Tuesday, 28 February 2012

Berhenti Herbalife boleh Gemuk????

Semalam ada beberapa orang tanya aku, “Kenapa ada orang kata, bila dah amik Herbalife ni, bila stop je, berat badan akan naik semula? “

Lepas tu ada jugak yang cakap , “Betul ke Herbalife ni kena ambik forever?”

So, untuk menjawab soalan-soalan tu, aku ingin clearkan kat sini bahawa Herbalife ni sejenis makanan, nutritional food. Makanan yang mengandungi semua nutrition yang diperlukan oleh tubuh, Sama macam kita makan nasi pada waktu makan tu. Tapi Herbalife ni memang confirm ada semua nutrition. Sedangkan kita boleh confirm ke nasi dan lauk yang kita makan tu ada semua kandungan nutrition?

Lagi satu, setiap shake Herbalife hanya 180kalori. Sepinggan nasi, agak-agak berapa kalori?

Kita kena faham macamana badan kita boleh jadi gemuk.

Dari laman web http://www.weightlossresources.co.uk


UK Department of Health Estimated Average Requirements (EAR) are a daily calorie intake of 1940 calories per day for women and 2550 for men.

In order to lose weight you need to eat less calories per day than your body needs. To lose 1lb a week you need a negative calorie balance of 500 calories per day. To lose weight at 2lb a week you need to reduce your calorie intake by 1000 calories a day.

Ini maknanya untuk sesiapa yang ingin turunkan berat badan, setiap hari perlu ambil 1,200- 1,500 kalori sahaj + exercise.

The gradual reduction in calories required encourages the body to slowly use up fat stores rather than burning up protein from muscle - this is what often happens when calories are cut too quickly and results in a lowered metabolism!

Setiap orang patut tahu bahawa produk ini ialah nutrition product, bukan product untuk turunkan berat badan semata-mata. Jadi ianya mengenai eating lifestyle, cara pemakanan yang sihat. Sebab badan kita perlukan nutrisi yang seimbang. Jadi sekiranya kita nak pastikan badan kita dapat khasiat seimbang setiao hari, kita memang boleh terus ambil Herbalife ni sampai bila-bila, sama macam kita ambil makanan biasa juga.

Mana-mana produk diet dalam industri pun, kalau kita berhenti mengamalkan rutin diet yang betul, makan apa saje jenis makanan yang ada, memang tentulah berat kita akan naik semula.

Sebab itulah yang paling penting ialah untuk menikmati hidangan breakfast yang sihat dan nutrisi yang seimbang untuk maintain kesihatan dan berat badan kita. Kes

"Healthy eating is not about eating less..

Healthy eating is about eating the right food for our body."


Badan kita dibina daripada berjuta-juta sel. Bila kita bangun setiap pagi, kita akan rasa lapar kerana sel-sel badan kita minta makanan. Tapi kita isikan dengan makan makanan yang tidak sihat seperti nasi lemak, oats, sausage, telur…Sel-sel badan kita tidak perlukan semua tu. Cuma perlukan vitamins and minerals + air yang banyak. Sebab dengan sel-sel yang sihat, badan kita akan jadi sihat.

Ada sesetengah orang kata…boleh ambil multivitamin pills. Ok, dengan pil-pil tu, macamana kita boleh pastikan vitamin yang diambil dapat diserap sepenuhnya oleh badan. Bila kita ambil pil, ambil masa untuk dihadam dan diserap oleh badan. Dan tahap serapan daripada pil hanya 40%. Tetapi untuk cecair seperti shake, tahap serapan ialah 70%-80%. Multivitamin tidak akan dapat menggantikan breakfast. Tetapi shake Herbalife akan memberikan semua nutrisi yang diperlukan sambil menyediakan cara yang sihat untuk breakfast

Untuk sesiapa yang masih belum yakin dengan Herbalife, jadi dinasihatkan jangan cuba produk ni.

Dan untuk sesiapa sedang gunakan Herbalife, pastikan anda tahu cara yang betul untuk mendapatkan faedah dan kesan terbaik daripada produk ini.

Kepada sesiapa yang pernah menggunakan produk ini, tetapi sudah berhenti dan mengalami kesan-kesan yang tidak disukai, jangan salahkan produk, tapi kaji semula cara pemakanan anda sama ada masih sihat atau tidak.

Mula Sikit-Sikit @ Perlahan-lahan

Anda mungkin seorang yang dalam proses ingin menurunkan berat badan dan telah melalui proses diet untuk beberapa seketika.

Kalau dulu anda rasa anda tidak boleh, atau tidak mampu bersenam, tetapi tiba-tiba sekarang rasa nak mula memasukkan rutin senaman dalam hidup anda, ATAU, anda dulu memang kaki bersenam, tapi dah lama tinggalkan dan teringin nak mulakan semula.

