Badan akan memproses bahan makanan untuk dijadikan tenaga. Tenaga ini digunakan oleh badan kita untuk melakukan kerja.KCal atau kilo calori merupakan unit untuk mengira tenaga. Mengetahui dan mengawal KCal adalah rahsia kejayaan Herbalife! Dua perkara penting dalam KCal adalah Pengawalan KCal dan juga Nilai KCal Sesuatu Makanan
Mengawal KCal – Basal Metabolic Rate
BMR atau Metabolism ini merupakan perkara asa yang perlu diketahui oleh semua orang terutamanya yang inginkan kesihatan unggul. BMR merupakan tenaga yang diukur dalam unit kilocalori pada keadaan rehat untuk memberi fungsi normal kepada badan. Beberapa faktor mempengaruhi BMR antaranya ialah, tinggi, jentina, suhu persekitaran, BERAT, DIET dan juga SENAMAN. Yang berhuruf besar adalah perkara yang boleh diubah untuk meningkatkan BMR anda!
- Tinggi – Semakin tinggi badan, semakin tinggi BMR
- Jentina – Lelaki memiliki BMR yang lebih 15-20 % lebih dari perempuan
- Suhu – Keadaan sejuk membuat BMR lebih 5-10% dari tempat panas
- BERAT – Semakin berat, semakin tinggi BMR
- DIET – Diet yang betu akan meningkatkan BMR
- SENAMAN – Senaman yang betul akan meningkatkan BMR sedikit demi sedikit
Nilai KCal dalam Makanan
Antara faedah memasuki pertandingan ini adalah anda dapat mengetahui BMR anda dengan mesin penimbang yang digunakan. Dengan bantuan ‘coach’ anda boleh mencapai berat badan yang anda inginkan! Untuk mengira BMR, rumus yang digunakan adalah
P = 370 + (21.6*LBM) LBM = Lean Body Mass (Muscle)
Rumus dari Katch-McArdle ini merupakan rumusan dari rumus yang terawal dari Harris-Benedict yang lebih susah. Diketahui bahawa BMR adalah berkadar terus dengan jisim otot. Untuk membina otot, pengambilan protein yang betul dan juga senaman yang mencukupi adalah sangat penting.
Apabila BMR sudah diketahui, tibalah masanya untuk mengawal pengambilan KCal melalui pemakanan. Paling hebat mengenai Herbalife, satu shake hanya 150 ke 200 Kcal sahaja!
No comments:
Post a Comment