Friday, 31 December 2010

calories in every meal we eat...surprising!!!


Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori

Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori

Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori

Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori

Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori

Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori

Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori

Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori

Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori

Kuey tiow Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori

Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori

Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori

Mee sup - 1 bowl - 381 kalori

Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori

Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori

Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori

Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori

Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori

Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori

Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori

Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori

Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori

Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori

Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori

Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori

Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori

sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori

Apple Pie - 1 piece - 260 kalori

Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori

sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori

Pasembur - 1 plate - 752 kalori

Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori

teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day,Align Centre it will equal to 1 1/2 bowl rice


Jangan terkejut ya!!!....ini adalah realiti. Kadang2 kita menolak untuk makan nasi...so, kita ambil sandwich, tapi sebenarnya kalori itu hampir sama. Kecik tak semestinya sikit dan besar tak semestinya banyak.

Makan...Tapi Kekal Langsing


Bagaimana dengan makan boleh terus kekal langsing ? Ikuti tip-tip di bawah:-

  • Makan dengan kerap.

Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.


  • Rendah kalori, rendah lemak.
Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

  • Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan.
Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

  • Waktu terbaik untuk minum air.
Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-

  • Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.

  • 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

  • Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.



Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Bil 1291, 15-21 Ogos 2008, m/s:44, oleh : Khairun Nisa Ishak.

Awas!!! Berjogging Juga Boleh Membahayakan Kesihatan

KUALA LUMPUR: Biasanya orang akan memilih untuk berjoging apabila doktor memberitahu mereka supaya mula bersenam selepas mendapati tahap kolestrol mereka meningkat namun banyak yang tidak tahu senaman popular ini boleh menambah kesakitan pada tubuh seseorang dalam jangka panjang.

Seorang ahli fisioterapi, Bhalwant Singh Bains memberitahu peserta Persidangan Kebangsaan Persatuan Fisioterapi Malaysia 2007 di sini semalam bahawa berjoging boleh menyebabkan kecederaan kepada banyak orang.

Menerusi pemerhatian dan kajiannya, beliau berkata tidak banyak orang yang mempunyai bentuk serta keseimbangan yang betul pada keseluruhan tubuh mereka untuk berlari dan mereka yang ingin berlari perlu mendapatkan nasihat ahli fisioterapi sebelum berbuat demikian.

Oleh itu, katanya, sebab itulah hanya orang tertentu sahaja yang boleh menjadi pelari yang baik di dunia misalnya legenda pelari pecut Amerika Syarikat, Carl Lewis atau pelari Kanada yang menimbulkan kontroversi, Ben Johnson.

Ketika ditanya faktor yang dapat menentukan sama ada seseorang itu boleh berlari atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu ditentukan oleh sudut kuadrisep (Q-Angle) yang diukur antara pinggang dan lutut.

Bains berkata bagi seorang lelaki, dia boleh menjadi pelari yang baik sekiranya Q-Angle berada pada 14 darjah, manakala bagi wanita pula adalah 17 darjah.

“Q-Angle Lewis dan Johnson berada dalam lingkungan itu dan kaki mereka agak lurus,” katanya.

Justeru, beliau berkata input daripada seorang ahli fisioterapi amat penting untuk menyesuaikan otot seseorang pelari supaya dia akan mempunyai postur badan yang betul untuk melakukan tugas itu.

Beliau juga berkata program kurikulum di sekolah seperti merentas desa perlu dikaji oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Kesihatan memandangkan tidak banyak kanak-kanak yang mempunyai postur badan yang betul untuk berlari.

Selain itu, kanak-kanak terbabit mungkin tidak bersedia sepenuhnya untuk perlumbaan lari jarak jauh memandangkan mereka mungkin tidak memanaskan otot mereka dengan betul dan sesetengahnya mungkin tidakpun bersarapan, katanya.

Bains berkata menerusi kajiannya selama dua tahun terhadap 100 kanak-kanak berumur antara lapan dan 15 tahun, beliau mendapati hanya lima orang yang mempunyai stuktur tubuh sempurna untuk berlari.

Oleh itu, katanya, ahli fisioterapi diperlukan bagi menyaring keupayaan kanak-kanak untuk berlari agar kecederaan di kalangan kanak-kanak yang menjalani aktiviti kokurikulum dapat diminimumkan, begitu juga dengan latihan Khidmat Negara yang memasukkan larian sebagai satu daripada latihan di kem berkenaan.

Beliau berkata badan manusia direka untuk berjalan di atas pasir dan sebarang aktiviti berjalan atau berlari di atas permukaan yang keras akan menjejaskan buku lali, sendi malah tulang belakang dalam jangka panjang. - BERNAMA

Terkejut kan????? selalu kita akan mengambil jalan yang paling mudah dan menjimatkan untuk menyeimbangkan dan mendapatkan berat badan ideal. Apatah lagi kalau dah ada orang menegur berat badan kita. Tapi tanpa kita sedar kita sebenarnya tidak sesuai untuk berjogging. Jadi berhati2lah memilih cara/kaedah dalam menurunkan berat badan atau mengekalkan kesihatan...sebab itu saya tidak pernah advise anda2 semua untuk berjogging.

