" Kak saya nak turunkan berat badan dan ingin beli shake herbalife"
Ramai yang bertanyakan kepada saya seperti ayat diatas. Tetapi ramai juga yang tidak memahami apakah campuran shake herbalife
yang boleh membantu menurunkan berat badan. Shake herbalife adalah
minuman yang berkhasiat dan penuh nutrisi yang membantu kita
menggantikan makanan harian yang tinggi kalori kepada makanan yang
rendah kalori tetapi kaya dengan vitamin dan mineral yang cukup untuk
keperluan diri kita dan ia membantu untuk menurunkan berat badan
Shake herbalife adalah terdiri dari produk herbalife formula 1
atau lebih dikenali sebagai f1. F1 mempunyai 5 perisa iaitu vanilla,
tropika, strawberi, vanilla dan coklat. F1 ini bolehlah dicampurkan
dengan produk herbalife formula 3 atau lebih dikenali sebagai f3.
Dengan campuran produk herbalife f1 dan f3 ini membolehkan kita akan
merasa lebih kenyang. Ia membantu kita untuk mereshape bentuk badan dan
menurunkan berat badan. Sudah pastilah untuk saya yang ingin menurunkan
berat badan dan mereshape bentuk badan akan mengambil f1 dan f3 untuk
menggantikan makanan harian saya. Untuk mengetahui cara mengambil
herbalife yang sesuai untuk anda, anda boleh melantik coach herbalife untuk membantu anda membuat pilihan shake herbalife yang mana sesuai untuk anda
Pelbagai cara penyediaan boleh dilakukan untuk mendapatkan shake herbalife
yang enak agar kita tidak jemu semasa program menurunkan berat badan.
Cara saya untuk menjadikan shake herbalife yang enak ialah mencampurkan 2
perisa f1 dalam satu shake herbalife iaitu f1 strawberi dan dicampurkan
dengan f1 perisa coklat. Selain itu adakalanya saya akan mencampurkan
dengan buah-buahan, yogurt, oat dan pelbagai lagi cara boleh dilakukan
untuk mendapatkan shake herbalife yang enak. Walaupun saya dalam program
menurunkan berat badan dan menggantikan makanan rutin saya kepada shake
herbalife namun saya tidak jemu kerana shake herbalife ini boleh
dipelbagaikan
Ada juga sesetengah mereka yang ingin menurunkan berat badan mengawal
dan memilih makanan tertentu sahaja untuk dimakan. Contohnya mereka akan
menyediakan bekalan makanan-makanan yang sihat seperti salad, yogurt,
makanan rendah lemak, kurang gula dan lain-lain. Tetapi kaedah ini
memerlukan cara penyimpanan yang betul dan tidak boleh disimpan terlalu
lama. Selain itu kosnya juga mungkin akan menjadi tinggi dari yang
sepatutnya. Oleh itu pemilihan shake herbalife adalah kaedah yang mudah
untuk mendapatkan makanan yang sihat agar dapat turunkan berat badan
dengan sihat.
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan shake herbalife, anda
perlulah mengenal pasti perisa mana yang menjadi pilihan anda dan
bagaimana cara pengambilan shake herbalife yang sesuai untuk anda. Ini
kerana cara pengambilan shake herbalife untuk menurunkan berat badan
adalah berbeza untuk setiap individu itu. Anda bolehlah merujuk kepada
coach herbalife yang anda telah lantik agar matlamat anda untuk
menurunkan berat badan akan tercapai.
Anda ingin mulakan program turunkan berat badan dan mengetahui shake herbalife yg mana sesuai untuk anda. Hubungi saya DISINI. Saya akan bantu anda untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk anda.

No comments:
Post a Comment