Monday, 6 December 2010

Kenapa Kita Rasa Lapar???

Hari ni saya nak bercerita pasal kawan2 yang mengadu mudah lapar walaupun dah minum shake herbalife. Saya pun sekarang cepat rasa lapar. Kalau nak menunggu lunch tu, lambat je rasanya. Kalau dulu ok je, lepas shake for breakfast, lunch pukul 1 atau 2 petang masih ok lagi. Sekarang ni pukul 12 aje dah rasa nak pi lunch. Tapi gagahkan juga supaya tunggu paling awal pun pukul 1 tengahari.

Setelah diselidiki, ada beberapa faktor kenapa kita jadi cepat lapar.

* Increase in metabolisme

* Lean muscle developed

* Kurang minum air

* Kurang ambil nutritios food or protein

So first reason, increase metabolisme. Oleh kerana metabolisme kita dah lebih tinggi daripada sebelum ini, makanan yang diambil akan lebih cepat diproses. Walau bagaimanapun, dengan metabolisme yang tinggi, berat juga lebih mudah hilang kerana kalori lebih cepat dibakar dan lemak tidak disimpan dalam badan.

Tapi, kadang-kadang, kita rasa lapar disebabkan sebenarnya badan kita memerlukan air, bukan sebab perlu makanan. Dinasihatkan bila rasa lapar, cuba minum air kosong supaya rasa lebih kenyang. Oh ya, kuantiti air yang diperlukan oleh badan ialah 2-3L, iaitu air kosong, bukan air yang dicampur dengan perisa, gula atau yang dibancuh dengan teamix.

Rasa lapar kerana nak makan adalah bagus. Rasa lapar kerana bosan, stress, atau nafsu nak makan semata-mata adalah patut dielakkan.

Oleh sebab itu, dalam Herbalife dinasihatkan kita mengambil teamix kerana salah satu fungsi teamix ialah meningkatkan metabolisme. Teamix membantu 20% dalam penurunan berat badan. Teamix juga boleh mengurangkan rasa ’craving’ untuk makan.

Selain itu pengambilan Formula 3 juga bagus pada sesiapa yang baru cuba dengan Formula 1 sahaja. F3 memang bagus untuk shape. Walaupun kita rasa berat kita lambat turun, shape kita akan mengalami perubahan yang ketara.Saya pulak memang suka minum shake F1 Cappucino campur dengan F3, memang best. Bila blend dengan plain water, lagi sedap...tak payah campur dengan yang lain.

So anytime bila rasa lapar menguasai diri, cuba ambil teamix, dan kemudian minum banyak air kosong. Kalau masih lapar, cuba cari makanan yang sihat, iaitu jenis ’low glycemic food’.

Kadang2 tu kita dah terbiasa nak makan. Jadi bila rasa lapar sket..dah gelabah nak cari makanan. Kalo dah tak tahan sangat, ambil biskut 2-3 keping sementara menunggu waktu makan tengahari. Kena disiplinkan diri. Jangan ikut sangat nafsu. Kena tegas!! tegas!! dan tegas pada diri sendiri. Banyakkan minum air..itu yang penting.

Sunday, 5 December 2010

BAGAIMANA ANDA BOLIH KURUS DENGAN HERBALIFE SHAKE DAN TEA MIX?

FAKTA-FAKTA UTAMA

(1) Sepinggan Nasi goreng 890 kalori
(2) Secara purata, masyarakat Malaysia makan 1300 kalori sekali hidangan
(3) Herbalife Shake hanya bernilai 180 kalori
(4) Untuk langsingkan 1kg tubuh kena bakar 8000 kalori
(5) Wanita BMR (baker) 2000 kalori sehari
(6) Lelaki BMR (baker) 2400 kalori sehari

Kiraan pengambilan kalori (tanpa Herbalife)

Breakfast
Nasi lemak + Teh Tarik 1000 kalori

Lunch
Nasi campur + Teh O Ais 1100 kalori

Dinner
Nasi campur + Air Kosong 1100 kalori

Jumlah kalori
3200 kalori


Kiraan pengambilan kalori (Dengan Herbalife)


Breakfast
Shake Herbalife 180 kalori

Lunch
Nasi Campur + Teh O Ais 1100 kalori

Dinner
Shake Herbalife 180 kalori

Jumlah Kalori
1460 kalori

Secara asasnya pembakaran lemak/kalori berlaku seperti berikut dengan amalan Shake Herbalife 2 kali sehari dan sekali menikmati makanan kegemaran;
Wanita : 2000 - 1560 = 440 kalori
Lelaki : 2400 - 1560 = 740 kalori


Jadi berapa KG saya boleh langsingkan dalam sebulan?

Wanita: 440 kalori X 30 hari = 13, 200 kalori /8000 = 1.65KG
Lelaki : 840 kalori X 30 hari = 25,200 kalori/8000 = 3.15KG

*Ini cuma kiraan asas, setiap individu berlainan tahap metabolismanya, semasa program, otot dibina dan kadar metabolisma akan meningkat, jumlah pengurangan berat badan akan berubah-ubah mengikut individu.

