Monday, 3 November 2014

Herbalife Vs Atkin

Antara Atkins Diet, Kalori Diet Dan HERBALIFE

Assalamualaikum.

Ok. Harini I nak share macam mana cara nak menurunkan berat badan dengan cara yang betul. Bila kiter cakap pasal diet musti nak salahkan nasik. Kiter bajet kalau tak makan nasik maka kiter akan kurus. Salah tu.

Sebagai contoh ayat biasa. ‘Harini I langsung tak makan nasik. Pagi makan meehun, lepas tu tengah hari I makan waffle jer. Malam I minum milo satu mug besar dengan roti kosong 5 keping. Nanti lagi dua minggu turun la berat badan I ni agaknya’. Tapi lepas dua minggu kirim salam. Berat static jugak. Takpon turun la barang 500 gram sebab lost banyak air. Tak makan nasik dua minggu and tak exercise jugak. Acane nak turun berat, kan?

Ini salah satu cara penurunan berat badan yang tak berapa nak betul sangat.

pernah try atkins diet?? Memang turun cepat. Seminggu boleh turun 3 kilo kalau ikut betul-betul cara dia. Atkins diet ni tak boleh ambik carbs and sugar AT ALL. (Ada jugak yang kata boleh ambik carbs tapi very low amount). Sugar tu tak kiralah dari buah atau sayur. Nasik, mee, kekacang, semua jenis buah, semua jenis sayur, semuaaaaaaaaaaaaaaaaa tak boleh ambik. Protein jer boleh ambik. Sistem dia macam ni. Minum air kosong banyak-banyak untuk detox and makan seekor ayam pon takpe. Tapi ayam tu tak boleh la nak season beria. Kulit kena buang. Pastu bakar jer. Sanggup?

Boleh google apa jenis makanan yang masuk kategori protein. Masa 3 hari tak ambik sugar langsung tu I memang melepek giler. Kepala pening. Masuk hari keempat jadik macam angau. Eh. Bukan angau. Macam mana nak bagitau eh? Ok. Macam khayal jer macam tu. Tapi kalau kiter berjaya survive dengan atkis diet selepas 7 hari, lepas tu dah jadik senang jer nak follow atkins diet plan ni.

Kaedah atkins diet ni simple. Kiter menipu badan kiter. Kiter ambik protein jer. Menda lain tak ada/kurang. So badan kiter ingat kiter tengah struggle kebuluran, so dia akan burn fats banyak-banyak sebab nak tukar jadik energy. Macam tu. Sebab tu la cepat turun berat. Paham?
Kaedah kedua pulak kalau kata tak sanggup nak guna atkins ialah kiter guna cara diet kalori. Kira berapa banyak kalori yang kiter ambik dalam sehari. Memula kena kira BMI dulu. Macam mana nak kira pergi Google sendiri. Jangan nak malas sangat. So kalau dah dapat berapa BMI kiter, lepas tu tengok berapa banyak kalori yang kiter patut ambik dalam sehari. Let say 1200 cal.  Divide by two so akan jadik 600 cal. Makaaaa sehari kiter akan ambil 600 cal jer.

Makan macam biasa. Ada breakfast, lunch and dinner. JANGAN SKIP. Tapi kira berapa kalori yang kiter ambik untuk sekali makan. Let say say nasik ada 200 cal. Ikan bakar 150 cal, air kosonng 0 cal and buah 80 cal. (Ini contoh jer).  Portion dia kena la ikut. Kena disiplin. So takde masalah kalau nak makan nasik. Jangan skip sebab kiter nak bagi metabolism kiter tinggi. Sebab kalau lemah, melepek tak makan, akan jadik low metabolism. Kalau dah low metabolism makan lambat la nak burn fats.

Kaedah diet ni paling senang and tak la sengsara sangat. Still boleh makan but kena tau berapa jumlah kalori. Nak lagi cepat boleh la selang dengan exercise. Bagi body kiter firm tak la menggelebeh macam agar-agar. Kan? Paham? Rasa boleh tak nak buat ni?

Ok. Kalau rasa tak boleh jugak dengan kedua-dua kaedah ni, ada satu lagi kaedah lain. Jeng jeng jeng! Kaedah lain ni paling sesuai untuk yang jenis pemalas nak exercise (macam I) dan jugak yang malas nak kira berapa kalori intake dalan sehari.