Macamana nak mulakan semula aktiviti senaman secara perlahan-lahan tanpa membebankan tubuh badan anda? Inilah yang dimaksudkan dengan Start Small.

Dengan bermula secara perlahan, anda akan dapat membawa diri anda untuk melakukan rutin senaman tanpa sebarang sakit. Anda juga dapat mempersiapkan diri anda untuk melakukan lebih banyak aktiviti, dan mendatangkan minat dan motivasi untuk menambah tahap kesukaran aktiviti anda.

Macamana nak Start Small ?

  • Berjalan setiap hari selama 15 minit
  • Dapatkan rehat yang cukup - tidur 8 jam sehari untuk tenaga
  • Stretch setiap pagi
  • Gunakan tangga menggantikan lif di pejabat
  • Skip rancangan di TV dan gantikan dengan aktiviti luar.
  • Buat aktiviti push-up dan sit-up selama 1 minit (bergantung kepada bilangan yg anda mampu).
Jadi, ingatlah. Formula ringkas untuk turunkan berat badan ialah jaga diet dan lakukan senaman. Dengan dua cara ini, mesti berat yang diinginkan akan dapat dicapai sooner or later.

Good Luck!

Monday, 20 February 2012

Jadikan Makan Kerap Tetapi Sedikit Sebagai Amalan

Sekiranya anda seorang ibu, menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak seharian, kebanyakannya akan lebih kerap makan sepanjang hari. Kita akan lebih terjerumus sebagai orang yang kerap makan, bukan makanan yang berat tetapi lebih kepada mengambil makanan ringan, atau dipanggil snacking.

Snacking tidak semestinya tidak bagus untuk kita- sekiranya makanan yang diambil adalah sesuai, dan sekiranya anda seorang yang kerap lapar, boleh bertukar menjadi suatu tabiat yang menyihatkan.

Biasanya seseorang akan mudah lapar setiap 3-4 jam. Perbuatan mengambil makanan berkuantiti sedikit tetapi pada masa yang kerap, boleh mengelakkan kita daripada mengambil terlalu banyak makanan pada waktu makan tengahari atau makan malam. Makanan ringan sepatutnya mengandungi karbohidrat sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biskut / makanan jenis whole grain, serta protein sihat seperti kekacang, produk soya, atau produk tenusu rendah lemak.

Kebiasaannya masa antara makan tengahari dan makan malam merupakan waktu paling sukar. Kebanyakan orang akan cuba untuk 'tahan lapar', dan menyebabkan pengambilan makananan berlebihan sewaktu makan malam. Daripada mengambil snek, kita boleh ambil 'makan tengahari kedua', sesuatu yang lebih mengenyangkan tetapi berkhasiat seperti shake, keju dengan buah-buahan, atau makanan rendah kalori yang lain. Kemudian, waktu makan malam, kita boleh kurangkan sedikit pengambilan makanan.

Sekiranya anda kerap lapar selepas waktu makan malam pula, cubalah berus gigi anda selepas makan. Itu merupakan isyarat yang bagus kepada badan anda untuk berhenti makan untuk hari itu.

Sumber daripada Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, salah seorang konsultant Herbalife.

Wednesday, 15 February 2012

Kisah Orang Dengan Penimbang


Kali ni nak kisahkan sedikit mengenai perangai orang dengan penimbang.

Ada orang yang malu dengan penimbang
Ada yang hari-hari pun nak timbang
Ada yang konsisten, dan setkan diri untuk menimbang seminggu atau dua minggu sekali

Mana yang paling baik sebenarnyaya?

Of course, orang yang tidak pernah menimbang ialah orang yang paling selesa dengan dirinya sendiri. Sama ada dia memang kurus, atau obese, dia telah menerima hakikat dengan berat badan dirinya dan tidak inginkan sebarang perubahan. Kalau berat tu memang kekal tak apalah. Tapi kalau berat semakin lama semakin naik tanpa disedari, atau diingini, ini akan mengundang bahaya di masa hadapan, kerana orang yang obese mudah mendapat penyakit.

Kalau nak turun banyak elok timbang seminggu sekali. Sebab, kalau penurunan terlalu perlahan akan menyebabkan anda mudah kecewa dan mungkin berputus asa. Ingatlah bahawa tahap kesihatan bukan ditentukan oleh penimbang semata-mata. Sedari perubahan pada diri sendiri. Betapa anda lebih bertenaga, dan rasa lebih sihat. Berapa banyak ukuran pinggang yang berkurang? Adakah anda kelihatan lebih menarik di hadapan cermin? Take note dengan perubahan diri dan perasaan anda sendiri.

However, sekiranya anda sedang maintain atau ada sedikit sahaja hendak diturunkan, menimbang dengan lebih kerap akan membantu anda untuk maintain dan tidak terlebih. Sebab bila kesedaran diri dah ada, anda sendiri akan tahu bila masa anda kena mula berdiet semula ketika berat semakin naik. Dan percayalah, menurut kajian, orang yang mempunyai penimbang, dan selalu menimbang berat tidak akan menjadi obese, selagi dia masih sedar dengan matlamat untuk kekal sihat.