Saturday, 4 December 2010

Jualan Hujung Tahun

assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar semua pembaca blog diet with herbalife? Harap2semua sihat hendaknya. Terima kasih diucapkan atas semua sokongan anda terhadap blog ini. sebagai penghargaan kepada anda, diet with herbalife akan mengadakan jualan hujung tahun dengan harga yang menarik untuk anda semua. sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Promosi ini bermula dari 1 disember sehingga 31 disember 2010.

Sekian...salam mesra.

Sunday, 28 November 2010

Panduan Menggunakan Produk Herbalife

Memulakan produk pengurusan berat badan Herbalife amatlah mudah lagi menyeronokkan.

ikutlah panduan berikut yang mudah untuk membantu mengubah gaya hidup anda dan gunakan perancang untuk mencartakan perjalanan anda ke arah kejayaan.


* Berat badan ideal anda?

untuk membantu anda mengenalpasti berat badan yang ideal gunakan BMI. untuk mengiranya. gunakan carta grafik yang lebih mudah untuk mengetahui berat badan hari ini. ambil gambar hari ini. dalam masa beberapa bulan anda akan kagum dengan perubahannya!!!!


* Tetapkan matlamat anda.

apakah berat/ saiz baju yang anda idamkan dalam masa 8 minggu? apa yang anda inginkan dalam masa 6 bulan? tetapkan sasaran yang realistik. jika anda boleh mencapainya dengan mudah, anda boleh menetapkan sasaran anda dengan lebih lagi.


* Catatkan keputusan anda.

Apakah berat badan semasa anda ? Catatkan berat badan anda sekarang. jangan lupa menimbang dan mengukur diri pada masa yang sama setiap hari yang telah diperuntukkan. Tambahkan keseluruhan sentimeter dan kilogram setiap masa untuk mengukur kejayaan anda.


* Bersenam secara teratur.

peruntukkan waktu bersenam 20 minit setiap kali selang sehari. walaupun tidak penting untuk menyertai mana2 kegiatan sukan, apa yang lebih penting ialah anda lebih aktif, lebih motivasi dan lebih bertenaga.


* Makanlah makanan seimbang pilihan anda.

tabiat yang baik adalah pemilihan makanan yang sesuai. mulakan kefahaman yang lebih baik tentang pemakanan dan habit makan - secara tidak langsung anda akan perlahan-lahan menyedari apa yang anda makan.


* Menggunakan Produk.

ikutilah carta rujukan pantas dengan teliti bagi memastikan anda memanfaatkan produk pemakanan ini. Tambah lagi produk tambahan pada kesesuaian program anda untuk membantu anda mencapai hasil yang anda perlukan.


* Sentiasa bersikap positif.

jika anda percaya yang anda boleh berjaya mencapai matlamat anda, beerti anda menghampiri kejayaan tersebut. jika anda positif dan mempunyai motivasi, anda mempunyai peluang yang lebih luas untuk berjaya.


* Adakan masa untuk rehat dan santai.

selalulah peruntukan masa rehat pada waktu2 tertentu. hilangkan ketegangan seharian dan kerja. adalah digalakkan 6-8 jam tidur yang berkualiti setiap malam untuk membantu mengoptimunkan gaya hidup anda.


p/s : mudah-mudahan panduan ini akan membantu anda.

Tips Diet Hari Ini

salah satu cara untuk memastikan pengurangan lemak yang diambil adalah dengan mencatat setiap apa yang dimakan. Dengan cara ini, anda akan tahu bilakan anda perlu mengurangkan pengambilan untuk satu-satu makanan. apa yang boleh adalah menyediakan satu diari khas, tidak kiralah dalam buku nota kecil atau jurnal yang disimpan dalam komputer anda. anda hanya perlu menulis semua yang telah anda makan sepanjang minggu. kemudian pantau tabiat pemakanan anda dari semasa ke semasa. cara ini akan membantu anda menghasilkan program diet yang seimbang bagi mendapatkan berat badan yang ideal.

Perkara yang perlu anda catatkan :
  • Kuantiti - melingkupi jumlah makanan, saiz atau kekerapan anda makan
  • Jenis makanan - perlu lebih spesifik iaitu dengan mencatatkan 'dressing' atau sos yang dimakan
  • Masa dan tempat -tuliskan bila dan dimana anda makan, direstoran biasa atu di rumah
  • Dengan siapa - sendirian, bersama keluarga atau rakan2
  • Aktiviti - aktiviti yang dilakukan sepanjang minggu. cth: bekerja, menonton tv, berjogging, bermain futsal dll
  • Mood - jangan lupa rekodkan perasaan anda setiap hari. ia akan mempengaruhi corak pemakanan anda
Tips diet tersebut saya ambil dari Majalah rapi keluaran 1 Disember 2010. Saya pernah menggunakan cara ini untuk mengurangkan pemakanan saya. tetapi malangnya adalah seketika dan sekejap sahaja kerana kesibukan saya dan saya selalu lupa mencatatkan apa yang saya makan.