Pernah dengar Herbalife?
Sapa yang datang ke KL lalu MRR2 dari Ulu Kelang mesti ada nampak Signboard Herbalife besar giler dekat tepi jalan. Duta Herbalife pon hebat. Lionel Messi dengan Christian Ronaldo. Pemain bola omputeh, international. So, kiter tengok duta dia pon kiter tau yang Herbalife ni bukan calang-calang company. Kan? Atlet tempatan pun ada jugak. Herbalife sokong sukan tempatan nih. Ada Aidil Zafuan, Zaquan Adha, (ni dua kalau tak kenal tak tau la), Azizulhasni Awang (Lumba Basikal or orang panggil Pocket Rocket Man), Low We Wern (Skuasy) dan Khoo Cai Lin (Renang).

Herbalife dah beroperasi lebih 33 tahun (lama giler) dan beroperasi di lebih 83 buah negara dan mempunyai berjuta-juta pelangan yang berpuas hati. Fuyoooooooo. Sudah 7 tahun berturut-turut Formula 1 Herbalife jadi produk nutrisi meal replacement paling terlaris di pasaran antarabangsa, memonopoli 35% dari jualan dunia. Hebat tak hebat la kan? Produk dan operasi Herbalife disahkan halal oleh IFANCA, kerana ramuan dalam Herbalife berasaskan tumbuhan dan herba. Jadi tidak ada sebab was-was kerana Herbalife berprestij dan disahkan. Maka, boleh digunakan tanpa was-was. Halalan Toyyiban.

Product utama untuk menurunkan berat badan oleh Herbalife ni nama dia Shake Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink. Produk ini mengandungi 55 nutrien dari 7 jenis warna tumbuh-tumbuhan, 16 vitamins, fiber, asid amino dan It only contain 90 hingga 250 kalori berbanding makanan biasa (Ini paling hebat. Low kalori) and 0 kolestrol and 0 lemak trans. Perrrghhhh!

Penting untuk kiter tau berapa jumlah kalori dalam minuman diet and tengok pada ramuan dalam Shake Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink ni, kiter tau ianya tepat untuk program menurunkan berat badan kiter. Okay? Selain dari ramuan disebutkan diatas yang terdapat dalam Shake Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink ni, ia juga mengandungi Protein Tumbuh-Tumbuhan (bagus kan sebab dia ada protein) WHICH kiter tau yang protein adalah komponen utama dietari yang memberi kesan kepada rasa lapar dan mengekalkan jisim otot. 
Ok. Paham? Kalau tak paham meh I make it simple. Kiter diet tapi tadek masa nak exercise. So badan akan jadik lembik and flabby sebab makanan yang kiter makan tu takder protein tumbuh-tumbuhan yang cukup sebab kalau atkis, dia makan ayam jer kan? Itu protein dari haiwan. Bukan tumbuh-tumbuhan.
Lagi?

Shake Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink ni ada 5 perisa iaitu Strawberry, Tropical Fruit, French Vanilla, Chocolate dan Cappuccino. Kalau minum shake ni kiter akan berasa kenyang sebab semua kan dah ada dalam tu? Orang panggil minuman ni konsep dia meal replacement. Dah la rasa sedap, pastu boleh buat macam smoothies jugak. Susah kan nak carik produk menurunkan berat badan yang sedap macam Shake Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink ni?
Kebanyakan dari yang bermasalah berat badan mempunyai jisim otot yang rendah, lemak banyak.
Produk kedua paling popular Herbalife dengan bahan asas otot iaitu protein, boleh diperolehi dari Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder, jika minuman ini dicampurkan kepada Formula 1, ia boleh mempercepatkan pembakaran lemak secara pembinaan otot. Lemak digantikan dengan otot, dan memberi bentuk tubuh yang langsing kepada wanita dan lelaki. Best kan? Pecah lemak pastu bina otot sekaligus.

Kaedahnya kalau kedua-dua ni kiter ambik sekali, kalau kiter turun berat badan and tak exercise, body still mantap dan kulit tak flabby sebab biasanya kalau diet, berat turun tapi tak exercise, badan jadik lembik tapi tidak akan ada masalah badan flabby and lembik jika mencampurkan Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder with Shake Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink. Paham?

Combine Formula 1 dan Formula 3 ni, dalam set menguruskan badan yang dipanggil Start-Now Pack. Ada satu lagi produk bonus dalam Start-Now pack ni. Herbal Tea Mix. Dah nama dia Herbalife kan? Mestilah nak ada herba. Hew hew hew.

Tea Mix ada perisa Lemon Hibiscus dan jugak Lemon Peach, boleh pilih nak yang mana . Kalau kiter consume tea mix ini, kiter akan cepat lawas. Minum awal pagi, lepas tu senang berak. So lebih mudah menurunkan berat badan disamping rasa lebih rasa cergas sebab toxin dalam badan semua keluar.

