Sunday, 31 October 2010

Kelebihan Herbalife

Langsing Dan Sihat !!!

Tanpa Ubat & Tanpa Suntikan ................. Hanya Dengan Nutrisi....................

  • Selesaikan masalah berat badan anda sehingga 10kg dalam 30 hari secara selamat & semulajadi.
  • Tidak perlu senaman, mudah diikuti, keberkesanan dijamin 100%!
  • Penampilan baru yang lebih muda & sedap mata memandang.
  • Daya tahan terhadap penyakit terbina secara semulajadi.
  • Tidak perlu berlapar.
  • Masih boleh makan makanan kegemaran.
  • Badan sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari. Tiada sebarang kesan sampingan.

Boleh diambil oleh sesiapa sahaja, semua peringkat umur, orang sakit, ibu mengandung, ibu menyusu,kanak-kanak dll.

" Cara diet yang sihat adalah bekalkan nutrisi yang cukup kepada badan, bina otot dan tingkatkan kadar metabolisma. Dengan ini otot akan terbina, lemak dibakar setiap hari, badan yang sihat dan segar kerana nutrisi cukup dalam badan dan daya tahan penyakit secara semualajadi "

Bagaimana kita hendak pastikan semua nutrisi mikro di atas dibekalkan kepada badan setiap hari? Usah risau! Segalanya telah diformulasikan, dikaji, disukat, dicuba dan terbuktiberkesan selama lebih 30 tahun. Semuanya ada dalam Formula 1!

Bagaimana boleh langsing dalam masa yang singkat? Pengambilan Tea Mix akan membakar kalori seperti kita melakukan aerobik 20 minit. Jika kadar Metabolisma anda tinggi, berat akan turun lebih cepat kerana metabolisma membantu pembakaran kalori lebih cepat. Jadi pilih makanan yang seimbang semasa program ini.

Makanan Seimbang

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?
Makanan seimbang bermaksud makanan yg mengandungi semua nutrien yg diperlukan oleh badan kita iaitu sekurang-kurangnya 40 jenis.

Kenapa?
Sebab kita mempunyai lebih kurang 90 jenis organ yg mempunyai tugas yg berlainan tetapi saling berkait rapat antara satu sama lain. Setiap organ ini memerlukan khasiat yang berlainan untuk ia berfungsi.

Contohnya :
Otak memerlukan vit. B12,
Jantung memerlukan vit. E,
Mata memerlukan vit. A (diperolehi daripada makanan yang mempunyai Beta Kerotena (pewarna asli yg biasanya terdapat pada lobak merah) iaitu sumber vit. A),
Hati memerlukan kombinasi vit. A, C, & E,
Tulang memerlukan kombinasi mineral Kalsium dan vit. D dsb.

Banyak jenis penyakit kronik yang kita ketahui skrg ni sebenarnya boleh disembuhkan dengan cara menukar tabiat pemakanan harian kita kepada pemakanan yang seimbang. Seperti kata Dr. Adele Davis, anda adalah apa yang anda makan, bermaksud anda sihat kerana makanan yang sihat dan anda tidak sihat kerana makanan yang tidak sihat. Contoh-contoh penyakit yang disebabkan pemakanan tidak sihat adalah Anemia disebabkan kurang zat Besi, Prostat disebabkan kurang zat Zink, Tiroid (Beguk) disebabkan kurang Iodin, Cox-B disebabkan kurang Selenium & vit. E dll. Kesimpulannya, kita kena makan makanan yang memberi kita kesihatan dan bukan hanya mengenyangkan sahaja. Terdapat 3 cara untuk mendapatkan khasiat seperti yang diterangkan tadi.

