Monday, 16 June 2014

Berpuasa Dengan Herbalife






Assalamualaikum...

ramai yang tanya aku...camner cara nak menggunakan herbalife semasa berpuasa.  so, disini aku sertakan plan pemakanan ringkas untuk diikuti.  senang jer caranya kan. 


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA......

Monday, 12 May 2014

Shake Herbalife: Apa itu Shake Herbalife Untuk Turunkan Berat Badan?

Bismillah...
" Kak saya nak turunkan berat badan dan ingin beli shake herbalife"
Ramai yang bertanyakan kepada saya seperti ayat diatas. Tetapi ramai juga yang tidak memahami apakah campuran shake herbalife yang boleh membantu menurunkan berat badan. Shake herbalife adalah minuman yang berkhasiat dan penuh nutrisi yang membantu kita menggantikan makanan harian yang tinggi kalori kepada makanan yang rendah kalori tetapi kaya dengan vitamin dan mineral yang cukup untuk keperluan diri kita dan ia membantu untuk menurunkan berat badan
Shake herbalife adalah terdiri dari produk herbalife formula 1 atau lebih dikenali sebagai f1. F1 mempunyai 5 perisa iaitu vanilla, tropika, strawberi, vanilla dan coklat. F1 ini bolehlah dicampurkan dengan  produk herbalife formula 3 atau lebih dikenali sebagai f3. Dengan campuran produk herbalife f1 dan f3 ini membolehkan kita akan merasa lebih kenyang. Ia membantu kita untuk mereshape bentuk badan dan menurunkan berat badan. Sudah pastilah untuk saya yang ingin menurunkan berat badan dan mereshape bentuk badan akan mengambil f1 dan f3 untuk menggantikan makanan harian saya. Untuk mengetahui cara mengambil herbalife yang sesuai untuk anda, anda boleh melantik coach herbalife untuk membantu anda membuat pilihan shake herbalife yang mana sesuai untuk anda

Pelbagai cara penyediaan boleh  dilakukan untuk mendapatkan shake herbalife yang enak agar kita tidak jemu semasa program menurunkan berat badan. Cara saya untuk menjadikan shake herbalife yang enak ialah mencampurkan 2 perisa f1 dalam satu shake herbalife iaitu f1 strawberi dan dicampurkan dengan f1 perisa coklat. Selain itu adakalanya saya akan mencampurkan dengan buah-buahan, yogurt, oat dan pelbagai lagi cara boleh dilakukan untuk mendapatkan shake herbalife yang enak. Walaupun saya dalam program menurunkan berat badan dan menggantikan makanan rutin saya kepada shake herbalife namun saya tidak jemu kerana shake herbalife ini boleh dipelbagaikan
Ada juga sesetengah mereka yang ingin menurunkan berat badan mengawal dan memilih makanan tertentu sahaja untuk dimakan. Contohnya mereka akan menyediakan bekalan makanan-makanan yang sihat seperti salad, yogurt, makanan rendah lemak, kurang gula dan lain-lain. Tetapi kaedah ini memerlukan cara penyimpanan yang betul dan tidak boleh disimpan terlalu lama. Selain itu kosnya juga mungkin akan menjadi tinggi dari yang sepatutnya. Oleh itu pemilihan shake herbalife adalah kaedah yang mudah untuk mendapatkan makanan yang sihat agar dapat turunkan berat badan dengan sihat.
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan shake herbalife, anda perlulah mengenal pasti perisa mana yang menjadi pilihan anda dan bagaimana cara pengambilan shake herbalife yang sesuai untuk anda. Ini kerana cara pengambilan shake herbalife untuk menurunkan berat badan adalah berbeza untuk setiap individu itu. Anda bolehlah merujuk kepada coach herbalife yang anda telah lantik agar matlamat anda untuk menurunkan berat badan akan tercapai.
Anda ingin mulakan program turunkan berat badan dan mengetahui shake herbalife yg mana sesuai untuk anda. Hubungi saya DISINI. Saya akan bantu anda untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk anda.

