Monday, 6 December 2010

Formula 1

Hari ni saya rasa 'terpanggil' untuk kongsi info mengenai Formula 1. Sebabnya saya rasa penting untuk sampaikan apa yang ada dalam F1 ni, yang dapat membantu badan kita menjadi sihat, bukan untuk kurus semata-mata. Memandangkan ramai pembeli/pengguna selalu bertanya apa peranan F1, atau selalu konpius nak mengambil produk mengikut bajet.

Bagi saya, memang semua orang nak kurus. Tapi kurus tidak semestinya sihat. Kita mesti target untuk menjadikan badan kita lebih sihat. Caranya? Melalui pemakanan kitalah. We are what we eat. Kita mesti pastikan apa yang masuk dalam badan kita betul-betul benda yang diperlukan oleh tubuh kita.

Memanglah susah kalau everytime nak makan/ masak kena fikir, lauk ni cukup ke kandungan protein dia? Berapa lama nak masak sayur supaya khasiat dalamnya dapat dikekalkan? Lebih susah lagi untuk orang yang dah ada penyakit darah tinggi ke, kencing manis ke. Macamana nak determine makanan mana lebih gula, makananan mana tak leh makan sebab kandungan garam terlalu tinggi.

Pasal kurus pulak. Memang best jadi kurus. Tapi cuba check dengan orang yang kurus. Ada tak diorang ada masalah kesihatan? Banyak saya dengar, kebanyakannya ada masalah sembelit, susah buang air. Untuk orang yang banyak makan macam saya dulu, of course takde masalah. Hari-hari mesti nak membuang. Mana taknya? Dah macam-macam masuk dalam badan.

Lagi satu, kandungan kolestrol. Walaupun kurus, kandungan kolestrol diorang mungkin tinggi. Hari sabtu saya dah check kandungan kolestrol dalam badan saya. Alhamdulillah..bacaan 4.8, kira ok lagi sebab masih di bawah 5.6. itupun, doktor suh saya kurangkan makanan yang mengandungi kolestrol. macam kopok lekor, ikan bilis, kuning telor, mee goreng, roti canai...banyak lagik. Saya tak dapat bayangkan masa berat saya 68kg dulu...harus bacaan kolestrol tinggi. Alhamdulillah...herbalife dah banyak membantu saya...syukur juga pada Tuhan yang memberikan saya kesihatan yang baik.

Saya memang susah nak percaya sikit kalau orang kata, pakai sesuatu produk ni boleh jadi kurang selera nak makan. Nanti makan lebih je, muntah. Makan lebih je, muntah. Ok ke macam tu? Kalau asyik nak kena muntah makanan je, padahal selera masih besar lagi. Tak boleh nak control intake yang masuk dalam badan kita. Lagi satu, macam saya katakan tadi, camana nak pastikan makanan yang masuk tu ada semua kandungan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh? Untuk kesihatan masa depan. Kalau makan sikit je dah kenyang, tapi hari-hari melantak fast food, makanan berlemak dan bergoreng, sihat ke tu?

Jadi, setiap orang ada pendapat dan pilihan masing-masing. Saya pilih yang paling baik untuk diri saya. Pilih makanan yang menyihatkan macam Herbalife ni. Dengan herbalife ni jugak saya dah berjaya control intake makanan, jenis-jenis makanan biasa yang nak makan, dan sekarang dalam proses belajar cara mengira jumlah kalori dalam makanan. InsyaAllah, mungkin dengan cara ni saya akan jadi lebih sihat dan kurus.

Q&A mengenai Formula 1 Shake

By David Heber, M.D., Ph.D., F.A.C.P., F.A.C.N.

Chairman of the Herbalife Nutrition and Scientific Advisory Boards

Q: Apakah komponen dalam Formula 1 yang dapat menjadikan ia satu hidangan yang sihat dan mengenyangkan?

A: Formula 1 mengandungi soya berkualiti tinggi, karbohidrat yang sihat, vitamin, mineral, asid amino dan lain-lain nutrisi untuk menyediakan apa yang sipelrukan oleh sel-sel badan untuk kesihatan yang optimu. * Anda akan dapat merasai perbezaan daripada breakfast biasa selepas minum shake yang pertama.

Q: Adakah protein soya dalam F1 berkhasiat untuk lelaki dan perempuan?

A: Ya, protein soya dalam Formula 1 sangat berkhasiat untuk lelaki dan perempuan. Banyak kajian saintifik mendapati kebaikan protein soya untuk kesihatan jantung apabila dimasukkan ke dalam diet yang sihat, diet rendah lemak. Oleh kerana itulah setiap F1 mempunyai simbol jantung sihat pada semua label botol (kecuali perisa Tropical Fruit yang mengandungi kurang kandungan soya)*


Q: Bagaimana suatu produk Formula 1 ini menjadi ideal dalam menurunkan berat badan dan mengimbangkan berat?

A: Kajian mendapati bahawa dengan mengambil 2 shake setiap hari dan hanya mengambil 1 hidangan sihat akan membawa kepada penurunan berat badan, manakala mengambil 1 shake setiap hari akan mengekalkan berat badan. Formula 1 ialah hidangan yang ideal untuk semua orang, samada untuk menurunkan berat badan, mengekalkan berat yang telah berjaya diturunkan, atau sebagai kawalan kepada berat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...