Monday, 27 December 2010

Testimonial Diri Sendiri

Nak Update perihal perkembangan diri saya sendiri....

sila scroll di bawah
*
*
*
*
*
*
*
baju i dulu dan sekarang...ini pun makin longgar. tukang jahit cakap..."udah2 ler kurus tu....nak macammana lagik"

seluar jeans....tengok..bukan setakat badan...kaki pun kurus. heheh..dulu bunting labu air..sekarang boleh la dikatakan bunting padi gading. hehehe

Seluar jeans dulu dan sekarang...sila jangan tengok pada brand..sebab brand adalah cikai2 belaka.


Nak letak gambar saya sendiri...hurrmmmm..saya adalah sorang yang tak suka bergambar/berposing.

Tetapi harapan saya agar gambar-gambar ini boleh membuatkan anda yakin dengan produk ini.

Kelebihan Diet Herbalife

* Mengurangkan berat badan tanpa dadah.

Shake Herbalife di jamin 100% bebas dadah. Shake herbalife adalah nutrisi unutk semua golongan. Logiknya bagaimana makanan ini boleh menguruskan badan adalah kerana kalorinya yang rendah tetapi mengandungi kandungan nutrien yang tinggi, memberikan rasa kenyang yang lama, sel yang sihat dan kemampuan badan membakar lemak secara semulajadi.

* Mengurangkan berat badan tanpa berlapar.

Kebanyakan program diet akan meminta anda mengurangkan pengambilan makanan. Selera anda akan disekat untuk makan. Akibatnya badan anda akan kekurangan nutrien yang diperlukan oleh badan. Memang anda akan kurus tetapi badan anda akan menjadi lemah dan muka akan kelihatan pucat. Dengan program pengurusan berat badan ini, anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda.

* Mengurangkan berat badan tanpa bersenam .

Bersenam amat baik untuk meningkatkan kadar metabolisma, menigkatkan pertahanan sistem kardiovaskular dan meningkatkan jisim otot. Tetapi malangnya tidak ramai yang mampu dan punya masa untuk bersenam. Tea mix herbalife meningkatkan metabilisma dan membakar sebanyak 250kcal untuk setiap gelas 400ml yang di minum. Ini bersamaan dengan 15 minit berjoging. Apabila metabolisma meningkat, sisitem kardiovaskular juga akan bekerja dengan lebih efektif. Kandungan protin dalam F1 dan F3 akan meningkatkan jisim otot anda.

* Kekalkan metabolisma badan anda walaupun ketika berdiet

Dengan pengambilan shake herbalife yang lengkap kandungan nutriennnya, badan anda dibekalkan dengan tenaga yang mencukupi unutk menjalankan pembakaran kalori secara semulajadi. Oleh sebab itu metabolisma badan anda akan kekal seimbang dengan keperluan berat badan anda.

* Langsing selamanya

95% mereka yang berdiet secara konvesional akan kembali kepada berat asal mereka malah kadang-kadang lebih gemuk dari sebelumnya. Sekarang anda boleh tergolong dalam golongan mereka yang 5% kekal langsing selamanya.


Anda tidak perlu bersusah untuk menahan perut, tidak perlu bersenam, masih boleh makan makanan kegemaran dan proses perlangsingan akan berlaku secara semula jadi. Lihatlah testimoni mereka yang telah mendapat kesihatan dan bentuk badan menarik selepas bermula dengan nutrisi ini.

Gantikan makanan anda hari ini juga dengan shake berkhasiat. Kalori rendah tinggi zat dan di jamin selamat!

Friday, 24 December 2010

Meningkatkan Metabolisma Tubuh

Metabolisma ialah kadar di mana badan akan membakar kalori yang di ambil dari makanan untuk digunakan sebagai tenaga bagi menjalankan aktiviti harian. Sama ada anda makan, minum, tidur, bekerja, mengemas rumah, dll, badan akan sentiasa membakar kalori untuk mengelakkan pengumpulan lemak.

Metabolisma dipengaruhi oleh komposisi badan iaitu lemak dan otot. Otot akan menggunakan lebih banyak kalori berbanding lemak. Oleh itu, badan yang berotot lebih tinggi metabolismanya berbanding dengan badan yang tinggi kandungan lemak. Oleh itu, kadar metabolisma amat penting untuk menjaga berat badan dan mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan.

Cara-cara untuk meningkatkan metabolisma badan:

1. Get active - Ini adalah cara untuk menambah otot badan yang mana akan meningkatkan kadar metabolisma badan.Lakukan senaman secara teratur dan konsisten. (Senaman sekurang2nya 3 kali seminggu atau kalo rajin buatler sehari 10 minit- like aku : skipping 500x everyday.)

2. Eat little and often (small and frequent) - Makan sedikit tetapi kerap akan meningkatkan metabolisma badan.(minum shake di waktu pagi boleh menggantikan sarapan pagi...tak rasa lapar sehingga tengahari)

3. Don't skip meals - Jangan sesekali meninggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kerana ini akan menurunkan kadar metabolisma badan.(betul!!!!....tapi kalo malam janganler makan nasi/ mee goreng/ bihun goreng...makan sup okeyler..lagi ok kalo makan shake atau bancuh milo panas..)

