Semalam saya dengan seorang bakal klien yang bertanyakan mengenai produk herbalife. Beliau keliru kerana harga produk herbalife adalah berbeza dari seorang pengedar dan pengedar yang lain. Beliau telah menghubungi pengedar yang lain sebelum saya. pengedar tersebut memberikan harga yang berbeza dan lebih murah. Tetapi apabila beliau ingin berjumpa untuk penjelasan yang lebih detail, pengedar itu enggan dan memberikan layanan yang tidak profesional ” tengok dalam website tu pun dah cukup” kata pengedar itu tadi kepada beliau.
Akhirnya pelanggan tadi bertanya saya mengenai harganya. Setelah saya memberikan harganya, beliau terkejut kerana harga yang saya berikan berbeza dengan pengedar tadi. Saya memberitahu kepada pelanggan tadi bahawa harga yang saya berikan adalah harga yang telah ditetapkan oleh syarikat Herbalife.
Untuk pengetahuan anda syarikat Herbalife telah menetapkan harga bagi setiap produknya. Harga adalah berbeza antara ahli dan bukan ahli. Jika menjadi ahli akan mendapat diskaun sebanyak 25%, jika membeli secara program seperti program 4 bulan misalnya akan mendapat diskaun sebanyak 32%. Ini adalah antara terma dan syarat mereka, sesiapa yang melanggar syarat ini jika aduan dibuat akan di kenakan denda.
Mengapa mereka menjualnya dengan harga yang berbeza? Ini adalah disebabkan mereka memberi diskaun. Ramai orang seperti ini diluar sana. Selalunya orang seperti ini tidak menjalankan bisnes dengan cara yang betul. Mungkin mereka semata-mata ingin mendapatkan pelanggan tanpa memberikan khidmat nasihat, panduan, memantau perkembangan dan sebagainya. Sebabnya, sudahlah mereka memberikan diskaun, untuk berjumpa pelanggan pula perlu mengeluarkan duit poket sendiri. Tak mungkin mereka mahu mengeluarkan duit sendiri semata-mata untuk berjumpa pelanggan, menelefon dan sebagainya. Jika anda membeli dari orang sebegini, jangan salahkan produk jika berat badan anda tidak turun, salahkan pengedar yang tidak memantau anda. Jika anda sudah sign-up dengan pengedar terbabit, anda terikat dengan mereka, anda tidak boleh membeli produk dari pengedar lain.
Dalam bisnes, terdapat pelbagai jenis orang. Ada yang serius dan mempunyai pelan jangka panjang dalam bisnes ini, ada juga yang ingin semata-mata untuk mendapatkan pelanggan. Tak kira dalam bisnes jenis apa pun, kalau menjalankan perniagaan dengan cara yang salah pasti tidak akan bertahan lama. Saya juga percaya jika saya membuat sesuatu dengan cara yang betul akan berjaya juga akhirnya dan hasil yang diperolehi juga akan di berkati serta di hormati oleh pelanggan. Ada pengedar yang telah bergiat dalam herbalife selama berpuluh tahun dan berjaya. Kenapa mereka berjaya? Kerana mereka menjalankan bisnes dengan cara yang betul, pelanggan gembira kerana badan menjadi langsing,cantik dan menjadi buah mulut dikalangan kawan-kawan mereka. Kawan-kawan mereka juga ingin langsing, cantik dan akan menggunakan produk yang sama. Siapa yang dicarinya? Mestilah pengedar terbabit. Begitulah Herbalife berkembang dari satu produk yang dijual dari boot kereta hingga menjadi perniagaan bernilai berbillion dollar sehingga hari ini.
Oleh itu jika anda ingin serius menurunkan berat badan pastikan anda mencari dengan orang yang betul, yang dapat menjadi coach anda.
boleh sy tau harge untuk shape work diet
ReplyDeleteboleh....tapi saya kena bagitau melalui emel. boleh emel atau sms saya untuk maklumat lanjut
ReplyDelete