Wednesday, 7 May 2014

testimoni terbaru



testimoni terbaru. alhamdulillah. jeles jugak tengok kulit muka dia. dahla badan makin kecik...kulit makin cantik. try korek rahsia dia. terkejut...jawapannya herbalife. ya HERBALIFE.

so pada sesiapa yg nak jadi macam tu...cepat2 pm me ya. sempat lagi nak raya ni. kalau badan x sempat kurus...at least muka dah berseri2. hehehe.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 27 November 2013

Testimoni terbaru

Testimoni terbaru..
tenkiu pada customer kerana sudi berkongsi gambar beliau di dalam blog ini.
bukan senang customer nak bagi kebenaran untuk letak picca kat laman2 sosial ni...free lak tu.
tenkiu ya adik manis

tahniah pada adik manis kita
berjaya kurangkan 11 kg dalam masa yang singkat..
dapat maklumbalas yang memberangsangkan..
selain dari kelihatan cantik dan manis...
katanya..suami pun makin sayang.

nampak beza kan???
sebelum dan selepas...
ceria lagi selepas.





Wednesday, 4 September 2013

Rumah Terbuka vs Herbalife

Salam semua...

banyak betul open house sekarang ni..tambah2 lagi bile keje gomen.  hari2 ada jemputan open house.  kejap vendor ni..kejap vendor tu..kejap bahagian ni..kejap bahagian tu.  giler aku kena kontrol makan.  tapi so far alhamdulillah....naik tu naik la berat badan...tapi masih boleh control. 

cara aku...kalau aku tau nak gi open house tengaharinya...
pagi tu aku tak makan apa2...
amik shake segelas...minum tea..

biler gi open house....makanan utama aku amik...sate. 6 cucuk.
banyak gak kan???
kalo tak makan rugi...so..makan ja la
pastu cari makanan berkuah.  biasa ku cari laksa.
amik kuah dengan sayur2an.
laksa amik la dalam 5 urat..
kang tukang cedok kuah kata apa plak kan...

pas laksa...minum air. pastu cari rendang.  lemang amik 1-2 pcs
minum air.
maka setel la open house aku.
ingat!!! jangan sesekali amik nasi.
kalo umah orang tu buat nasi...amik lauk jer.
kalau perlu nasi...amik sesudu.  jangan lebey.

petang kang...jangan makan apa2.
aku biasa...minum milo panas.
minum tea pastu tido..setel.

seksa betul kalo nak diet bulan syawal ni...
orang kata rugi kalo diet...bukan senang nak jumpa..
tapi nak makan boleh...terpulang camna kita amik makanan..
tak makan kang orang kecik ati...so..sambil jaga ati orang...sambil2 tu kena jaga kg.
Bulan April 2013 - di bandung.  Masa ni tengah menggebu.

gambar 20 Ogos 2013 -Open House Microsoft







Tuesday, 3 September 2013

Produk kurus Herbalife yang mana satu sesuai untuk anda? Pilihan produk Herbalife untuk kurus.

Saya selalu mendapat pertanyaan melalui email dan SMS mengenai produk kurus Herbalife dan senarai harga produk kurus Herbalife.


Jawapan sebenarnya saya tidak tahu manakah produk kurus Herbalife yang sesuai untuk anda tanpa mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diri anda, dan masalah yang sedang anda hadapi sekarang.
Produk Herbalife memang boleh bantu seseorang menjadi kurus, tetapi produk yang mana satu sebenarnya yang betul-betul sesuai untuk seseorang itu adalah berbeza mengikut keperluan masing-masing. Anda perlu tahu produk mana yang betul-betul sesuai supaya anda dapat hasil seperti yang diinginkan. Sebagai seorang Coach yang berpengalaman, saya boleh bantu cadangkan produk yang sesuai untuk anda.
produk-kurus-herbalife


Berikut ialah senarai produk Herbalife yang boleh membantu menurunkan berat badan