Produk lain? Ada….. Nama dia Herbal Aloe Concentrate.
Herbal Aloe Concentrate turut disarankan bagi kesihatan usus, melegakan perut dan membersihkan kolon bagi memudahkan nutrien diserap. Kolon yang lebih bersih juga memberi kulit yang sihat bersih dari dalam. Sebab jus aloe ni masam, jadi dia cuci usus yang ada saki baki minyak, lemak dan pelbagai lah mendapan bahan kumuh tuh.

Senang cerita macam ni la. Kalau diet atkins tak boleh buat, diet kalori pon tak boleh nak buat jugsk. Lepas tu bizi dekat office, balik rumah pon dah bizi dengan anak  lepas tu dah fed up nak diet, fed up nak berlapar, fade up dengan diet yo-yo yang buat kulit menggelebeh, maka ini adalah masa yang sesuai untuk anda mencuba produk Herbalife.

Gantikan sarapan pagi dan makan malam dengan Start Now pack Herbalife yang sedap dan capai target hilang 3-5 kg dalam dua minggu, I boleh jamin boleh turun. Lagi-lagi kalau berdisiplin.
If on budget, tapi tetap nak kurus kan berat badan, Start-Now Pack available in loose form. Bagus. I really recommend yang ni.
 berminat????  boleh hubungi saya...jangan malu jangan segan!!!!

Monday, 16 June 2014

Berpuasa Dengan Herbalife






Assalamualaikum...

ramai yang tanya aku...camner cara nak menggunakan herbalife semasa berpuasa.  so, disini aku sertakan plan pemakanan ringkas untuk diikuti.  senang jer caranya kan. 


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA......

Monday, 12 May 2014

Shake Herbalife: Apa itu Shake Herbalife Untuk Turunkan Berat Badan?

Bismillah...
" Kak saya nak turunkan berat badan dan ingin beli shake herbalife"
Ramai yang bertanyakan kepada saya seperti ayat diatas. Tetapi ramai juga yang tidak memahami apakah campuran shake herbalife yang boleh membantu menurunkan berat badan. Shake herbalife adalah minuman yang berkhasiat dan penuh nutrisi yang membantu kita menggantikan makanan harian yang tinggi kalori kepada makanan yang rendah kalori tetapi kaya dengan vitamin dan mineral yang cukup untuk keperluan diri kita dan ia membantu untuk menurunkan berat badan
Shake herbalife adalah terdiri dari produk herbalife formula 1 atau lebih dikenali sebagai f1. F1 mempunyai 5 perisa iaitu vanilla, tropika, strawberi, vanilla dan coklat. F1 ini bolehlah dicampurkan dengan  produk herbalife formula 3 atau lebih dikenali sebagai f3. Dengan campuran produk herbalife f1 dan f3 ini membolehkan kita akan merasa lebih kenyang. Ia membantu kita untuk mereshape bentuk badan dan menurunkan berat badan. Sudah pastilah untuk saya yang ingin menurunkan berat badan dan mereshape bentuk badan akan mengambil f1 dan f3 untuk menggantikan makanan harian saya. Untuk mengetahui cara mengambil herbalife yang sesuai untuk anda, anda boleh melantik coach herbalife untuk membantu anda membuat pilihan shake herbalife yang mana sesuai untuk anda

Pelbagai cara penyediaan boleh  dilakukan untuk mendapatkan shake herbalife yang enak agar kita tidak jemu semasa program menurunkan berat badan. Cara saya untuk menjadikan shake herbalife yang enak ialah mencampurkan 2 perisa f1 dalam satu shake herbalife iaitu f1 strawberi dan dicampurkan dengan f1 perisa coklat. Selain itu adakalanya saya akan mencampurkan dengan buah-buahan, yogurt, oat dan pelbagai lagi cara boleh dilakukan untuk mendapatkan shake herbalife yang enak. Walaupun saya dalam program menurunkan berat badan dan menggantikan makanan rutin saya kepada shake herbalife namun saya tidak jemu kerana shake herbalife ini boleh dipelbagaikan
Ada juga sesetengah mereka yang ingin menurunkan berat badan mengawal dan memilih makanan tertentu sahaja untuk dimakan. Contohnya mereka akan menyediakan bekalan makanan-makanan yang sihat seperti salad, yogurt, makanan rendah lemak, kurang gula dan lain-lain. Tetapi kaedah ini memerlukan cara penyimpanan yang betul dan tidak boleh disimpan terlalu lama. Selain itu kosnya juga mungkin akan menjadi tinggi dari yang sepatutnya. Oleh itu pemilihan shake herbalife adalah kaedah yang mudah untuk mendapatkan makanan yang sihat agar dapat turunkan berat badan dengan sihat.
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan shake herbalife, anda perlulah mengenal pasti perisa mana yang menjadi pilihan anda dan bagaimana cara pengambilan shake herbalife yang sesuai untuk anda. Ini kerana cara pengambilan shake herbalife untuk menurunkan berat badan adalah berbeza untuk setiap individu itu. Anda bolehlah merujuk kepada coach herbalife yang anda telah lantik agar matlamat anda untuk menurunkan berat badan akan tercapai.
Anda ingin mulakan program turunkan berat badan dan mengetahui shake herbalife yg mana sesuai untuk anda. Hubungi saya DISINI. Saya akan bantu anda untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk anda.