4. Eat plenty of protein-rich foods - Research menunjukkan sekitar 25% calorie dari makanan yang tinggi protein (ayam/daging/ikan/susu) akan digunakan oleh badan (burnt off).Tetapi,hendaklah memilih protein yang rendah lemak seperti daging/ayam tanpa kulit dan susu/hasil tenusu rendah lemak.(ini penting...sila ikut yer...takoot gemuk..kang kena darah tinggi..kencing manis...jantung..payah plak)

5. Spice up meals - Rempah seperti cili akan meningkatkan metabolisma sebanyak 50% selepas 3-4 jam.(makan pedas2...kasi berpeluh badan)

6. Take green tea - Teh hijau mengandungi anti-oksidant yang akan tingkatkan metabolisma badan.(selain itu akan membuatkan kita awet muda)

7. Have a sauna - Keadaan panas akan meningkatkan metabolisma lebih kurang 20%.(badan akan mengeluarkan peluh..tak percaya..lagi berat badan banyak..lagi ler banyak peluh yang keluar)

p/s: dalam herbalife F3 adalah protein powder yang bertindak sbg membina otot
Tea Mix adalah teh yang mengandungi anti oksidant...yang bertindak sebagai detox ,dan membakar lemak yang sedia ada dlm bdn...
dan F1 pula sebagai nutrisi lengkap bagi pembentukan sel2 baru yang sihat dlm bdn...

Wednesday, 22 December 2010

Pengurusan Berat Badan


Mengapa penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat?
Bagaimana saya boleh mengekalkan berat badan yang sihat?Apa itu kurang berat badan?
Apakah penyebab kurang berat badan?
Bagaimana untuk menambah berat badan dengan cara yang sihat?Apa itu berlebihan berat badan?
Apa itu obesiti?
Apakah penyebab berlebihan berat badan dan obesiti?
Apakah masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kegemukan?
Bagaimana untuk menurunkan berat badan?

Mengapa penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat?

Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan osteoarthritis. Obesiti juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat, pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari. Obesiti turut memberi kesan kepada pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain. Mereka yang obes juga mungkin mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri

Bagaimana saya boleh mengekalkan berat badan yang sihat?

Tip yang sihat dan praktikal untuk mengekalkan berat badan sihat :

  1. Kekalkan berat badan dalam julat antara 18.5 kg/m2 dan 24.9 kg/m2.
  2. Rancang diet sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
  3. Kekal aktif setiap hari. Mereka yang sentiasa aktif akan berjaya mengekalkan berat badan. Cara hidup yang aktif akan memberi banyak kebaikan di dalam pengurusan berat badan, jantung yang sihat, tulang yang kuat dan mengurangkan stres. Untuk pengurusan berat badan, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal secara sederhana selama 30 minit sehari (4 – 5 kali sehari). Jangkamasa yang pendek dibenarkan tetapi sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Apa itu kurang berat badan?

Anda mengalami kurang berat badan jika IJT anda kurang daripada 18.5 kg/m2.

Apakah penyebab kurang berat badan?

Kurang berat badan adalah keadaan di mana pengambilan tenaga kurang daripada yang digunakan. Masalah lain yang menyebabkan kurang berat badan ialah :

  • Kecelaruan pemakanan seperti Anoreksia Nervosa atau Bulimia
  • Masalah perubatan yang lain

Bagaimana untuk menambah berat badan dengan cara yang sihat?

Tip yang sihat dan praktikal untuk menambah berat badan :

  1. Rancang untuk menambah hidangan makanan.
    Makan melebihi keperluan merupakan kunci untuk penambahan berat badan. Oleh itu, anda perlu menambah pengambilan makanan anda.
  2. Bersnek secara bijak.
    Bersnek secara bijak memainkan peranan utama dalam meningkatkan berat badan. Selain daripada menambah hidangan, ianya penting untuk meningkatkan pengambilan tenaga. Pilih snek yang mengandungi kalori tambahan, vitamin dan mineral. Contohnya keju atau mentega kacang ditambahkan pada biskut kraker.
  3. Pilih makanan yang berkalori tinggi
    Pilih makanan berkalori tinggi untuk menambah berat badan. Pilih makanan atau menu berdasarkan Piramid Makanan Malaysia and digalakkan untuk mengambil saiz hidangan tambahan. Bagi mereka yang mengalami kekurangan berat badan, digalakkan untuk makan walaupun mereka tidak lapar.
  4. Elakkan melangkau waktu makan utama
    Hidangan utama seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam perlu diambil dan pengambilan snek sihat di antara waktu makan adalah digalakkan.
  5. Bagaimana anda boleh mula?
    Mulakan dengan memilih makanan berkalori tinggi daripada setiap kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Ianya termasuk lemak, minyak dan gula dalam kadar yang sederhana. Sasarkan pengambilan makanan berdasarkan bilangan hidangan yang maksimum bagi setiap kumpulan makanan tersebut. Penambahan kalori berlebihan secara kreatif di dalam hidangan pada setiap hari akan memberi keseronokan semasa menikmati hidangan. Contoh : pemilihan minuman berkalori tinggi, penambahan keju dan sos di dalam sandwic.
  6. Sasarkan kenaikan berat badan secara beransur
  7. Semak keperluan tenaga harian untuk mengetahui berapa tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan berat badan.

(Rujuk contoh menu mengikut kalori yang ditetapkan).

Apa itu berlebihan berat badan?

Anda dikatakan berlebihan berat badan jika Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda adalah di antara 25.0 kg/m2 hingga kurang daripada 30.0 kg/m2

Apa itu obesiti?

Obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi keperluan. Anda dikatakan obes sekiranya Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda mencapai 30.0 kg/m2 atau lebih.


Apakah penyebab berlebihan berat badan dan obesiti?

Berlebihan berat badan atau obesiti adalah akibat ketidakseimbangan tenaga dimana pengambilan melebihi penggunaan pada jangka masa yang panjang.Pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kalori serta penurunan tahap aktiviti fizikal juga merupakan faktor penyumbang utama masalah kegemukan dan obesiti.

Masalah lain juga boleh menyebabkan kegemukan. Ini termasuk:

  • Pengambilan sesetengah jenis ubat
  • Penyakit seperti hypothyroidism, penyakit Cushing’s hypothalamic tumors.
  • Pengurangan mendadak tahap aktiviti fizikal (ahli sukan yang bersara)
  • Ketidakseimbangan hormon

Apakah masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kegemukan?

  • Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi

    Risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan obesiti adalah lebih akut di kalangan orang dewasa muda. Risiko juga tinggi dikalangan mereka yang berlebihan lemak pada bahagian abdomen.

  • Tekanan darah tinggi dan angin ahmar

    Orang dewasa muda (berumur 20-44 tahun) yang berlebihan berat badan mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi sebanyak 5.6 kali lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.

  • Kencing Manis. Terutama di kalangan dewasa yang mempunyai berlebihan lemak di bahagian abdomen.
  • Kanser. Beberapa kajian menunjukkan kaitan yang positif antara berlebihan berat badan dan kanser terutama yang diakibatkan oleh hormon seperti kanser payu dara, kanser serviks, kanser uterus dan kanser ovari dan prostat.
  • Masalah endokrin. Kitaran haid yang tidak tetap, masalah berkaitan haid yang lain, dan masalah komplikasi kehamilan, terutamanya toksemia dan tekanan darah tinggi.

  • Penyakit pundi hempedu. Obesiti adalah faktor risiko bagi penyakit pundi hempedu bagi lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur. Risiko tersebut semakin meningkat apabila terdapat lebihan lemak di bahagian abdomen.

  • Penyakit paru-paru. Individu yang obes mengalami masalah pernafasan. Ini mungkin diakibatkan oleh pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk, abdomen dan diafragma.

  • Arthritis. Individu yang obes adalah berisiko tinggi untuk menghidap gout artritis iaitu keadaan yang sangat menyakitkan. Berlebihan berat badan akan memberi tekanan pada sendi-sendi, bahagian belakang dan lutut. Akhir sekali ia akan menyebabkan osteoartritis.

Bagaimana untuk menurunkan berat badan?

  • Runding dengan doktor anda untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah perubatan, biologi atau masalah psikologi yang menyebabkan masalah berlebihan berat badan.

  • Runding dengan pakar pemakanan atau pakar diet dari klinik atau hospital untuk mendapatkan nasihat cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

  • Anda perlu tahu keperluan tenaga harian anda supaya anda boleh mengurangkannya untuk menurunkan berat badan anda.
    • Rujuk contoh menu mengikut keperluan kalori anda.
  • Jangan terlalu mengurangkan pengambilan kalori kerana jika anda betul-betul lapar, anda akan makan berlebihan.
  • Makanlah mengikut saranan daripada Piramid Makanan Malaysia. Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Jangan hindar terus sumber gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan anda untuk makan. Selain itu, tubuh badan anda juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam lemak dan karbohidrat.
  • Paling Penting: Lakukan senaman dengan konsisten. Mulakan dengan berjalan beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga 45-60 minit sehari setiap hari. Jika anda belum pernah melakukan senaman, dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
  • Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan kumpulan sokongan.
  • Ingat : Penurunan berat badan yang sihat dan realistik memang mengambil masa. Kehilangan ½ kg seminggu mungkin tidak memotivasikan anda, tetapi jika terlalu cepat berat badan diturunkan, anda akan membuat diri anda lapar dan akhirnya anda akan makan lebih banyak.

Rujukan :

  • Modul Gaya Hidup Sihat: Dr. Mohd. Nasir & Dr. Rokiah; Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan (1996-2000); Kumpulan Kerja Teknikal Untuk Latihan
  • Obesity : Preventing and Managing the Global Epidemic, Report of a WHO Consultation on Obesity, Geneva 3-5 June 1997.
  • Global Strategy on Diet, Physical Activity and Health, WHO 2003.
  • J.P.H Wilding, Treatment Strategies for Obesity, Diabetes and Endocrinology Clinical Research Group, University of Liverpool, Liverpool, UK.
  • Mary K. Serdula, Ali H. Mokdad, David F. Williamson, Deborah A. Galuska, James M. Mendlein, Gregory W. Heath, Prevalence of attempting weight loss and strategies for controlling weight, JAMA, October 13, 1999-Vol 282, No.14.

Sunday, 19 December 2010

Keberkesanan Herbalife Dalam Mengurangkan Berat Badan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya sering di tanya oleh bakal pelanggan saya mengenai keberkesanan Herbalife. Ada yang bertanya berkesan atau tidak?. Di botol setiap produk ada tertulis moneyback guarantee jika berat badan pelanggan tidak turun setelah mengamalkan peraturan penggunaan produk. Sehingga kini tiada pelanggan saya yang memulangkan kembali produk mereka.