Oleh itu cara paling mudah bagi saya adalah mengamalkan shake herbalife. sebab saya tahu setiap pagi bila saya bersarapan dengan shake herbalife saya hanya menggunakan 180kalori daripada 1200 kalori saya setiap hari. jadi saya masih mempunyai 1020 kalori untuk sepanjang hari tersebut. Mudah bukan???!!!

Friday, 26 November 2010

Shake Herbalife



Mesti anda teruja bila tengok gambar di atas. Itulah shake herbalife. tak macam shake biasa yang boleh mengembang kalau dibiarkan lama2. boleh dipelbagaikan mengikut kehendak anda dan resepi anda. Kalau nak ikut resepi dalam blog ni pun boleh. Sedapnyeeeerrrrrrr.....nyum nyum.

Sedikit Tips Untuk Diet

Mempunyai tubuh yang langsing dan ideal adalah idaman setiap orang, terutamanya bagi wanita.Untuk mendapatkannya, pelbagai cara di gunakan termasuk diet yang ketat. Tetapi, bukan tubuh langsing yang diperoleh, sebaliknya badan menjadi tidak sihat kerana kekurangan nutrien yang diperlukan oleh badan.


Apa yang ANDA makan?

Perhatikan menu diet Anda, adakah anda makan makanan seimbang atau anda hanya makan satu atau dua jenis makanan tertentu saja dalam jangka waktu anda melakukan diet ketat. ? Mungkin berat badan Anda akan menurun dengan cepat, tetapi mungkin kesihatan anda akan terjejas. Oleh sebab itu, “diet ketat “ perlu diperhatikan jika:

* Tidak mengandung gizi yang seimbang menyebabkan badan kurang sihat
* Dapat mencapai berat badan yang diinginkan tetapi tidak dapat mengekalkannya.
* Tidak sesuai dengan pola makan keluarga sehingga Anda harus masak untuk Anda sendiri dan untuk keluarga.
* Diet tersebut sering membuat Anda lapar.


Dimana ANDA makan?

* Buatlah beberapa perubahan kecil di sekitar ruang makan Anda, itu akan membantu Anda menghindari godaan untuk makan makanan yang tidak Anda perlukan.
* Pilih satu tempat makan yang spesifik di rumah (dan di tempat kerja). Misalnya meja makan yang diletakkan di tempat tertentu dan makan serta minum hanya di tempat itu saja.
* Jangan makan dan minum di tempat lain (di dapur, di ruang keluarga, di kamar mandi, sambil berjalan, dan lain-lain).
* Sebelum Anda duduk makan, aturlah ruangan tersebut dengan baik.
* Ketika Anda makan, jangan biarkan makanan yang lain berada di atas meja.
* Jangan menyimpan makanan seperti buah-buahan, kacang atau makanan ringan di ruangan dimana Anda makan.


Bila ANDA makan?

* Cubalah untuk makan secara teratur 3 kali sehari.
* Hindari untuk mencicipi makanan bila sedang menyiapkan dan memasak makanan.
* Bila Anda sedang makan, jangan sambil membaca buku atau majalah, menonton TV atau bercakap di telefon
* Jika ingin berbelanja (shopping), jangan dalam keadaan perut lapar. Sebaiknya makanlah terlebih dahulu.


Bagaimana ANDA makan?


* Makanlah secara perlahan dan jangan tergesa-gesa.
* Gunakan piring kecil sebagai tempat makan Anda.
* letak makanan sesuai dengan keperluan pada pinggan Anda, dan jangan menambah lagi.
Dengan siapa Anda makan?
* Makan di luar sangatlah menyenangkan, tetapi janganlah makanan dijadikan sebagai alasan untuk bersosial dengan orang lain.
* Rancang apa yang akan Anda makan.
* Makanlah hanya apa yang telah Anda rancangkan. Jikarakan anda mempelawa anda makan, dengan sopan, katakan bahawa Anda sedang diet, maka teman Anda akan mengerti pola makanan anda yang baru.
* Jika menghadiri parti atau keramaian, janganlah berdiri atau duduk dekat dengan makanan.
* Ambilah sesuatu yang dapat anda minum (seperti: air mineral, air soda, minuman rendah kalori dan lain-lain).
* Buah segar, biskutt tanpa cream, crackers atau salad sayuran boleh dijadikan alternatif snacks bagi Anda.
Diharapkan tip-tip di atas dapat membantu sedikit sebanyak mengubah kebiasaan anda ke arah diet yang lebih baik, dapat menurunkan berat badan anda serta mengekalkannya di samping dapat mengekalkan kesihatan.




Saya pula tidak perlu mengamalkan diet yang ketat( yang perlu berlapar atau tak boleh makan nasi mahupun favourite food) untuk menurunkan berat badan, hanya menukarkan 2 sarapan dengan herbalife dapat menurunkan berat badan sambil meningkatkan kesihatan. Anda pula bagaimana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...