Cara 1 :

Setiap kali kita ke pasar kita cari lah sayur-sayuran atau buah-buahan yg mempunyai warna seperti lobak merah, bayam purple(inda tau la apa jenis bayam ni), sayuran berwarna hijau (lebih gelap warna hijaunya lagi bagus), buah-buahan seperti tembikai (sikui) warna merah & kuning, buah naga (dragon fruit) berwarna merah & putih, kepayas (papaya). Pendek kata semua sayuran atau buahan yg berwarna-warni lah. Nmpk semuanya sedap2 belaka, tetapi kita kena pilih yg tidak menggunakan baja kimia ataupun racun perosak. Kalau boleh yg organik yg hnya menggunakan baja asli tanpa kimia. Apabila kita memasak makanan seperti sayuran, jangan dimasak dengan kepanasan melebihi 25 darjah Celsius, nanti hilang semua khasiatnya. Buahan pula klu boleh jgn dikupas kulitnya kerana kandungan vit. C pada buahan terletak dibawah kulit dan di atas isi dan bukan pada jusnya seperti yg biasa kita dengar. Namun cara ini sangat mencerewetkan dan banyak wang perlu kita guna untuk mendapatkan makanan-makanan tadi.


Cara 2 :

Cara ini paling senang. Apa susah-susah mau pigi cari semua makanan tadi. Pigi saja sana farmasi, beli saja multi-vitamin atau B-complex atau suplemen yg mengandungi hampir semua (bukan semua) khasiat yang diperlukan. Tetapi persoalannya, adakah ianya SEIMBANG? Kita juga terpaksa melabur banyak wang untuk membeli suplemen-suplemen ini hanya untuk mendapatkan 40 jenis khasiat sehari.


Cara 3 :
ShapeWorks Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink
So terpulang pada anda untuk memilihnya...bagi saya tentulah cara 3..Dengan ShapeWorks..senang

DIET....Tapi Masih Gemuk

SERINGKALI mereka yang mengidap obesiti terpaksa berpura pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian.

Tak kurang juga yang sudah enggan melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang sering kedengaran:

  • Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun.
  • Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan.
  • Tiada masa untuk bersenam
  • Suami tidak kisah gemuk.

Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan membawa kesan yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan.

Mengapa kitaran lapar dan kenyang berlaku?

Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.

Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.

Badannya memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah.

Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.

Kurus demi kesihatan

Umum mengetahui adalah sangat perlu untuk mengekalkan berat badan yang sepatutnya bukan saja supaya agar kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan.

Kesihatan merupakan sebab yang terpenting agar seseorang memperolehi berat badan yang sesuai dengan ukuran rangka badan iaitu berat badan unggul.

Kebanyakan teknik yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan memperlihatkan kejayaan sementara.

Banyak kajian telah membuktikan prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukan hanya dengan berdiet semata mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.

Anda perlu menyayangi diri anda dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan merasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh nikmat. Saya akan mengupas persoalan ini sehingga ke hujungnya dan berharap anda mengikuti ruangan saya setiap minggu. Ini kerana setiap artikel akan mengetengahkan konsep penting yang bakal anda guna pakai untuk menguruskan badan.

Apakah BMR

BMR adalah Basal Metabolic Rate. Maksudnya penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita berehat. Tenaga tetap diguna meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung usus dan lain lain tetap mengguna tenaga. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpul menjadi lemak.

Mereka yang mempunyai kadar BMR yang rendah perlu menyedari hakikat ini dan mengambil langkah-langkah meningkatkannya. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan senaman, mengambil makanan beralkali tinggi dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang mempunyai nilai glysemic rendah dan rendah kalori. Contoh-contohnya akan diterangkan pada minggu seterusnya.

Sila jawab soalan berikut. Jika jawapan anda YA maka anda mengalami masalah BMR yang rendah.


  • Apabila diet berat tidak turun
  • Berat naik mendadak apabila makan lebih
  • Sukar senaman kerana berasa terlalu letih bila bersenam
  • Gemarkan makanan berkarbohidrat dan manis
  • Mudah lapar
  • Makan sedikit tetapi cepat gemuk
  • Tekak inginkan makanan yang manis
  • Lapar pada waktu malam

Punca BMR rendah


Tidak cukup senaman. Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringkas merenggangkan tubuh badan. Senaman meningkat metabolisma akan diterangkan dalam isu akan datang.

