Saya selalu mendapat pertanyaan melalui email dan SMS mengenai
produk kurus Herbalife dan senarai harga produk kurus Herbalife.
Jawapan sebenarnya saya tidak tahu manakah
produk kurus Herbalife yang sesuai untuk anda tanpa mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diri anda, dan masalah yang sedang anda hadapi sekarang.
Produk Herbalife memang boleh bantu seseorang menjadi kurus, tetapi
produk yang mana satu sebenarnya yang betul-betul sesuai untuk seseorang
itu adalah berbeza mengikut keperluan masing-masing. Anda perlu tahu
produk mana yang betul-betul sesuai supaya anda dapat hasil seperti yang
diinginkan. Sebagai seorang Coach yang berpengalaman, saya boleh bantu
cadangkan produk yang sesuai untuk anda.
Berikut ialah senarai produk Herbalife yang boleh membantu menurunkan berat badan
Produk kurus Herbalife # 1 : Shake Herbalife
Shake Herbalife
merupakan produk asas untuk menurunkan berat badan. Shake Herbalife
terdiri daripada Formula 1 yang mengandungi semua vitamin dan mineral
yang diperlukan oleh badan. F1 membekalkan nutrisi kepada sel-sel badan
kita supaya kita kekal sihat dan bertenaga. Shake Herbalife juga
terdiri daripada Formula 3 iaitu protein, untuk membina otot dan
membentuk badan supaya jadi lebih menarik. Preotein F3 dapat membantu
kita mengawal kelaparan dalam jangkamasa yang lebih lama. Dengan
menggantikan 2 waktu makan utama dengan shake Herbalife yang rendah
kalori ini, akan dapat membantu seseorang menurunkan berat badan dan
jadi lebih kurus.
Produk kurus Herbalife # 2 : Teh Herbalife
Teh Herbalife
atau nama sebenarnya teamix merupakan sejenis campuran teh hijau
berkualiti tinggi yang berfungsi untuk menaikkan metabolisme badan dan
membuang toksin melalui pembuangan air kecil. Teamix membantu untuk
menurunkan berat sebanyak 20%. Teamix juga memberikan tenaga kepada
badan dan mengandungi antioksidant untuk agen awet muda.
Produk kurus Herbalife # 3 : Aloe vera Herbalife
Minuman aloe vera Herbalife
merupakan produk kegemaran saya, dan seluruh ahli keluarga saya. Aloe
Vera Concentrate Herbalife merupakan produk yang membantu memperbaiki
sistem penghadaman supaya jadi lebih sihat. Minuman ini mencuci usus
kita daripada toksin yang banyak melekat padanya hasil dari pemakanan
tidak sihat kita sebelum ini. Ini membantu penyerapan nutrien lebih baik
daripada shake Herbalife yang diminum, dan membantu menurunkan berat
badan sebanyak 30%. Selain daripada itu, Aloe Vera yang terkenal dengan
pelbagai khasiat memberikan banyak lagi kesan seperti menjadikan kulit
lebih cantik, melegakan kahak, membantu memperbaiki luka dan lain-lain
lagi.
Produk kurus Herbalife # 4 : Omega fish oil (minyak ikan) Herbalife
Omega Fish Oil Herbalife, atau minyak ikan merupakan suplemen
tambahan yang sanagat sesuai bagi mengurangkan lemak-lemak degil dan
kolstrol jahat dalam badan. Fish oil ini sangat baik untuk membantu
mengurangkan visceral fat, iaitu lemak pada bahagian pinggang dan perut,
dengan pengambilan yang konsisten beserta senaman yang sesuai. Omega
fish oil juga bagus untuk kesihatan jantung dan otak.
Produk kurus Herbalife # 5 : TC Formula
TC Formula merupakan produk untuk kurus paling baru dikeluarkan oleh
Herbalife Malaysia. TC Formula membantu meningkatkan metabolisme dengan
lebih baik, terutama bagi mereka yang rendah metabolisme. Produk ini
juga dapat membantu mengawal selera makan.
Adakah anda perlu ambil semua produk di atas?
Mungkin ya, dan mungkin tidak. Oleh sebab itulah, sebelum anda
memulakan program menguruskan badan dengan Herbalife, anda perlu faham
produk mana yang betul-betul sesuai untuk anda. Anda perlu dapatkan
nasihat daripada Coach Herbalife yang berpengalaman untuk ketahui produk
yang sesuai untuk anda.
Adakah dengan pilihan sebahagian sahaja daripada produk di atas masih dapat turunkan berat? Ya,
anda tidak perlu mengambil semua produk kurus Herbalife untuk turunkan
berat badan. Dengan mengambil sekurang-kurangnya shake Herbalife sahaja
pun berat boleh turun. Tetapi cara penggunaan dan sukatan yang tepat
adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat kesayang diinginkan.
Oleh itu, tidak kira produk mana yang anda ambil, pastikan anda
mendapat Coaching yang betul tentang cara penggunaanya.
Jika anda ingin latik saya sebagai Coach untuk memulakan program
menguruskan badan dengan produk Herbalife dan ketahui produk mana yang
sesuai untuk anda, hubungi saya melalui email
myshapeworkdiet@gmail.com atau
SMS/Whatsapp ke 0193810811 sekarang.