Wednesday, 17 November 2010

60% Rakyat Malaysia Obesiti

Petikan dari Kosmo - 17 November 2010

KUALA LUMPUR - Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur. "Sekarang ini, selain orang dewasa, kita boleh lihat kanak-kanak turut terdedah kepada pelbagai penyakit kerana masalah kegemukan," katanya selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tahun 2010 di sini semalam.

sungguh menakutkan bukan????


Nak kira samada anda underweight, normal, overweight atau obesiti....sila gunakan formula BMI di widget sebelah.

BMI = Berat anda (kg) / (tinggi meter x tinggi meter)


Dah dapat nilai...refer jadual bawah


dah dapat result?????..lihatlah penerangan di bawah :-

  • Jika BMI anda di kawasan berwarna ungu, ini bermakna anda kurang berat badan…risiko penyakit rendah tapi mungkin anda ada masalah pemakanan seperti anorexia & bulimia. Penampilan pun kurang meyakinkan, kalau berjalan di khalayak ramai, kata orang ; macam ‘rangka’ tengah berjalan
  • Jika BMI anda di kawasan hijau, tahniah…anda mempunyai berat badan normal, tapi BMI utk berat badan paling ideal adalah 22
  • Jika BMI anda di kawasan kuning, ini bermakna anda mempunyai berat badan berlebihan, risiko dihinggapi penyakit meningkat.
  • Jika BMI anda di kawasan biru muda tu, AWAS! anda tergolong dalam kategori obes dan risiko dihinggapi penyakit2 berbahaya amat tinggi. Masalah berat badan berlebihan atau obes (BMI 25 dan ke atas) meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung koronari, stroke(angin ahmar), diabetes (kencing manis), tekanan darah tinggi, masalah pernafasan dan sesetengah jenis kanser (terutama kanser hempedu,ovari dan payudara).

Bagi berat badan normal pula perlu diingatkan walaupun BMI dalam julat yang sihat & normal, tapi mempunyai ukuran pinggang yangg lebih dari ukuran punggung (dlm bahasa mudahnya BOROI, GENDUT,MONCHET), anda masih berisiko tinggi mengidap penyakit2 kronik.

Nisbah pinggang - punggung yg lebih dari 1.0 bagi lelaki dan 0.85 bagi wanita adalah kurang sihat.

Cara kiraan nisbah pingang punggun = ( lilitan pinggang )bahagi (lilitan punggung)


cuba2 lah kira dan fikirkan langkah yang terbaik jika anda berada dikalangan kumpulan obesiti...

ingin turunkan berat banda anda....hubungi saya!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...