Hypothyroid. Fenomena ini melanda hampir separuh penduduk dunia. Apabila hypothyroid menyerang, seseorang akan mengalami peningkatan berat badan, berasa malas, keletihan, berat badan tidak turun meskipun berdiet, setiap pergerakan menjadi lambat, rambut juga mudah berkelemumur dan fungus mula menyerang.

Kekurangan insulin. Insulin merupakan hormon paling penting dalam penukaran gula kepada tenaga. Dalam kes ini lemak yang terhasil cenderung berkumpul pada perut dan belakang badan.

Kesilapan memilih makanan dengan glycemic indeks tinggi menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah

Sumber: Utusan Malaysia 2/5/2010

Saturday, 30 October 2010

FAQ

1.Bagaimana untuk dapatkan nutrisi yang lengkap dan seimbang ?
Pakar pemakanan menyatakan bahawa kita perlu makan 4000 kalori dalam sehari untuk
mendapatkan nutrisi yang lengkap yang diperlukan oleh badan.

2.Apa yang berlaku sekiranya kita makan 4000 kalori dalam sehari ?
Secara purata, lelaki membakar 2200 kalori dalam sehari.
Kemana perginya lebihan 1800 kalori lagi? Tentunya ke sel2 lemak kita dan inilah seba bnya berat badan kita semakin naik dan penampilan kita menjadi tidak menarik.

" Cara diet yang sihat adalah bekalkan nutrisi yang cukup kepada badan, bina otot dan tingkatkan kadar metabolisma. Dengan ini otot akan terbina, lemak dibakar setiap hari, badan yang sihat dan segar kerana nutrisi cukup dalam badan dan daya tahan penyakit secara semualajadi "

3.Bagaimana kita hendak pastikan semua nutrisi mikro di atas dibekalkan kepada badan setiap hari?
Usah risau! Segalanya telah diformulasikan, dikaji, disukat, dicuba dan terbuktiberkesan selama lebih 30 tahun. Semuanya ada dalam Formula 1!

4.Bagaimana boleh langsing dalam masa yang singkat?
* Pengambilan Tea Mix akan membakar kalori seperti kita melakukan aerobik 20 minit.
* Jika kadar Metabolisma anda tinggi, berat akan turun lebih cepat kerana metabolisma membantu pembakaran kalori lebih cepat. Jadi pilih makanan yang seimbang semasa program ini.

5.Bagaimana aturan pengambilannya?
* Gantikan 2 makanan rutin anda dengan Shake lazat dan makan sekali seperti biasa.
* Minum Tea Mix 3-4 cawan sehari dan anda akan hilangkan ke semua lemak-lemak yang merungsingkan, kekalkan berat badan ideal dengan mudah, dan pasti akan merasakan apa sebenarnya SIHAT.

6.Peraturan :

* Bagi yang ingin tambah berat badan = 3 kali makanan seimbang + 3 kali shake herbalife

* Bagi yang ingin turun berat badan = gantikan 2 kali shake herbalife (sarapan & makan malam) dan sekali makan makanan seimbang (tengahari)

* Maintain berat badan(ideal) = gantikan 1 kali shake herbalife (sarapan) dan makan makanan seimbang (tengahari dan malam) .

" Makanan seimbang bermakna makanan kurang lemak seperti bersantan, bergoreng atau bergula tinggi "

Wednesday, 27 October 2010

Cara Menggunakan Herbalife

Herbalife

Pakej Pengurusan Berat Badan berasaskan Shapeworks.

startnow.jpg

Terdiri daripada:

Satu set Formula 1 – campuran shake soya berkhasiat tinggi (paling aku suka- Cappucino)

Satu set Formula 3 – serbuk protein soya dan whey untuk pembentukan tubuh

Satu set Campuran teh herba Tea mix – untuk mempercepatkan pengeluaran bahan buangan badan.

