Saya kerap menerima pertanyaan ini melalui email, SMS atau pun secara bersemuka yang bertanya, boleh ke produk Herbalife menurunkan berat badan, tetapi masih boleh makan nasi?
Jawapan saya, dengan produk Herbalife tentulah boleh. Malah, bukan
sahaja nasi, kita dapat terus makan makanan kegemaran kita seperti biasa
tanpa perlu meninggalkannya. Kurus dengan Herbalife tidak perlu
berpantang sebarang makanan dan minuman.
Tetapi, ada syaratnya….
Jika kita ingin menurunkan berat badan, pastikan kita gantikan dua waktu makan kita, atau lebih dengan shake Herbalife,
dan satu waktu makan lagi kita boleh makan apa sahaja yang menjadi
makanan kegemaran kita. Jika kita suka makan nasi, inilah masa paling
sesuai untuk kita makan nasi. Kita boleh pilih untuk menikmati makan
tengahari dengan nasi dan lauk pauk yang lazat supaya kita tidak rasa
rugi, atau kehilangan nikmat menikmati makanan kegemaran kita.
Pastikan makanan biasa yang kita makan itu adalah dalam kuantiti
hidangan penuh. Jika hidangan itu menu sihat dan seimbang adalah lebih
baik, kerana ini akan membantu mempercepatkan proses menurunkan berat badan jika
kita pilih hidangan yang kurang berminyak dan berlemak. Jangan makan
terlalu sedikit, kerana ini akan menyebabkan pengambilan kalori terlalu
rendah, dan kita akan rasa tidak puas atau cepat lapar selepas beberapa
ketika. Seeloknya minum Teh Herbalife atau TC Formula selepas kita menikmati makanan dan hidangan biasa ini supaya pembakaran lemak berlaku lebih cepat.
–> Ketahui produk Herbalife yang sesuai untuk anda turunkan berat badan dengan mendapatkan analisa kesihatan secara percuma
Ada sesetengah orang sering melakukan kesilapan dengan meninggalkan
nasi, tetapi menggantikan hidangan mereka dengan makanan kurang
khasiat yang lain. Ada Coachee saya apabila ditanya jadual pemakanannya
memberitahu dia meninggalkan nasi, tetapi dia suka mengunyah makanan
lain seperti kuih-muih atau keropok. Akibatnya dia rasa tidak puas
makan, dan berat mungkin susah turun kerana tanpa disedari jumlah kalori
dalam makanan ringan yang diambil melebihi daripada kalori sepinggan
nasi! Bukankah ini satu perbuatan yang merugikan? Sepatutnya lebih baik
dia mengambil hidangan penuh yang lebih menyelerakan dan memuaskan
hati.Alhamdulillah setelah sesi follow up dijalankan, dia dapat
menyesuaikan diri dengan mengambil makanan pada waktu sepatutnya, dan
menikmati nasi seperti orang lain.
Diet Herbalife
sebenarnya amat mudah. Tidak perlu berlapar, dan tidak perlu bersusah
payah memilih makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan. Untuk menurunkan berat badan
menggunakan produk Herbalife juga tidak perlu mengira semua kalori yang
masuk ke dalam mulut kita. Cukuplah sekadar ikut aturan pemakanan dan
sukatan yang disediakan oleh Coach Herbalife, minum banyak air kosong, dan melakukan sedikit aktiviti atau senaman ringan, seseorang itu akan mendapat kesan Herbalife yang sangat menakjubkan.
Oleh itu, jika anda ingin memulakan program menurunkan berat badan
sekarang dengan menggunakan produk Herbalife, tanpa perlu meninggalkan
nasi, boleh hubungi saya di myshapeworkdiet@gmail.com atau SMS/Whatsapp ke nombor 0193810811.

No comments:
Post a Comment