Wednesday, 12 January 2011

New Info

Hari ni aku dapat new info berkaitan shake Herbalife.

Shake Herbalife bertindak dengan kaedah C.A.R.
C = Cleanse the body..did not see results..but improve their health
A = Absorb the nutritions needed by the body
R = Re-generate new cells

So, that's why kepada sesiapa yang rasa demotivated sebab berat turun terlalu perlahan, kena fahami ni betul-betul. Result setiap individu tak sama. Jangan sebab aku boleh turun 4kg dlm masa sebulan, dan 13 kg dalam masa 4 bulan, orang lain pun sama.

Ada yang lambat sikit mungkin sebab corak pemakanan sebelum ni sangat tak bagus. So herbalife kena ambil masa untuk betulkan sel-sel badan.

Yang penting, ikut aturan makanan yang sepatutnya. Cukup ke intake water dalam 1 hari? Ada tak banyak minum air manis ke, ais ke. Apa jenis snack yang diambil? Kalau susah nak ingat, boleh tuliskan dalam diari apa yang diambil setiap hari. Kalau tak pandai nak analyze sendiri, boleh emailkan pada saya supaya kita boleh sama-sama kaji mana yang lebih dan mana yang kurang.

Kalau rasa macam tak ada result, cuba ketahui bahawa Tiada Result bermaksud:-

  • Berat langsung tak turun
  • Inci langsung tak hilang
  • Tak ada orang yang perasan badan anda dah berubah
So, kalau anda ada at least salah satu dari kesan di atas, bermaksud Herbalife dah memberikan kesan.

Cuba stick dengan aturan makan shake yang betul untuk 1 bulan. Kena bersedia untuk ubah corak pemakanan. Sebab kalau betul-betul nak turunkan berat, kena disiplin. Kalau tidak, ambil Herbalife untuk maintain kesihatan ajelah.

Untuk pengetahuan, sesiapa yang berada antara 5-10 kg dekat dgn berat ideal, result akan jadi slow kecuali jika betul2 ikut menu yg diberikan.
Sesiapa yang jarak dengan ideal weight antara 15-20kgs, bila mula guna shake, lebih cepat dapat hasil sekiranya ikut menu yang betul.

Macam aku kata dulu, yang paling penting pastikan air kosong diambil dengan secukupnya setiap hari.

Sunday, 9 January 2011

Reshape your SHAPE



Ramai orang telah berjaya melakukannya...pada mulanya mereka juga tidak yakin seperti anda. Tapi lebih baik mencuba daripada membiarkan tubuh dan mental kita menderita.

Friday, 7 January 2011

When You Lose Fat...


klik disini untuk besarkan gambar


Jangan tunggu badan kita merana terlebih dahulu...baru hendak mencari penawar. Tubuh kita adalah apa yang kita makan. Pastikan kita mendapat bukan sahaja makanan yang seimbang tetapi makanan yang mempunyai setiap khasiat yang tubuh kita perlukan.

Wednesday, 5 January 2011

Menangani Obesiti Ibu Hamil


ELENA NIEVES, 23, yang mempunyai ketinggian 1.7 meter kelihatan seperti seorang gadis poster untuk satu program khas obesiti dalam kalangan ibu-ibu hamil. Sebelum disahkan hamil oleh doktor, dia baru kehilangan 23 kilogram (kg) dan kelihatan sihat.


Tetapi menjelang minggu ke-15 dia hamil, berat badan Nieves naik mendadak.



"Rupa-rupanya, saya hamil pada Disember tahun lalu, dan hanya berjumpa doktor pada pertengahan bulan Januari. Ketika itu, berat badan saya sudah meningkat sebanyak tujuh kg," kata Nieves.


Ekoran pernah berdepan dengan masalah berat badan ketika hamil, Nieves nekad untuk melakukan sesuatu.


Nieves menjadi ahli terbaru dalam satu program yang masih dalam tempoh percubaan di Hospital Northwestern Memorial di Chicago. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada ibu-ibu hamil mengawal berat badan.


Berdasarkan kajian terbaru, berat badan berlebihan dalam kalangan ibu-ibu hamil boleh memberi kesan kepada kandungan dan si ibu. Ini kerana obesiti boleh meninggalkan komplikasi sepanjang proses mengandung sekali gus meletakkan risiko bayi menghidap penyakit diabetes dan juga obesiti.


"Kami tahu sejak dulu lagi, anak yang dilahirkan oleh ibu yang berlebihan berat badan akan mengalami masalah yang sama setelah dilahirkan," kata Pengarah Northwestern Comprehensive Center on Obesity, Dr. Robert Kushner.


Menurutnya, para pengkaji membuat kesimpulan itu kerana ibu-ibu yang obesiti boleh mewarisi tabiat makan mereka kepada bayi yang dilahirkan.


Malah, hasil kajian kemanusiaan turut melaporkan bahawa persekitaran fetus berkembang di bawah pengaruh genetik.


"Ia seperti lahir dengan gari di tangan. Dalam persekitaran seperti itu, bagaimana mereka boleh terlepas? soal Kushner yang merujuk kepada epidemik obesiti yang menjejaskan 17 peratus daripada kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS).



Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS menganggarkan hampir suku daripada empat juta kelahiran pada setiap tahun melibatkan wanita yang obes.


WANITA hamil wajar menjaga pemakanan dan kesihatan tubuh mereka untuk kesejahteraan bayi dalam kandungan.


Obesiti meningkatkan risiko diabetes, hipertensi, penyakit jantung, strok, kanser dan banyak lagi.



Dalam satu laporan pada tahun 2000, pakar bedah AS menganggarkan kos untuk merawat obesiti mencecah RM424 bilion setiap tahun.


Kushner memberitahu, program yang dijalankan di Northwestern merupakan yang pertama di negara itu yang kini berusaha mengatasi masalah obesiti ketika hamil.


Katanya, wanita hamil selalu tidak mengendahkan masalah berat badan mereka kerana mereka bimbang mengawal berat badan boleh menjejaskan kandungan.


Tetapi, jika mereka tidak melakukan apa-apa, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi.



Doktor telah merujuk 20 kes wanita hamil yang obes sejak program itu bermula pada November lalu. Hasilnya, program itu kini menerima peserta baru pada setiap minggu.


Wanita-wanita tersebut akan diberikan kelas mengenai nutrisi, tekanan, senaman dan menyimpan log mengenai diet dan juga aktiviti harian.


Jururawat yang mengendalikan program itu, Charlotte Niznik memberitahu, kumpulan tersebut akan memberikan perkhidmatan melalui dalam talian tidak lama lagi.


"Segalanya kini semakin mudah. Jika kita masih malas, kita tidak akan mengambil bahagian," katanya.


Selain itu, bantuan dana yang diberikan untuk tiga tahun membolehkan mereka mengadakan program tersebut secara percuma.



Mereka berharap dapat menarik perhatian golongan kulit hitam dan juga Hispanik yang paling berisiko untuk mendapat komplikasi obesiti.


Niznik juga berkata, beberapa wanita dalam program ini telah menjalani pembedahan pintasan gastrik kerana takut berat badan mereka bertambah.


"Mereka berusaha untuk mengekalkan berat badan normal ketika mengandung iaitu tidak lebih daripada tujuh kg. Ini kerana mereka adalah wanita yang obes yang mempunyai berat antara 136kg hingga 180kg," katanya.


Dengan 90kg, berat Nieves dikira masih tidak terlalu berbahaya tetapi peningkatan sebanyak 10kg setakat ini, menjadikan dia salah seorang daripada wanita hamil yang obes.


Semasa mengandungkan anak yang sebelumnya, Nieves berasa tertekan dengan pakar perbidanannya yang menyuruh dia menambah berat badan.


"Ketika itu, berat saya adalah 100kg. Saya beritahunya bahawa saya sudah berlebihan berat dan saya tidak mahu menambahnya lagi.


"Tetapi dia memberitahu bahawa saya perlu menambah berat badan sebanyak satu paun setiap minggu sehingga saya bersalin. Ini bermakna berat saya akan bertambah sebanyak 40 paun," katanya.


Dia berharap, program yang disertainya itu dapat mengurangkan tekanannya yang bimbang mengalami masalah berat badan.


"Saya seorang Hispanik. Ibu mertua saya pula memaksa saya makan banyak kerana katanya, bayi yang dilahirkan perlu sihat dan gemuk," ujarnya.


"Jika kami boleh membuktikan bahawa mengawal berat badan ketika hamil boleh mengubah trend sedia ada, ia akan menyelesaikan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak," katanya. - Reuters


Biasanya setiap kali kita mengandung berat kita akan naik lebih dari yang sepatutnya...sebab tu kebelakangan ini kita sering terbaca atau terdengar baby yang baru lahir sudah ada kencing manis. Salah siapa???...salah kita jugak kan??? kita tidak menjaga pemakanan semasa mengandung. Malah...kita selalu berfikir "takper gemuk...nanti dalam pantang..aku turunkan berat semula" tak semudah itu puan2. Fikirkan diri kita dan anak dalam kandungan kita. Mulai hari ini...berazamlah yang terbaik..demi kehidupan yang baik.

Tuesday, 4 January 2011

HEALTHY BREAKFAST : Feel Good & Control Your Weight



1. Carb Based Breakfaset
In the morning simple carbohydrates (sugary refined cereals, white breads, toast, etc) cause an immediate surge of blood sugar level which results is a substantial emission of insulin. The insulin removes sugar from blood turning its excess into fat. The result is a deceased level of blood sugar, and thirst for more carbs. This cycle repeats itsef 2-3 more time during the day. This vicious circle constitutes one of the major reason for diabetes, high blood pressure and extra weight.

Cuba tengok gambar di atas. Nombor 1. Warna kuning di atas tu akan menyebabkan badan kita letih dan cepat mengantuk...warna merah kat bawah plak, kalau kita tak makan pagi....kita akan rasa menggeletar.