Kombinasi produk-produk ini merupakan kunci kepada kepantasan penurunan berat badan dan pembentukan tubuh seperti yang anda inginkan.

Cara Penggunaan set Start Now Pack ini adalah amat MUDAH

Untuk menurunkan berat badan dan mengembalikan tenaga anda:

  • Gantikan Sarapan dan Makan Malam dengan HERBALIFE Shake (Satu sudu Formula 1 + satu sudu Formula 3). Nutrisi dan kalori yang dibekalkan daripada shake ini adalah lebih daripada mencukupi bagi tubuh anda. Anda tidak merasa lapar. Segelas shake mengandungi 180 Kalori. Berbanding dengan bersarapan dengan mee goreng, bihun goreng atau nasi lemak...kerana sepinggan makanan tersebut mengandungi lebih dari 400 Kalori.

  • Nikmati makan tengahari anda seperti biasa.

Minum Tea Mix yang menyegarkan 3-4kali sehari pada bila-bila masa yang diperlukan. Anda akan merasa lebih dahaga daripada biasa. Ini kerana sistem tubuh anda memerlukan air untuk membantu membuang bahan-bahan yang kumuhan badan yang lebih banyak daripada biasa. Minum air kosong dengan kuantiti yang lebih banyak. Setiap 25kg berat badan anda memerlukan 1 liter air untuk membolehkannya berfungsi dengan baik. Amalan aku...minum 2 liter air yang dibancuh bersama dengan setengah sudu (sudu herbalife)....(langkah2 penjimatan)

Monday, 25 October 2010

Testimonial

Di sini, aku letakkan gambar aku sebagai bukti bahawa aku boleh berjaya dengan menggunakan herbalife. Aku cuma mengambil masa selama 4 bulan dan hanya 4 set untuk menghilangkan 14kg daripada berat aku. mungkin anda beranggapan..tidak semua orang akan dapat kurus dalam tempoh secepat itu...percaya atau tidak, ada cara dan peraturan yang perlu kita ikuti untuk mendapat keputusan secepat itu. Jika anda mahu rahsianya hubungi aku...bukan aku tidak mahu bercerita di sini tetapi aku tidak mahu cara aku di 'copy' oleh orang lain untuk marketing tetapi dia sendiri tidak berjaya. Jujur aku cakap...ada juga orang yang mengambil herbalife pada tarikh yang sama seperti aku...tetapi keputusan tidak boleh dibanggakan. kerana apa??? kerana salah penggunaan dan tidak mengikut cara yang betul.

Pada mulanya aku sekadar ingin menggunakan herbalife bagi diri sendiri...tapi bila aku berjaya..apa salahnya aku kongsikan kejayaan aku dengan anda2 di luar sana. yang penting kita kena percaya pada diri sendiri...dan yakin. katakan "AKU BOLEH!!!" InsyaAllah pasti boleh.

aku ingin membantu "anda2 di luar sana untuk menjadi sihat dengan cara yang selamat"

Herbalife bukan hanya untuk menguruskan badan..tetapi memberi kita makanan dan nutrisi yang seimbang yang sebenarnya diperlukan oleh badan kita.


Sunday, 24 October 2010

Aku Dulu dan Sekarang



Aku DULU....
*
*
*
*
*
*
*

aku SELEPAS...

sori gambar blur...sebab menggunakan camera handphone 3.2Mp

Friday, 22 October 2010

Kegagalan Menurunkan Berat Badan

90% cubaan untuk menguruskan badan gagal.
Sebab utamanya adalah kerana
memilih jalan yang salah.
JANGAN sesekali anda terperangkap dan termasuk dalam peratusan ini!
90% cubaan untuk menguruskan badan gagal.
Sebab utamanya adalah kerana
memilih jalan yang salah.
JANGAN sesekali anda terperangkap dan termasuk dalam peratusan ini!