Dalam blog saya, saya tidak meletakkan secara spesifik pengurangan berat badan dalam tempoh tertentu. Ini adalah disebabkan kesan bagi setiap orang adalah berbeza. Walaupun halaman web yang baik ialah yang mempunyai headline yang spesifik, tetapi saya tidak boleh menyatakan bahawa apabila menggunakan Herbalife, akan turun sebanyak 5 kg sebulan. Ini adalah disebabkan sifat tubuh badan masing-masing. Ada yang boleh turun berat badan sebanyak 5 kg sebulan, tetapi ada yang mengambil masa dua bulan. Disinilah pentingnya coach untuk memantau perkembangan program anda, sebab itulah saya tidak meletakkan harga pada blog saya. Tetap saya akan cuba membantu dan memantau setiap perkembangan pengguna2 saya tetapi pengguna2 juga perlu memberi komitmen yang sepatutnya.

Tetapi apa yang pasti, produk ini berkesan dalam menurunkan berat badan. Untuk melihat testimonial, anda boleh melawat blog saya. Saya rasa segala persoalan mengenai keberkesanan Herbalife sudah terjawab. Cuma terpulang kepada individu samada ingin percaya atau tidak. Memang segelintir mengatakan Herbalife mahal dan memilih untuk membeli produk yang murah, tetapi produk yang murah itu belum pasti berkesan atau tidak. Pengalaman saya yang lepas, saya telah menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan berat badan ideal, tetapi tiada yang pernah berhasil. Nak kurang sebanyak 1 kg pun susah. Tetapi dengan Herbalife saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 14 kg, serta membentuk kembali badan saya seperti sebelum melahirkan anak. Anda juga boleh!!

Salam Mesra

Mengapa HERBALIFE???

Tahukah anda bahawa... amalan diet yang drastik iaitu dengan memakan ubat, berat badan berupaya untuk turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas itu, ketika anda menjalankan pemakanan yang normal semula, berat anda akan mengalami pertambahan yang luar biasa dan sukar dikawal!!! KENAPA???

Ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan. Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga. Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.

Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah. Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan.

"Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemuk."

Jawapan kepada masalah anda adalah HERBALIFE SHAPEWORKS, iaitu satu program yang terbukti secara Saintifik dengan kajian oleh pakar terhebat di dunia, Selamat dan Semulajadi, Tanpa Kesan Sampingan, Tanpa Bersenam, Tanpa Berlapar, Efektif dan Mudah, dan Halal.

Mengapa Herbalife?

1. Herbalife merupakan satu produk yang berteknologikan "Celular Nutrition" di mana sel badan akan dibekalkan dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Teknlogi ini telah dihasilkan oleh pakar-pakar pemakanan yang termasyur dan teknologi ini telah di patenkan dan tiada produk lain yang menggunakan teknologi yang hebat ini.

2. Syarikat telah berusia lebih 27 tahun. Dengan adanya produk-produk hebat, syarikat dapat kekal sehingga ke hari ini. Inilah buktinya kehebatan Herbalife.

3. Disenaraikan dipapan utama Bursa saham New York.

4. Mempunyai Medical advisory Board yang terbesar di dunia bagi memastikan produk adalah yang terbaik.

5. Memiliki Makmal Molekul Nutrisi sendiri atas nama pengasas Herbalife sendiri, Mark Hughes Cellular & Molecular Nutrition Lab di Universiti of California, Los Angeles (UCLA)

6. Beroperasi di 65 buah negara. Ini menunjukkan produknya sesuai untuk semua orang.

7. Terdapat sebanyak 50 juta testimoni bertulis dari pelanggannya.

8. Dan yang paling penting, PRODUK INI ADALAH HALAL dan mempunyai sijil IFANCA.


Bagaimana Saya Boleh Kurangkan Berat badan dengan Herbalife Shake dan Tea Mix?

* Produk Herbalife dicipta sebagai langkah untuk mengurangkan pengambilan kalori melalui penggantian makanan, supaya kalori yang dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar

* Tetapi dalam masa yang sama membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan supaya tubuh berfungsi dengan baik.

* Pakar mengatakan bahawa adalah mustahil untuk manusia pada hari ini untuk mendapatkan nutrisi lengkap dari makanan dengan mengawal pengambilan makanan untuk berdiet..

Tuesday, 14 December 2010

Herbalife Bukan Makanan pelangsing

Masihkan Anda Ingat Kejadian yang menimpa Adrea?

Masihkan Anda Ingat Kejadian yang menimpa Adrea?

Pada tahun 2002, masyarakat dunia dikejutkan dengan kisah seorang pelakon Singapura, Andrea De Cruz, yang nyaris maut gara-gara mengambil pil pelangsing.

Insiden itu benar-benar memberi kesan dan menginsafkan kalangan wanita yang sebelum itu telah dan berhasrat mencuba kaedah sama, semata-mata mahu memperoleh bentuk badan idaman.

De Cruz yang mengalami kegagalan fungsi hati secara tiba-tiba, terpaksa menjalani pemindahan hati untuk menyelamatkan nyawanya.

Walaupun memenangi kes saman terhadap pengedar pil itu dan diberi ganti rugi berjumlah hampir S$900,000 (RM1.9 juta) oleh Mahkamah Tinggi, belum tentu peristiwa itu dapat dilupakan begitu sahaja.