Produk kurus Herbalife # 1 : Shake Herbalife

Shake Herbalife merupakan produk asas untuk menurunkan berat badan. Shake Herbalife terdiri daripada Formula 1 yang mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. F1 membekalkan nutrisi kepada sel-sel badan kita supaya kita kekal sihat dan bertenaga.  Shake Herbalife juga terdiri daripada Formula 3 iaitu protein, untuk membina otot dan membentuk badan supaya jadi lebih menarik. Preotein F3 dapat membantu kita mengawal kelaparan dalam jangkamasa yang lebih lama. Dengan menggantikan 2 waktu makan utama dengan shake Herbalife yang rendah kalori ini, akan dapat membantu seseorang menurunkan berat badan dan jadi lebih kurus.

Produk kurus Herbalife # 2 : Teh Herbalife

Teh Herbalife atau nama sebenarnya teamix merupakan sejenis campuran teh hijau berkualiti tinggi yang berfungsi untuk menaikkan metabolisme badan dan membuang toksin melalui pembuangan air kecil. Teamix membantu untuk menurunkan berat sebanyak 20%. Teamix juga memberikan tenaga kepada badan dan mengandungi antioksidant untuk agen awet muda.

Produk kurus Herbalife # 3 : Aloe vera  Herbalife

Minuman aloe vera Herbalife merupakan produk kegemaran saya, dan seluruh ahli keluarga saya. Aloe Vera Concentrate Herbalife merupakan produk yang membantu memperbaiki sistem penghadaman supaya jadi lebih sihat. Minuman ini mencuci usus kita daripada toksin yang banyak melekat padanya hasil dari pemakanan tidak sihat kita sebelum ini. Ini membantu penyerapan nutrien lebih baik daripada shake Herbalife yang diminum, dan membantu menurunkan berat badan sebanyak 30%. Selain daripada itu, Aloe Vera yang terkenal dengan pelbagai khasiat memberikan banyak lagi kesan seperti menjadikan kulit lebih cantik, melegakan kahak, membantu memperbaiki luka dan lain-lain lagi.

Produk kurus Herbalife # 4 : Omega fish oil (minyak ikan) Herbalife

Omega Fish Oil Herbalife, atau minyak ikan merupakan suplemen tambahan yang sanagat sesuai bagi mengurangkan lemak-lemak degil dan kolstrol jahat dalam badan. Fish oil ini sangat baik untuk membantu mengurangkan visceral fat, iaitu lemak pada bahagian pinggang dan perut, dengan pengambilan yang konsisten beserta senaman yang sesuai. Omega fish oil juga bagus untuk kesihatan jantung dan otak.

Produk kurus Herbalife # 5 : TC Formula

TC Formula merupakan produk untuk kurus paling baru dikeluarkan oleh Herbalife Malaysia. TC Formula membantu meningkatkan metabolisme dengan lebih baik, terutama bagi mereka yang rendah metabolisme. Produk ini juga dapat membantu mengawal selera makan.


Adakah anda perlu ambil semua produk di atas? Mungkin ya, dan mungkin tidak. Oleh sebab itulah, sebelum anda memulakan program menguruskan badan dengan Herbalife, anda perlu faham produk mana yang betul-betul sesuai untuk anda. Anda perlu dapatkan nasihat daripada Coach Herbalife yang berpengalaman untuk ketahui produk yang sesuai untuk anda.


Adakah dengan pilihan sebahagian sahaja daripada produk di atas masih dapat turunkan berat? Ya, anda tidak perlu mengambil semua produk kurus Herbalife untuk turunkan berat badan. Dengan mengambil sekurang-kurangnya shake Herbalife sahaja pun berat boleh turun. Tetapi cara penggunaan dan sukatan yang tepat adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat kesayang diinginkan. Oleh itu, tidak kira produk mana yang anda ambil, pastikan anda mendapat Coaching yang betul tentang cara penggunaanya.