Jalan Salah

Kesan

Keputusan

Kurangkan makan seperti tidak makan malam.

Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma
turun mendadak. Lemak masih kekal.

Kurus sekejap, semua KG yang hilang datang kembali bersama beberapa KG lagi sebagai saguhati. Kemungkinan mendapat penyakit GASTRIK sangat tinggi

Ambil pil pelangsingan.

Selera makan langsung hilang, loya, pening-pening, jika tersalah ambil, kesihatan terjejas.

Berat turun hanya pada peringkat awal, jika berhenti ambil pil, selera makan datang kembali berganda-ganda dan gemuk semula berganda-ganda.

Makan buah-buahan sahaja.

Badan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang. Tekanan
kerana terpaksa makan makanan yang sama berulang-ulang.

Diet tidak kekal lama, mudah berputus asa!

Ambil produk dari syarikat baru

Kredibiliti syarikat tidak sempurna, sentiasa mengejar keuntungan sahaja. Kesan sampingan jangka panjang tidak diketahui.

Wang habis begitu sahaja. Kesan sampingan jangka panjang (atau pendek) menyebabkan tahap kesihatan kita terjejas.



itu ler yang aku pernah try dulu. segala macam jenis cara nak kurus aku cuba...tapi tidak berhasil..sehinggalah aku dipertemukan dengan seorang rakan yang telah mengesyorkan supaya aku menggunakan herbalife. pada mulanya aku pun tak yakin...dahler mahal..kang kalo tak kurus buat rugi jer. tapi setelah difikir2kan.aku nekad. aku bagi peluang pada diri aku untuk mencuba satu set. maknanya hanya sebulan. tapi mengejutkan..pada bulan pertama aku hilang 4kg. alhamdulillah...pada bulan kedua aku still sambung satu set lagi..dan hilang lagi 4 kg. sebenarnya tuan2 dan puan2...satu set boleh digunakan untuk 1 bulan setengah kalo kita hanya menggunakannya mengikut keperluan. untuk bulan ke 3 dan seterusnya aku tidak lagi membeli set. tapi hanya membeli F3 untuk keperluan harian. manakala tea mix yang aku beli bersaiz 50g boleh digunakan untuk 2 bulan. bila kita dah boleh mengawal cara pemakanan kita, kita tak perlu lagi one set of herbalife...

kalau nak dibandingkan harganya memang nampak mahal..tapi berat badan yang turun itu lagi mahal sebenarnya berbanding dengan ringgit yang kita keluarkan. bagi peluang pada diri kita untuk mencuba terlebih dahulu...

nak kurus bukan sebab nak cantik…tapi untuk kesihatan diri kita sebenarnya…

Hubungi Saya

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut atau tempahan

0193810811(phone/sms)

atau email kepada

primrose.811@gmail.com

atau YM

primrose_811@yahoo.com

atau mengisi borang pesanan(Klik Di sini)


Wednesday, 20 October 2010

Testimonia.....Pengguna lain





















ORDER FORM














































Nama:




Email:




No.Telefon:




Alamat untuk dipos:




Bank Pembayaran :




Barang Yang Ditempah:

Formula 1

Formula 3

Tea Mix (50g)

Tea Mix (100g)

Shaker Cup

Botol Air (1 Liter)

Botol Air (2 Liter)



Perasa F1:

Vanila

Dutch Chocolate

Cappucino

Tropical Fruit

Strawberry



Lain-lain Catatan:
(Sekiranya anda telah membuat pembayaran sila masukkan No rujukan, Tarikh dan Jumlah di sini)










This contact form was created by Freedback.