Wednesday, 7 May 2014

testimoni terbaru



testimoni terbaru. alhamdulillah. jeles jugak tengok kulit muka dia. dahla badan makin kecik...kulit makin cantik. try korek rahsia dia. terkejut...jawapannya herbalife. ya HERBALIFE.

so pada sesiapa yg nak jadi macam tu...cepat2 pm me ya. sempat lagi nak raya ni. kalau badan x sempat kurus...at least muka dah berseri2. hehehe.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 27 November 2013

Testimoni terbaru

Testimoni terbaru..
tenkiu pada customer kerana sudi berkongsi gambar beliau di dalam blog ini.
bukan senang customer nak bagi kebenaran untuk letak picca kat laman2 sosial ni...free lak tu.
tenkiu ya adik manis

tahniah pada adik manis kita
berjaya kurangkan 11 kg dalam masa yang singkat..
dapat maklumbalas yang memberangsangkan..
selain dari kelihatan cantik dan manis...
katanya..suami pun makin sayang.

nampak beza kan???
sebelum dan selepas...
ceria lagi selepas.





Wednesday, 4 September 2013

Rumah Terbuka vs Herbalife

Salam semua...

banyak betul open house sekarang ni..tambah2 lagi bile keje gomen.  hari2 ada jemputan open house.  kejap vendor ni..kejap vendor tu..kejap bahagian ni..kejap bahagian tu.  giler aku kena kontrol makan.  tapi so far alhamdulillah....naik tu naik la berat badan...tapi masih boleh control. 

cara aku...kalau aku tau nak gi open house tengaharinya...
pagi tu aku tak makan apa2...
amik shake segelas...minum tea..

biler gi open house....makanan utama aku amik...sate. 6 cucuk.
banyak gak kan???
kalo tak makan rugi...so..makan ja la
pastu cari makanan berkuah.  biasa ku cari laksa.
amik kuah dengan sayur2an.
laksa amik la dalam 5 urat..
kang tukang cedok kuah kata apa plak kan...

pas laksa...minum air. pastu cari rendang.  lemang amik 1-2 pcs
minum air.
maka setel la open house aku.
ingat!!! jangan sesekali amik nasi.
kalo umah orang tu buat nasi...amik lauk jer.
kalau perlu nasi...amik sesudu.  jangan lebey.

petang kang...jangan makan apa2.
aku biasa...minum milo panas.
minum tea pastu tido..setel.

seksa betul kalo nak diet bulan syawal ni...
orang kata rugi kalo diet...bukan senang nak jumpa..
tapi nak makan boleh...terpulang camna kita amik makanan..
tak makan kang orang kecik ati...so..sambil jaga ati orang...sambil2 tu kena jaga kg.
Bulan April 2013 - di bandung.  Masa ni tengah menggebu.

gambar 20 Ogos 2013 -Open House Microsoft







Tuesday, 3 September 2013

Produk kurus Herbalife yang mana satu sesuai untuk anda? Pilihan produk Herbalife untuk kurus.

Saya selalu mendapat pertanyaan melalui email dan SMS mengenai produk kurus Herbalife dan senarai harga produk kurus Herbalife.