The Difference Between Women & Men



Sekiranya satu pasangan memutuskan untuk menurunkan berat badan bersama-sama, ini merupakan satu keputusan yang paling baik. Lebih mudah untuk kawal pemakanan dan melakukan excersize sekiranya 'partner' anda juga ingin melakukan perkara yang sama.

Baru-baru ini Herbalife telah melakukan kajian terhadap kira-kira 1000 orang lelaki dan perempuan untuk mengetahui purata sebab mengapa mereka mahu menurunkan berat badan. Perbezaan antara jantina begitu ketara.

Bagi wanita, mereka mahu turun berat badan untuk nampak lebih menarik. Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan bentuk badan mereka yang asal. Bagi lelaki pula, mereka hanya mahu turun berat apabila rasa badan semakin menjadi tidak sihat.

Wanita juga lebih cepat berasa tidak puas hati dengan kenaikan badan mereka. Walaupun hanya naik sebanyak 5paun/2.2kg sahaja, mereka akan cepat-cepat memikirkan untuk menurunkan berat badan. Bagi lelaki pula, hanya selepas kenaikan 20paun/9kg baru mereka akan fikir untuk menurunkan berat badan. Ini biasanya kerana wanita selalunya terpengaruh dengan artis atau model yang kurus dan ramping, manakala lelaki pula lebih terpengaruh oleh ahli-ahli sukan yang kebanyakannya memang mempunyai saiz badan yang besar.

Bagi kaum lelaki, biasanya mereka akan mengambil lankag secara direct dengan menyenaraikan apa yang ingin dicapai dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai apa yg mereka inginkan. Mereka biasanya akan memilih untuk bersenam dengan lebih kuat bagi menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Mereka akan bertanya,"Apa yang perlu saya ambil dan tinggalkan untuk turunkan berat badan?"

Berbeza untuk wanita pula, mereka lebih suka memlilih untuk diet dan senaman dalam menurunkan berat badan. Dan biasanya mereka akan cuba untuk mencari alasan untuk memberikan kelonggaran kepada rutin mereka. Antaranya, mungkin ada yg akan bertanya,"Boleh tak kalau saya ambil sedikit coklat dalam diet saya?"
Atas sebab perbezaan ini, adalah kurang baik bagi pasangan yang ingin menurunkan berat badan untuk bersaing. Sebagai contoh, keperluan kalori lelaki lebih tinggi daripada wanita. Sekiranya orang lelaki mengurangkan sedikit kalori bersamaan dengan kalori yg dikurangkan oleh wanita, mereka akan tetap cepat turun berat kerana keperluan kalori wanita yang lebih rendah. Mereka hanya perlu kurangkan sedikit penambilan makanan dan masih lagi turun berat. Manakala wanita terpaksa lebih banyak berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ini akan lebih mengecewakan wanita dalam pasangan itu, walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan pengambilan makanan.


Adalah penting bagi pasangan yang sama-sama ingin menurunkan berat badan, untuk memberikan skngan antara satu sama lain. Lelaki seharusnya peka dengan lebih cepat sekiranya berlaku kenaikan berat badan, kerana ini akan meningkatkan risiko penyakita berbahaya. Walaupun senaman berat pilihan lelaki lebih cepat menurunkan berat badan, diet dan senaman pilihan wanita akan lebih memberikan kesan jangka masa panjang dari segi kesihatan.

Wanita pula patut cuba mengikut lelaki yang mana lebih fpkus dengan goal mereka, dan akan membantu sekiranya mereka tidak mencapai berat badan yang diinginkan dalam masa yang dijangka. Mereka akan lebih mudah untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan sekiranya mereka lebih berpuas hati perbezaan yang dirasai hasil daripada pilihan diet dan senaman yang telah dilaksanakan. Dengan lebih menekankan untuk menjadi lebih kuat dan sihat, akan membantu wanita untuk lebih menerima keadaan tubuh badan masing-masing.


New Label Untuk Produk Herbalife


Please take note bahawa produk Herbalife akan bertukar label secara berperingkat bermula daripada Herbalife Formula 1 perisa Dutch Chocolate. Yang lain-lainnya akan bertukar dalam masa terdekat.

Oleh itu sekiranya anda membuat pesanan dan mendapati bahawa rupa bekas produk Herbalife anda berlainan daripada sebelum ini, jangan terperanjat ye. Ini adalah cara Herbalife supaya semua produknya mempunyai rupa dan imej yang sama di seluruh dunia.

Lagipun, apa yang ada di luar tidak penting. Yang penting ialah kualiti dan nutrisi yang diberikan oleh setiap produk Herbalife, that really counts ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...