Friday, 25 January 2013

Tip Kurus 2

Bismillah..
Dalam kejayaan penurunan berat badan, ada ramai orang  tak mampu untuk mencapai keputusan jangka panjang..sebabnya, mereka  hanya boleh membuat perubahan sementara , yang akan mengakibatkan mereka hanya boleh menurunkan berat badan juga untuk sementara. Selepas itu, mereka akan  mendapat kembali berat badan asal mereka dengan mudah

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Kerana mereka tak pernah nak belajar tentang apakah perkara-perkara yang memerlukan mereka melakukan perubahan dalam kehidupan seharian dan tabiat mereka.


 

Jadi, jika anda sedang mencari kejayaan penurunan berat badan, anda PERLU BERSEDIA membuat perubahan melalui tabiat baru dan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai sebahagian daripada hidup anda

Thursday, 24 January 2013

Menu Diet Herbalife: Anda masih mencari cara yang betul untuk menggunakan produk?


Menu diet Herbalife adalah menu yang direka khas oleh jurulatih yang telah mengenal pasti keperluan badan anda dan matlamat yang anda mahu capai.
 
Setiap tubuh adalah berlainan dan berbeza. So, pelan makan akan disusun khas untuk anda bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Adalah sangat-sangat penting bagi anda untuk memilih jurulatih yang anda suka dan percaya. Kerana perjalanan penurunan  berat badan bukanlah untuk satu jangka masa pendek. Ia adalah untuk jangka masa yang panjang.

Perjalanan penurunan berat badan ni sama macam 'dating journey'. Anda akan memilih lelaki / gadis yang anda suka dan anda akan mulakan hubungan untuk mencapai satu keputusan akhir yang anda mahu contohnya berkahwin.

So, sama jugak dengan penurunan berat badan. Keputusan akhir yang anda cari tentunya kejayaan penurunan berat badan.

Jika anda sedang mencari jurulatih, saya yakin  saya dapat membantu anda mencapai keputusan yang anda mahu.

Tuesday, 22 January 2013

Tips Dari Majalah

"Jika perut lapar, biskut dan kerepek adalah makanan pertama yang anda fikirkan. Tetapi, kesemua makanan ini mengandungi kalori yang banyak walaupun dibungkus dalam pek yang kecil. Cara ia dibungkus membuatkan kita terpengaruh yang makan sejumlah itu tidak akan mengganggu kalori tubuh kita. Walhal kenyataan adalah sebaliknya. Apa kata, jika anda lapar selepas ini ambillah epal, oren atau buah-buahan yang lain. Buah-buahan tidak akan memenuhkan anda dengan kalori dan menariknya, anda akan merasa kenyang dalam tempoh yang lama"-------majalah kesihatan No.1 di Malaysia :)

Jadi, point utama nya kat sini ialah, setiap kali korang rasa lapar, cuba semak jumlah air yang korang dah minum sehari. Kalau masih  tak cukup, minum air dulu. Tapi, kalau korang masih lapar, pilih snek yang sihat (buah-buahan, yogurt) instead of snek yang membahayakan (biskut. kerepek,gula-gula, coklat, etc.)

Sesiapa yang nak tau lebih banyak Herbalife tips, berapa banyak air yang anda perlu minum sehari dan nak dapatkan analisa kesihatan percuma, bolehlah emailkan soalan-soalan anda pada saya di primrose.811@gmail.com ye :)

Monday, 21 January 2013

TIPS KURUS

Bismillah...

Adakah anda semua masih mencuba untuk menurunkan berat badan sejak 1-2 tahun yang lalu tapi masih tidak dapat sebarang keputusan sehingga hari ini? Saya tahu diluar sana ramai orang yang "INGIN" kehilangan berat badan, bukan "MAHU" kehilangan berat badan. Itulah sebab utama mengapa kebanyakan dari mereka masih tidak mendapat apa-apa hasil yang diharapkan.

Satu tips yang sangat penting untuk anda semua .. sebelum memulakan program mengurangkan berat badan, sentiasa bertanya kepada diri sendiri ..
 
1) Kenapa anda ingin menurunkan berat badan?
2) Mengapa anda perlu  mengurangkan berat badan?
3) Apa yang anda akan dapat selepas anda  kehilangan berat badan yang berlebihan tersebut?
4) Apakah jenis ganjaran yang akan anda berikan kepada diri sendiri selepas berjaya dengan program menurunkan berat badan?


Setiap hari, apabila anda bangun dari tidur setiap pagi, beritahu diri anda, sebab kenapa anda ingin / perlu untuk mengurangkan berat badan. Pada waktu malam, sebelum tidur, beritahu diri anda sekali lagi sebab atau keperluan untuk menurunkan berat badan. Ingatkan diri anda tentang sebab-sebab dan matlamat yang anda mahu capai .. Dan saya pasti .. jika anda mengikut arahan/bimbingan coach dengan betul.. sentiasa mengingatkan diri sendiri.. anda pasti akan mendapat keputusan idaman anda..saya akan menunggu untuk mendengar berita baik daripada anda tidak lama lagi... :)

Herbalife di hujung jari anda

Adakah anda tahu, anda boleh membuat pesanan produk Herbalife melalui online? Sangat mudah, cepat dan best! 
Kenapa saya suka beli Herbalife online?
- Boleh submit order bila-bila masa, kat mana-mana tempat *asalkan ada 
  kemudahan Internet*, 24 jam, 7 hari seminggu.
- Tak perlu bazir duit telefon untuk submit order melalui telefon. (Tak suka 
  method ni!)
- Boleh bayar melalui debit card, credit card ataupun wire transfer.
- Tak perlu isi order form dan email kepada myorderline@herbalife.com
- Kalau nak pick up order kat Herbalife Office, saya suka order Herbalife 
  online dulu sebab boleh save time, tak perlu tunggu lebih lama di kaunter.

Macam mana nak beli Herbalife online?
Anda mestilah seorang ahli Herbalife jika anda ingin beli Herbalife online kerana anda memerlukan ID number dan password untuk log in di https://myen.myherbalife.com.
Anda boleh refer kat sini untuk ketahui cara-cara untuk menjadi ahli Herbalife / Pengedar Herbalife.
Hubungi saya primrose.811@gmail.com jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Herbalife dan saya bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...