Yang pasti ia meninggalkan trauma kepada wanita yang pernah bercita-cita menjadi ratu cantik dunia semasa kecilnya itu.

Antaranya, melibatkan seorang pekerja pusat hiburan di Kuantan, Pahang,yang dikatakan mengambil ubat melangsingkan badan dan alkohol secara berlebihan.

Turut dikaitkan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan, Rosni Mat, 24,.

Bekas graduan di salah sebuah universiti tempatan yang mempunyai ketinggian 164 sentimeter dan berat antara 80 hingga 90 kilogram itu didakwa membeli ubat pelangsing berasaskan herba melalui internet.

”Sebagai jalan pintas, masih ramai yang mengambil pil pelangsing tanpa memikirkan kesan sampingan,” kata Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kar Lin pada sesi ceramah bertajuk Kehidupan dan Kematian: Kebenaran Tentang Penggunaan Ubat-Ubatan bagi Penurunan Berat Badan, di salah sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Menurut beliau, memiliki tubuh kurus dan langsing menjadi satu trend kepada individu terutama wanita hari ini.

Kebanyakan individu ini menganggap tubuh sedemikian bukan sahaja berupaya menukar diri mereka kelihatan lebih cantik, bahkan sihat dan sempurna terutama dari segi penampilan.

”Ini turut dipengaruhi dengan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan serta bebas daripada penyakit yang diakibatkan oleh kegemukan atau berat badan berlebihan,” katanya.

Katanya, kegemukan yang dikaitkan dengan kemajuan serta perubahan gaya hidup juga dikesan sebagai punca pelbagai jenis penyakit.

Antaranya, kencing manis, jantung, darah tinggi dan pelbagai jenis kanser.

Beliau juga memberitahu, menyekat pemakanan atau berdiet sahaja tidak cukup menjadikan ia kenyataan.

Jika sekalipun seseorang itu berjaya menguruskan badan, tetapi kulit yang dulunya tegang kini mulai kendur akibat tidak bersenam.

Senaman kata Khoo, penting bukan sahaja ingin memperoleh bentuk tubuh menarik, tetapi tahap kesihatan juga dapat dikekalkan.

”Ia patut dijadikan amalan dalam gaya hidup sihat seharian di samping memastikan pengambilan makanan seimbang mengikut piramid yang betul,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, pengambilan pil pelangsing bukan sahaja satu pembaziran, lebih besar kesan terhadap kesihatan seseorang.

Tambahnya, tiada gunanya jika seseorang itu berjaya mengurangkan berat badan dalam masa singkat sekalipun, tetapi gagal mengekalkannya dan menyebabkan masalah kesihatan lain pula.

”Selain terdedah kepada kemungkinan mengalami kerosakan organ dalaman, individu itu juga menghadapi risiko maut jika tersalah langkah.

”Ini kerana ada ubat penahan lapar yang memberi kesan sampingan pada kesihatan dan menjejaskan sistem saraf pusat di dalam tubuh seseorang,” katanya

Sumber : Utusan Malaysia : 26/04/2005

Takut kan????!!!!!!!!

tetapi Herbalife bukan makanan pelangsing ya!! Herbalife adalah nutrition food atau bahasa paling mudah..makanan diet yang kaya dengan nutrisi. Herbalife juga bukan makanan untuk orang yang nak kurus semata-mata ..tetapi juga makanan untuk mereka2 yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, asma, sembelit. Kadang2 badan kita perlu dibekalkan dengan makanan yang seimbang terlebih dahulu bagi menghasilkan kesihatan yang maksimum.

p/s : Juz nak share dengan korang...sebab ada yang salah faham, herbalife hanya untuk orang yang gemuk sahaja. kadang2 kalo kita dah kurus jangan sangka kita dah cukup sihat. sekali sekala cuba periksa kondisi badan kita...maybe dari segi kolestrol, glukos, tekanan darah.

Testimonia...terbaru

Nama : Puan Yati
Age : 28
Height: 162
Weight :72 Kg (30 Oktober 2010)
64.5 Kg (13 Disember 2010)

Puan Yati baru menggunakan Herbalife pada 30 Oktober 2010. Lebih kurang sebulan setengah beliau mengambil herbalife. Alhamulillah...feedback yang saya terima amatlah memuaskan hati. walaupun tidak sebanyak mana, tetapi beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 7.5kg...dalam tempoh 45 hari. Menakjubkan!!! saya sendiri terpukau. Penampilan pun dah nampak lain...makin berseri2 dan cantik. Ye ler...dulu bila badan berisi...nampak kurang yakin dan rendah diri...sekarang makin anggun dan bergaya.

Anda2 semua..di luar sana...apa tunggu lagi!! ingin menjadi seperti Puan Yati????



Hubungi saya ya!!!! saya sedia membantu anda!!!

p/s : nanti saya pujuk Puan Yati untuk letakkan gambar di sini untuk tatapan anda.

Sunday, 12 December 2010

Jualan Hujung Tahun

Assalamualaikum dan Salam Pagi Ahad...

Kawan2 sedia maklum bahawa saya telah menawarkan harga terendah pada Hujung Tahun 2010. YES!!! Jualan Hujung Tahun di DietWithHerbalife sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2010.

Saya telah mendapat beberapa maklumbalas berkaitan YES ini. Ada yang berkata, harga masih lagi tidak cukup murah atau mahu juga mendapat seperti harga ahli.