Jika anda ingin latik saya sebagai Coach untuk  memulakan program menguruskan badan dengan produk Herbalife dan ketahui produk mana yang sesuai untuk anda, hubungi saya melalui email myshapeworkdiet@gmail.com atau SMS/Whatsapp ke 0193810811 sekarang.

Boleh jadi ke menurunkan berat badan tanpa meninggalkan nasi?


menurunkan-berat-badan-nasi
Saya kerap menerima pertanyaan ini melalui email, SMS atau pun secara bersemuka yang bertanya, boleh ke produk Herbalife menurunkan berat badan, tetapi masih boleh makan nasi?
Jawapan saya, dengan produk Herbalife tentulah boleh. Malah, bukan sahaja nasi, kita dapat terus makan makanan kegemaran kita seperti biasa tanpa perlu meninggalkannya. Kurus dengan Herbalife tidak perlu berpantang sebarang makanan dan minuman.

Tetapi, ada syaratnya….

Jika kita ingin menurunkan berat badan, pastikan kita gantikan dua waktu makan kita, atau lebih dengan shake Herbalife, dan satu waktu makan lagi kita boleh makan apa sahaja yang menjadi makanan kegemaran kita. Jika kita suka makan nasi, inilah masa paling sesuai untuk kita makan nasi. Kita boleh pilih untuk menikmati makan tengahari dengan nasi dan lauk pauk yang lazat supaya kita tidak rasa rugi, atau kehilangan nikmat menikmati makanan kegemaran kita.
Pastikan makanan biasa yang kita makan itu adalah dalam kuantiti hidangan penuh. Jika hidangan itu menu sihat dan seimbang adalah lebih baik, kerana ini akan membantu mempercepatkan proses menurunkan berat badan jika kita pilih hidangan yang kurang berminyak dan berlemak. Jangan makan terlalu sedikit, kerana ini akan menyebabkan pengambilan kalori terlalu rendah, dan kita akan rasa tidak puas atau cepat lapar selepas beberapa ketika. Seeloknya minum Teh Herbalife atau TC Formula selepas kita menikmati makanan dan hidangan biasa ini supaya pembakaran lemak berlaku lebih cepat.

–> Ketahui produk Herbalife yang sesuai untuk anda turunkan berat badan dengan mendapatkan analisa kesihatan secara percuma

Ada sesetengah orang sering melakukan kesilapan dengan meninggalkan nasi, tetapi menggantikan hidangan mereka dengan makanan kurang khasiat yang lain. Ada Coachee saya apabila ditanya jadual pemakanannya memberitahu dia meninggalkan nasi, tetapi dia suka mengunyah makanan lain seperti kuih-muih atau keropok. Akibatnya dia rasa tidak puas makan, dan berat mungkin susah turun kerana tanpa disedari jumlah kalori dalam makanan ringan yang diambil melebihi daripada kalori sepinggan nasi! Bukankah ini satu perbuatan yang merugikan? Sepatutnya lebih baik dia mengambil hidangan penuh yang lebih menyelerakan dan memuaskan hati.Alhamdulillah setelah sesi follow up dijalankan, dia dapat menyesuaikan diri dengan mengambil makanan pada waktu sepatutnya, dan menikmati nasi seperti orang lain.

Diet Herbalife sebenarnya amat mudah. Tidak perlu berlapar, dan tidak perlu bersusah payah memilih makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan. Untuk menurunkan berat badan menggunakan produk Herbalife juga tidak perlu mengira semua kalori yang masuk ke dalam mulut kita. Cukuplah sekadar ikut aturan pemakanan dan sukatan yang disediakan oleh Coach Herbalife, minum banyak air kosong, dan melakukan sedikit aktiviti atau senaman ringan, seseorang itu akan mendapat kesan Herbalife yang sangat menakjubkan.

Oleh itu, jika anda ingin memulakan program menurunkan berat badan sekarang dengan menggunakan produk Herbalife, tanpa perlu meninggalkan nasi, boleh hubungi saya di myshapeworkdiet@gmail.com atau SMS/Whatsapp ke nombor 0193810811.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...