2. Skipping breakfast
When you skip breakfast, blood sugar drops below the normal level, you experience cravings and a drop of energy. You again revert to simple carbohydrates to achieve a quick surge of blood sugar and to overcome hunger and a drop of energy. simple carbohydrates will cause an immediate surge of blood sugar level and a substantial insulin emission. The insulin removes sugar from blood turning it excess into fat. Then this cycle repeats itself 2-3 more times during the day. This vicious circle constitutes one of the major reasons for diabetes, high blood pressure and extra weight.

Skip sarapan pagi akan membuatkan kita rasa lapar pada tengahari...dan kita akan makan berlebihan pada waktu lunch.


3. Balanced Protein Based Breakfast (Shake Herbalife)
Such a breakfast supplies our body with all vital nutrients and energy without increasing blood sugar and insulin levels. It helps to avoid dependence on carbs during the day. In this way, appetite stays under control, cravings for carbs (snacks, chocolate, pastry, junk, soft drinks, etc) diminsh and the body uses its own stored fats to get more energy.

Yang no 3 ni tak boleh diulas...cuba tengok gambar di atas...maintain jer. Aktif bertenaga dan ceria....


Pilih lah yang mana satu....saya memilih no 3...mudah disediakan, ringkas, dan boleh breakfast depan laptop kat meja opis. Then tengahari boleh makan makanan kegemaran..sebab time breakfast dah kurangkan pengambilan kalori. Badan pun bertenaga...tak mengantuk dan saya tak pernah terlelap di opis.

Sunday, 2 January 2011

Testimonial Jan 2011




Inilah photo seorang kawan saya...merangkap mereka yang membantu saya dalam herbalife. Beliau juga mengalami masalah kesihatan dan kebulatan terutama dibahagian perut. Tetapi alhamdulillah...Herbalife telah membantu beliau mendapatkan semula kehidupannya. Kini beliau lebih yakin menjalani kehidupannya disamping isteri dan anak tersayang...lihat picture di bawah...inilah dia sewaktu zaman kebulatannya..





Di bawah ni pula isterinya. Beliau tidak mempunyai masalah berat badan. Tetapi nampak lebih tua daripada usia sebenar. Percaya atau tidak beliau lebih muda dari saya. Tetapi sekarang..alhamdulillah , nampak berseri2 dan ceria.


Saya mengenali mereka....kerana mereka adalah orang di atas saya. Yang membawa saya ke dunia Herbalife. Mereka berjaya...saya juga berjaya...dan saya harap anda di luar sana juga boleh berjaya.



Saturday, 1 January 2011

Faktor Obesiti

Pengenalan


Obesiti merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko untuk seseorang mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti terjadi disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di pelbagai bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal. Tidak semua orang yang obes makan lebih banyak daripada jumlah yang dimakan oleh individu yang berat tubuhnya normal, tetapi yang pastinya ialah orang obes makan lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh tubuhnya.


Simptom


Secara saintifiknya obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi melebihi daripada keperluan harian. Pengambilan kalori adalah berbeza-beza mengikut individu, individu yang bekerja di sektor pembinaan mempunyai keperluan kalori yang tinggi berbanding pekerja di pejabat. Individu yang telah berumur 66 tahun perlu mengurangkan pengambilan kalori berbanding dengan peringkat remaja.


Berikut adalah faktor utama penyebab obesiti :


1.Genetik atau keturunan - Obesiti merupakan penyakit kronik yang mempunyai perkaitan langsung dengan faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes, kemungkinan besar untuk individu tersebut akan mewarisi obesitinya.


2.Gaya hidup - Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang obes akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti.


3.Pemakanan - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.


4.Kurang aktiviti senaman - Obesiti juga boleh disebabkan oleh kadar aktiviti yang kurang. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti.


5. Sakit - Didalam kes-kes tertentu obesiti boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapa jenis ubat tertentu boleh menyebabkan obesiti.


Kesan


Kaitan Obesiti dengan penyakit : • Sistem jantung - tekanan darah tinggi, sakit jantung koronari dan salur darah tersumbat • Sistem perkumuhan - cirit-birit dan lemak di bahagian hati • Sistem pernafasan - kesukaran bernafas dan tidur berdengkur/ apnea tidur • Perempuan mengandung - masalah ketika bersalin • Bahagian dada - kanser payudara • Bahagian pembiakan wanita - kanser pangkal rahim • Bahagian kulit - jangkitan bakteria dan kulat • Bahagian saraf. - tekanan mental, rasa rendah diri dan strok.


Pencegahan


Mengawal dan menurunkan berat badan bagi orang yang obes dapat mengurangkan risiko penyakit seperti di atas. Walaubagaimanapun, jika pengurangan berat badan yang tidak secara betul, ia menjejaskan kesihatan. Ikuti nasihat berikut semasa anda mencuba mengurangkan berat badan : • Jangan jadikan diri anda terlalu kurus. • Jangan memakan makanan diet yang tidak diketahui mutu pemakanannya yang dijual di pasaran tanpa nasihat doktor. • Jangan memakan dadah (pil diet) tanpa pengawasan doktor. • Jangan menguruskan badan secara tiba-tiba. berat maksimum yang boleh dikurangkan ialah 2 kg pada minggu pertama dan 1 kg pada minggu berikutnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...