Tuan/puan/kakak/abang/adik,

Secara jujur dan terus terang, saya tidak boleh menawarkan harga serendah harga ahli kepada pembeli/pengguna yang bukan ahli. sebab akan berlaku ketidakadilan di sini...iaitu saya tidak meletakkan sesuatu pada tempatya atau pada haknya. Anda semua maklum, potongan 25% hanya boleh diberikan kepada mereka yang berhak sahaja...iaitu mereka yang telah melaburkan duit RM98 untuk mendaftar sebagai ahli. Hanya mereka yang boleh mendapat harga sebegitu.

Tuan/puan/kakak/abang/adik,

Ikhlasnya, saya telah berkongsi keuntungan apabila potongan harga ini saya tawarkan. Malah keuntungan yang anda perolehi sebenarnya adalah lebih banyak daripada saya.

Tahun 2010 akan berakhir tidak lama lagi...tahun 2011 pulak akan menjelma. Alhamdulillah..salah satu azam saya pada tahun 2010 telah tercapai...iaitu untuk mendapatkan berat ideal. Azam anda bagaimana pulak??? Jika anda juga berazam atau akan berazam untuk menurunkan berat badan atau mendapatkan berat ideal...jangan lepaskan peluang ini. Potongan harga ini akan berakhir hanya beberapa hari lagi. Jika anda masih gusar atau ragu2 untuk mencuba produk ini...jangan segan2 untuk hubungi saya...saya akan cuba membantu anda!!!

Thursday, 9 December 2010

Sesuai untuk semua golongan, tidak kira tua atau pun muda.. Sangat baik untuk wanita mengandung dan menyusukan anak.

Melalui Nutrisi Selular, nutrien yang menyihatkan membantu memberi khasiat kepada sel anda dengan gabungan eksklusif nutrien berasaskan tumbuhan kami yang menyediakan vitamin, antioksidan dan mineral untuk menyokong fungsi sel.

Dengan cara ini, produk kami menghantar nutrien yang menyihatkan kepada sel di seluruh badan, sebagai sebahagian daripada diet yang menyihatkan. Sel-sel adalah unit asas dalam badan manusia, menyediakan tenaga untuk tugas yang anda lakukan - daripada berfikir kepada membesar. Contohnya, produk kami dirumus untuk menyokong vilus sihat, struktur bagai jari sepanjang usus yang bertindak sebagai "pengawal" membantu badan anda menyerap lebih banyak nutrien, vitamin dan mineral, sambil memelihara anda daripada toksin. Lebih sihat vilus anda, lebih efisien sel anda boleh menyerap khasiat da diri anda menjadi lebih sihat.

HERBALIFE memaksimumkan nutrisi melalui formula saintifik unik. Gabungan ramuan berkualiti tinggi dan kaedah yang digunakan mengekalkan khasiat nutriennya. inilah cara kami memberi sentuhan peribadi kepada program yang mematuhi kehendak setiap individu......inilah kelebihan Herbalife.


~HomeLife~ - herbalife

PERHATIAN...!!!

Produk Herbalife bukanlah ubat dan bukan untuk mengubati penyakit.

Jika kita memberikan badan kita nutrisi yang secukupnya setiap hari, maka badan kita akan bertindak balas secara positif.

Wednesday, 8 December 2010

Protein Soya


tahukah anda bahawa kacang soya menawarkan gabungan protein yg paling lengkap berbanding kekacang yg lain? kacang soya mengandungi asid amino yg penting dalam nutrisi pemakanan... pengambilan asid amino adalah perlu dlm pemakanan kerana tubuh manusia tidak dapat menghasilkan asid amino dgn sendirinya... anda boleh juga menggantikan protein soya ini dgn pengambilan daging yg mengandungi kandungan lemak yg tinggi (jd, tak berapa sesuai utk mereka yg nk kuruskan badan, okayy)...



bagi memastikan kesihatan tubuh, setiap hidangan perlu ada sekurang2 nya
6.25 g protein soya @ yg sewaktu dengannya.. pengambilan protein soya juga dapat menurunkan kadar low-density-lipoprotein (LDL) @ lebih dikenali sbg "bad cholesterol" (kolestol jahat).. kolesterok jahat ini akan menempel di saluran darah anda & akibatnya, ia mendatangkan kesan yg buruk kpd jantung..

Apakah produk yg mengandungi protein soya di pasaran? ya!! it's Herbalife (HL)... merupakan produk pengurusan berat badan yg menggunakan protein soya sbg bahan utama.. apa yg lebih menarik lg, ia tidak hanya membekalkan protein soya semata2, malah ia mengandungi pelbagai jenis zat & vitamin yg diperlukan oleh tubuh manusia... perlu ingat!! HL sesuai untuk anda semua: - mengekalkan berat badan, menurunkan berat badan @ menambah berat badan dgn mengambil HL mengikut keperluan anda..

what r u waiting for? masih tidak percaya dengan kelebihan produk ini? andalah yg rugi, bukan saya... kerana saya & rakan yg lain telah menikmati kebaikan HL & saya percaya dgn kemampuan HL yg mampu mengubah persepsi saya terhadap setiap kalori yg saya ambil... anda belum terlewat!! cubalah HL... pasti tidak menyesal...