Jawapan sebenarnya saya tidak tahu manakah produk kurus Herbalife yang sesuai untuk anda tanpa mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diri anda, dan masalah yang sedang anda hadapi sekarang.
Produk Herbalife memang boleh bantu seseorang menjadi kurus, tetapi produk yang mana satu sebenarnya yang betul-betul sesuai untuk seseorang itu adalah berbeza mengikut keperluan masing-masing. Anda perlu tahu produk mana yang betul-betul sesuai supaya anda dapat hasil seperti yang diinginkan. Sebagai seorang Coach yang berpengalaman, saya boleh bantu cadangkan produk yang sesuai untuk anda.
produk-kurus-herbalife


Berikut ialah senarai produk Herbalife yang boleh membantu menurunkan berat badan

Produk kurus Herbalife # 1 : Shake Herbalife

Shake Herbalife merupakan produk asas untuk menurunkan berat badan. Shake Herbalife terdiri daripada Formula 1 yang mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. F1 membekalkan nutrisi kepada sel-sel badan kita supaya kita kekal sihat dan bertenaga.  Shake Herbalife juga terdiri daripada Formula 3 iaitu protein, untuk membina otot dan membentuk badan supaya jadi lebih menarik. Preotein F3 dapat membantu kita mengawal kelaparan dalam jangkamasa yang lebih lama. Dengan menggantikan 2 waktu makan utama dengan shake Herbalife yang rendah kalori ini, akan dapat membantu seseorang menurunkan berat badan dan jadi lebih kurus.

Produk kurus Herbalife # 2 : Teh Herbalife

Teh Herbalife atau nama sebenarnya teamix merupakan sejenis campuran teh hijau berkualiti tinggi yang berfungsi untuk menaikkan metabolisme badan dan membuang toksin melalui pembuangan air kecil. Teamix membantu untuk menurunkan berat sebanyak 20%. Teamix juga memberikan tenaga kepada badan dan mengandungi antioksidant untuk agen awet muda.

Produk kurus Herbalife # 3 : Aloe vera  Herbalife

Minuman aloe vera Herbalife merupakan produk kegemaran saya, dan seluruh ahli keluarga saya. Aloe Vera Concentrate Herbalife merupakan produk yang membantu memperbaiki sistem penghadaman supaya jadi lebih sihat. Minuman ini mencuci usus kita daripada toksin yang banyak melekat padanya hasil dari pemakanan tidak sihat kita sebelum ini. Ini membantu penyerapan nutrien lebih baik daripada shake Herbalife yang diminum, dan membantu menurunkan berat badan sebanyak 30%. Selain daripada itu, Aloe Vera yang terkenal dengan pelbagai khasiat memberikan banyak lagi kesan seperti menjadikan kulit lebih cantik, melegakan kahak, membantu memperbaiki luka dan lain-lain lagi.

Produk kurus Herbalife # 4 : Omega fish oil (minyak ikan) Herbalife

Omega Fish Oil Herbalife, atau minyak ikan merupakan suplemen tambahan yang sanagat sesuai bagi mengurangkan lemak-lemak degil dan kolstrol jahat dalam badan. Fish oil ini sangat baik untuk membantu mengurangkan visceral fat, iaitu lemak pada bahagian pinggang dan perut, dengan pengambilan yang konsisten beserta senaman yang sesuai. Omega fish oil juga bagus untuk kesihatan jantung dan otak.

Produk kurus Herbalife # 5 : TC Formula

TC Formula merupakan produk untuk kurus paling baru dikeluarkan oleh Herbalife Malaysia. TC Formula membantu meningkatkan metabolisme dengan lebih baik, terutama bagi mereka yang rendah metabolisme. Produk ini juga dapat membantu mengawal selera makan.


Adakah anda perlu ambil semua produk di atas? Mungkin ya, dan mungkin tidak. Oleh sebab itulah, sebelum anda memulakan program menguruskan badan dengan Herbalife, anda perlu faham produk mana yang betul-betul sesuai untuk anda. Anda perlu dapatkan nasihat daripada Coach Herbalife yang berpengalaman untuk ketahui produk yang sesuai untuk anda.


Adakah dengan pilihan sebahagian sahaja daripada produk di atas masih dapat turunkan berat? Ya, anda tidak perlu mengambil semua produk kurus Herbalife untuk turunkan berat badan. Dengan mengambil sekurang-kurangnya shake Herbalife sahaja pun berat boleh turun. Tetapi cara penggunaan dan sukatan yang tepat adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat kesayang diinginkan. Oleh itu, tidak kira produk mana yang anda ambil, pastikan anda mendapat Coaching yang betul tentang cara penggunaanya.


Jika anda ingin latik saya sebagai Coach untuk  memulakan program menguruskan badan dengan produk Herbalife dan ketahui produk mana yang sesuai untuk anda, hubungi saya melalui email myshapeworkdiet@gmail.com atau SMS/Whatsapp ke 0193810811 sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...