawal pengambilan KCal melalui pemakanan. Paling hebat mengenai Herbalife, satu shake hanya 150 ke 200 Kcal sahaja!

Diet Berkesan Dengan Herbalife - Day 6

Salam semua...

sori dah lama tak update, agak sibuk dengan keje semenjak kena duty kat PICC ni. untuk pengetahuan semua...aku akan sibuk berduty di PICC dari jam 8.00am hingga jam 8.00pm sehingga 23 Jun ni. makna kata nya...semua entry yang bakal aku poskan akan bersiaran secara langsung dari PICC.

oh ya!! mesti nak tau kan berapa berat aku sekarang....??? tak banyak turunnya kali ni. apa taknya..start hari sabtu sampai isnin..menu aku adalah KFC. hurrrmmmm...so hari ni..waktu orang lain keluar lunch..aku menyebokkan diri depan PC. takmo dah kuar makan. menyesal tak hengat semalam bila keluar makan makan nasi walaupun setengah senduk.

pagi tadi bos aku dah belanja mihun goreng sepinggan. so, cukuplah menu aku hari ni. dah serik dah. cuma nak habiskan 2 liter air jer lagi ni. dari pagi tadi baru habis 500ml, sejukkkk kat picc ni. kang asik terkucil jer kalo minum air banyak.

berat aku pagi tadi adalah 56.5kg. harus aku pulun habis2. walaupun tak banyak turun tapi nasib baik tak naik semula. malam tadi bila balik keje kol 8.00malam...tengok2 laki aku dah standby KFC atas meja makan. tak makan kang majok plak. so telan la aku perlahan2..pastu bila dah sendawa mula la nak menyesal.. owwhhh!!!!! takkan kuulangi lagi makan KFC itu malam ini.

p/s : rasa tekanan bila badan mula bergoyang2 sewaktu berjalan. huhuhuhu

Friday, 10 June 2011

Diet Berkesan Dengan Herbalife - Day 3

Hari ni tak sempat nak timbang berat aku. kalut pagi tadi. nak update blog pun dah petang ni. Harap2 tak naik la...menten ok!!!

Menu semalam:

pagi : shake herbalife(perisa vanila + milo sesudu)
tengahari : ikan keli goreng dan sayur petola
petang : milo cicah biskut jejari baby..heheheh


agak2 dengan menu tu berat aku naik tak???

malam tak makan..sebab sebelum balik dah belasah milo dengan biskut...so agak kekenyangan.

petua ya kawan2..sebelum balik keje...minum dulu. kang balik nafsu nak makan akan berkurangan.

oh ya!!!! pada sesiapa yang ada application whatsapp dalam telepon masing2...boleh invite saya ya...kita guna whatsapp lagi senang...JIMAAATTT!!! hehehe

Wednesday, 8 June 2011

Diet Berkesan Dengan Herbalife

Semalam telah ku khabarkan peningkatan berat badan aku yang melonjak dari 54.++ kg kepada 58.1 kg..

Hari ini...pagi2 tadi aku telah menimbang berat badan aku....dan hasilnya adalah 57.6 kg. Ya!!! aku telah kehilangan 500g dalam masa sehari. petua2nya adalah :

1. pagi - shake herbalife
2. tengahari - setengah senduk nasi (semalam aku kata xnak makan nasik kan...tapi bila turun lunch menu kat kantin ni nasikkkkkk jer....belasah jer ler)
3. malam - shake herbalife

dan hasilnya amatlah mengembirakan aku....

target 20 Jun 2011 dapat kembali 54kg.

aminnnnnnn....

Testimonia Jun V1



testimonia bulan Jun 2011.

juz nak bagitau...kawan aku ni telah kehilangan 5kg dalam tempoh 3 minggu. hebakkkk kan???!!!!!....harus aku kejar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...