Monday, 6 December 2010

Formula 1

Hari ni saya rasa 'terpanggil' untuk kongsi info mengenai Formula 1. Sebabnya saya rasa penting untuk sampaikan apa yang ada dalam F1 ni, yang dapat membantu badan kita menjadi sihat, bukan untuk kurus semata-mata. Memandangkan ramai pembeli/pengguna selalu bertanya apa peranan F1, atau selalu konpius nak mengambil produk mengikut bajet.

Bagi saya, memang semua orang nak kurus. Tapi kurus tidak semestinya sihat. Kita mesti target untuk menjadikan badan kita lebih sihat. Caranya? Melalui pemakanan kitalah. We are what we eat. Kita mesti pastikan apa yang masuk dalam badan kita betul-betul benda yang diperlukan oleh tubuh kita.

Memanglah susah kalau everytime nak makan/ masak kena fikir, lauk ni cukup ke kandungan protein dia? Berapa lama nak masak sayur supaya khasiat dalamnya dapat dikekalkan? Lebih susah lagi untuk orang yang dah ada penyakit darah tinggi ke, kencing manis ke. Macamana nak determine makanan mana lebih gula, makananan mana tak leh makan sebab kandungan garam terlalu tinggi.

Pasal kurus pulak. Memang best jadi kurus. Tapi cuba check dengan orang yang kurus. Ada tak diorang ada masalah kesihatan? Banyak saya dengar, kebanyakannya ada masalah sembelit, susah buang air. Untuk orang yang banyak makan macam saya dulu, of course takde masalah. Hari-hari mesti nak membuang. Mana taknya? Dah macam-macam masuk dalam badan.

Lagi satu, kandungan kolestrol. Walaupun kurus, kandungan kolestrol diorang mungkin tinggi. Hari sabtu saya dah check kandungan kolestrol dalam badan saya. Alhamdulillah..bacaan 4.8, kira ok lagi sebab masih di bawah 5.6. itupun, doktor suh saya kurangkan makanan yang mengandungi kolestrol. macam kopok lekor, ikan bilis, kuning telor, mee goreng, roti canai...banyak lagik. Saya tak dapat bayangkan masa berat saya 68kg dulu...harus bacaan kolestrol tinggi. Alhamdulillah...herbalife dah banyak membantu saya...syukur juga pada Tuhan yang memberikan saya kesihatan yang baik.

Saya memang susah nak percaya sikit kalau orang kata, pakai sesuatu produk ni boleh jadi kurang selera nak makan. Nanti makan lebih je, muntah. Makan lebih je, muntah. Ok ke macam tu? Kalau asyik nak kena muntah makanan je, padahal selera masih besar lagi. Tak boleh nak control intake yang masuk dalam badan kita. Lagi satu, macam saya katakan tadi, camana nak pastikan makanan yang masuk tu ada semua kandungan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh? Untuk kesihatan masa depan. Kalau makan sikit je dah kenyang, tapi hari-hari melantak fast food, makanan berlemak dan bergoreng, sihat ke tu?

Jadi, setiap orang ada pendapat dan pilihan masing-masing. Saya pilih yang paling baik untuk diri saya. Pilih makanan yang menyihatkan macam Herbalife ni. Dengan herbalife ni jugak saya dah berjaya control intake makanan, jenis-jenis makanan biasa yang nak makan, dan sekarang dalam proses belajar cara mengira jumlah kalori dalam makanan. InsyaAllah, mungkin dengan cara ni saya akan jadi lebih sihat dan kurus.

Q&A mengenai Formula 1 Shake

By David Heber, M.D., Ph.D., F.A.C.P., F.A.C.N.

Chairman of the Herbalife Nutrition and Scientific Advisory Boards

Q: Apakah komponen dalam Formula 1 yang dapat menjadikan ia satu hidangan yang sihat dan mengenyangkan?

A: Formula 1 mengandungi soya berkualiti tinggi, karbohidrat yang sihat, vitamin, mineral, asid amino dan lain-lain nutrisi untuk menyediakan apa yang sipelrukan oleh sel-sel badan untuk kesihatan yang optimu. * Anda akan dapat merasai perbezaan daripada breakfast biasa selepas minum shake yang pertama.

Q: Adakah protein soya dalam F1 berkhasiat untuk lelaki dan perempuan?

A: Ya, protein soya dalam Formula 1 sangat berkhasiat untuk lelaki dan perempuan. Banyak kajian saintifik mendapati kebaikan protein soya untuk kesihatan jantung apabila dimasukkan ke dalam diet yang sihat, diet rendah lemak. Oleh kerana itulah setiap F1 mempunyai simbol jantung sihat pada semua label botol (kecuali perisa Tropical Fruit yang mengandungi kurang kandungan soya)*


Q: Bagaimana suatu produk Formula 1 ini menjadi ideal dalam menurunkan berat badan dan mengimbangkan berat?

A: Kajian mendapati bahawa dengan mengambil 2 shake setiap hari dan hanya mengambil 1 hidangan sihat akan membawa kepada penurunan berat badan, manakala mengambil 1 shake setiap hari akan mengekalkan berat badan. Formula 1 ialah hidangan yang ideal untuk semua orang, samada untuk menurunkan berat badan, mengekalkan berat yang telah berjaya diturunkan, atau sebagai kawalan kepada berat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...