Monday, 18 October 2010

Soal Jawab Berkaitan Herbalife

Soalan berkaitan menu harian dengan Herbalife

S: Boleh tak amik shake sekali dan normal meal sekali setiap hari untuk turunkan berat badan?

J: Tidak boleh. Untuk turun berat badan mesti ambil shake 2 kali sehari dan 1 normal meal.
Kalau ambil 1 shake dan 1 normal meal, maknanya ada skip 1 meal. Amalan skip waktu makan tidak bagus diamalkan.

S: Masa normal meal boleh makan nasi ke?
J: Of course boleh. Cuma, kalau nak result lebih efektif, kena kurangkan nasi. Dinasihatkan ambil makanan yang seimbang waktu normal meal. Yang penting jumlah pengambilan kalori satu hari perlu dikurangkan untuk turunkan berat badan.

S: Macamana sukatan dan menu yang betul untuk consume Herbalife?

J: Soalan ni kena refer pada coach/ agen Herbalife anda. Sekiranya coach/agen anda tidak dapat memberikan jawapan yang sepatutnya/memuaskan, boleh hubungi saya untuk panduan.
Pada sesiapa yang masih belum mendaftar pulak, boleh berikan saya email dan saya akan emailkan cara penggunaan Herbalife yang terbaik sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk ini.

S: Boleh ke ibu yang sedang menyusukan anak menggunakan Herbalife?

J: Boleh. Malah, lebih baik lagi kerana ibu mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya untuk menyusukan bayi. Kandungan soya dalam Herbalife juga boleh membantu menambah kuantiti susu ibu. Cuma teamix tidak digalakkan untuk ibu yg sedang menyusukan anak kerana teamix mengandungi caffein. Dikhuatiri akan menyebabkan bayi susah tidur dan mungkinsenang meragam.
Ibu mengandung dan kanak-kanak juga boleh mengambil shake Herbalife.


Soalan berkaitan teamix

S: Bila waktu yang sesuai minum teamix?
J: Bila-bila masa sahaja tetapi mesti jarakkan 30 minit- 1 jam sebelum dan selepas ambil shake supaya nutrisi dalam shake tak hilang.

S: Boleh ke minum teamix waktu malam?

J: Teamix mengandungi natural caffein. Jadi pada sesiapa yang susah nak tidur dinasihatkan supaya minum teamix sebelum pukul 6 ptg. Tapi kalau macam aku ni, minum teamix pukul 9 mlm pun, pukul 11 mlm dah mengantuk.
Apa yang penting, selepas minum teamix pastikan minum 1 Liter air kosong. So kalau minum teamix waktu malam, kena minum 1 L air sebelum masuk tidur.



Soalan berkaitan pembelian produk Herbalife

S: Kenapa ada orang ambil Herbalife F1 sahaja dan ada yang ambil F1 dengan F3?

J: Sebenarnya bergantung kepada pilihan masing-masing. Ada sebab kenapa ambil F1 sahaja dan kenapa ambil F1+ F3. Sebelum keluarkan duit untuk beli Herbalife, pastikan dulu apa target anda, nak turunkan berat(kg) dulu atau nak target untuk body shape (kurangkan inci). F1 untuk turunkan berat badan. Kalau ambil F1 sahaja, kg akan hilang dengan cepat. F3 pula untuk shape dan hilangkan inci. Kalau diambil F3 bersama F1, kg akan hilang lambat sikit tapi inci akan hilang cepat. So, pastikan apa target anda dulu sebelum order Herbalife dengan distributor yang dipilih.

S: Boleh ke nak beli asing-asing produk Herbalife atau WAJIB ambil 1 set (Start-Now-Pack)?

J:
Of course boleh. Tak perlu beli by set. Macam aku tulis di atas, semuanya bergantung kepada keperluan dan bajet anda. Boleh ambil satu set, F1 dan teamix, atau F1 sahaja.

S: Macamana nak dapatkan Herbalife dengan lebih murah?

J:
Mesti daftar sebagai ahli untuk dapatkan diskaun. Mengikut peraturan Herbalife, harga diskaun hanya dapat diberikan kepada sesiapa yang dah mendaftar sebagai ahli sahaja. Berapa banyak diskaun dan harga selepas diskaun? Ni hanya boleh diberitahu melalui email sahaja. So, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut....:)

walaubagaimanapun....hanya dengan mengamalkan Herbalife sahaja belum menjamin tahap kekurusan anda. anda digalakkan untuk bersenam...seminggu 3 kali pun dah cukup...atau buat sehari 10 minit. nak tahu caranya...tunggu entri aku akan datang...

4 comments:

  1. salam, dalam sehari mesti kena minum f1 2 kali kan, so waktu yang sesuai tu.. bila eh? pagi ke tengah hari ke malam, boleh tak klau minum f1 pagi dan tengah hari, pastu malam baru makan macam biasa?

    ReplyDelete
  2. minum dua kali sehari...pagi dan malam. kalau boleh elakkan makan makanan biasa malam2...bahaya!!! takut terlebih kalori intake..naya.

    ReplyDelete
  3. kalo ambil F1 sahaja boleh trun berat badan jugak ker??

    ReplyDelete
  4. boleh.....dengan syarat minum air kena menten 2l sehari....makan ikut peraturan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...