Tuesday, 19 October 2010

Menimbang Berat Badan Setiap Hari

Menurut Duke diet & fitness, satu kajian telah dijalankan dan didapati sesiapa yang menimbang berat setiap hari akan lebih berjaya menurunkan berat badan dibandingkan dengan yang menimbang berat sekali – sekala. Pakar mengatakan bahawa menimbang berat setiap hari akan mengingatkan anda kepada matlamat atau sasaran yang ditetapkan dan akan terus memotivasikan anda. Menimbang berat setiap hari membolehkan anda melihat pergerakan pada graf berat badan anda dari masa ke semasa berbanding dengan hanya melihat berat pada hari tertentu sahaja. Tak ada yang lebih membahagiakan jika dapat melihat nombor pada penimbang semakin menurun.

Tetapi anda harus ingat yang graf berat anda tidak akan sentiasa menurun, ini kerana berat anda berubah-ubah setiap hari. Berat anda tidak akan kekal turun…. Ada masa berat akan naik sedikit dan ada masa akan turun. Ini kerana banyak factor yang mempengaruhi iaitu antaranya, berapa banyak kandungan air dalam badan, dan ada masa termakan lebih. Tetapi kesan dari graf ini anda akan rasa lebih berhati-hati dengan apa yang anda ambik setiap hari.

Kebaikan lain menimbang berat setiap hari ialah anda dapat memantau berat anda dengan lebih efektif. Bila anda mula melihat graf berat anda mula melencong jauh, anda akan mula bertindak untuk kembali ke pangkal jalan.

Tetapi perlu diingatkan menimbang berat setiap hari tidak sesuai untuk semua orang, terutama bagi yang mempunyai masalah anorexia atau bulimia atau juga bila anda rasa kecewa setiap kali naik atas penimbang…. Melainkan jika anda mampu menangani masalah ini, dan cuba lihat macam mana kesannya ke atas anda. Pastinya memberansangkan.

Betul tu..aku hari2 timbang. Mesin penimbang pun ada dua. satu analog satu lagi digital. analog biasanya menunjukkan angka yang rendah..digital plak tinggi sikit. contoh kalo kita timbang analog berat kita 54kg, kalo digital akan jadi 55.3kg. macam tu ler kira2nya...

jadi pendapat aku..kalo nak kurus...timbanglah hari2. waktu menimbang plak kenalah pagi2. masa tu takder makanan yang tak dihadam dalam perut kita. pastu catatkan berat kita hari2. gunalah weight tracker software. ia akan track berat kita hari2 dan siapkan graph untuk kita lagik. selamat mencuba.....

Mana Satu BMI Korang????

Under Weight:

Personalized Herbalife products can help you achieve your desired goal. Start a healthy lifestyle by consuming higher protein foods to gain muscle and not fat. Herbalife will add the snacks, the the added meals to gain weight in a healthy manner. Add some weight training exercises and your results will be astonishing!

Ideal Weight:

Personalized Herbalife products will help you maintain this ideal weight and give you energy. These products will complement your lifestyle and help protect you from going under or over weight.

Over Weight and Obese:

Personalized Herbalife products will help you begin a new lifestyle that will give you the results that you aim for. With regular exercise and a healthy diet, Herbalife will complement your new style of eating and will not only help you get to your ideal weight but will give you energy and you will feel good inside and outside. Herbalife is the balanced approach to losing weight.

Tak tahu????...tak pernah kira/timbang....sila guna gadget di sebelah kanan blog ini..percuma sahaja..

Monday, 18 October 2010

Soal Jawab Berkaitan Herbalife

Soalan berkaitan menu harian dengan Herbalife

S: Boleh tak amik shake sekali dan normal meal sekali setiap hari untuk turunkan berat badan?

J: Tidak boleh. Untuk turun berat badan mesti ambil shake 2 kali sehari dan 1 normal meal.
Kalau ambil 1 shake dan 1 normal meal, maknanya ada skip 1 meal. Amalan skip waktu makan tidak bagus diamalkan.

S: Masa normal meal boleh makan nasi ke?
J: Of course boleh. Cuma, kalau nak result lebih efektif, kena kurangkan nasi. Dinasihatkan ambil makanan yang seimbang waktu normal meal. Yang penting jumlah pengambilan kalori satu hari perlu dikurangkan untuk turunkan berat badan.

S: Macamana sukatan dan menu yang betul untuk consume Herbalife?

J: Soalan ni kena refer pada coach/ agen Herbalife anda. Sekiranya coach/agen anda tidak dapat memberikan jawapan yang sepatutnya/memuaskan, boleh hubungi saya untuk panduan.
Pada sesiapa yang masih belum mendaftar pulak, boleh berikan saya email dan saya akan emailkan cara penggunaan Herbalife yang terbaik sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk ini.

S: Boleh ke ibu yang sedang menyusukan anak menggunakan Herbalife?

J: Boleh. Malah, lebih baik lagi kerana ibu mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya untuk menyusukan bayi. Kandungan soya dalam Herbalife juga boleh membantu menambah kuantiti susu ibu. Cuma teamix tidak digalakkan untuk ibu yg sedang menyusukan anak kerana teamix mengandungi caffein. Dikhuatiri akan menyebabkan bayi susah tidur dan mungkinsenang meragam.
Ibu mengandung dan kanak-kanak juga boleh mengambil shake Herbalife.


Soalan berkaitan teamix

S: Bila waktu yang sesuai minum teamix?
J: Bila-bila masa sahaja tetapi mesti jarakkan 30 minit- 1 jam sebelum dan selepas ambil shake supaya nutrisi dalam shake tak hilang.

S: Boleh ke minum teamix waktu malam?

J: Teamix mengandungi natural caffein. Jadi pada sesiapa yang susah nak tidur dinasihatkan supaya minum teamix sebelum pukul 6 ptg. Tapi kalau macam aku ni, minum teamix pukul 9 mlm pun, pukul 11 mlm dah mengantuk.
Apa yang penting, selepas minum teamix pastikan minum 1 Liter air kosong. So kalau minum teamix waktu malam, kena minum 1 L air sebelum masuk tidur.



Soalan berkaitan pembelian produk Herbalife

S: Kenapa ada orang ambil Herbalife F1 sahaja dan ada yang ambil F1 dengan F3?

J: Sebenarnya bergantung kepada pilihan masing-masing. Ada sebab kenapa ambil F1 sahaja dan kenapa ambil F1+ F3. Sebelum keluarkan duit untuk beli Herbalife, pastikan dulu apa target anda, nak turunkan berat(kg) dulu atau nak target untuk body shape (kurangkan inci). F1 untuk turunkan berat badan. Kalau ambil F1 sahaja, kg akan hilang dengan cepat. F3 pula untuk shape dan hilangkan inci. Kalau diambil F3 bersama F1, kg akan hilang lambat sikit tapi inci akan hilang cepat. So, pastikan apa target anda dulu sebelum order Herbalife dengan distributor yang dipilih.

S: Boleh ke nak beli asing-asing produk Herbalife atau WAJIB ambil 1 set (Start-Now-Pack)?

J:
Of course boleh. Tak perlu beli by set. Macam aku tulis di atas, semuanya bergantung kepada keperluan dan bajet anda. Boleh ambil satu set, F1 dan teamix, atau F1 sahaja.

S: Macamana nak dapatkan Herbalife dengan lebih murah?

J:
Mesti daftar sebagai ahli untuk dapatkan diskaun. Mengikut peraturan Herbalife, harga diskaun hanya dapat diberikan kepada sesiapa yang dah mendaftar sebagai ahli sahaja. Berapa banyak diskaun dan harga selepas diskaun? Ni hanya boleh diberitahu melalui email sahaja. So, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut....:)

walaubagaimanapun....hanya dengan mengamalkan Herbalife sahaja belum menjamin tahap kekurusan anda. anda digalakkan untuk bersenam...seminggu 3 kali pun dah cukup...atau buat sehari 10 minit. nak tahu caranya...tunggu entri aku akan datang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...