Friday, 14 June 2013

Macamana nak tahu harga Herbalife ?

Macamana nak tahu harga Herbalife ?

Masa mula-mula kenal dengan herbalife dulu tertanya-tanya gak tentang harga herbalife tapi tak tahu mana nak dapat info tentang harga herbalife. Nasib baik terjumpa dengan coach herbalife saya yang beri tunjuk ajar yang sangat bagus tentang harga herbalife yang sebenar. Kalau ikutkan ramai jer orang yang offer macam-macam harga dan diskaun.


Bila coach saya dah terangkan baru sedar sebenarnya banyak yang tersirat kalau seseorang tu offer harga herbalife yang murah. Biasanya orang yang jual herbalife murah ni memang cuma jual produk tanpa beri apa-apa bimbingan dan ajar cara terbaik untuk mendapatkan penurunan berat badan yang maksimum.

Nak buat diet herbalife ni memang perlukan coach herbalife . Yelah macam belajar jugak la kan? Mesti ada cikgu yang ajar dan beri panduan terbaik untuk kita berjaya. Konsep yang sama gak untuk Herbalife. Tanpa bimbingan coach memang hanyut lah nanti diet tuh. Apa-apa diet sekali pon kena dapatkan tunjuk ajar dengan betul. Nak dapatkan tunjuk ajar dan result yang terbaik mesti ada coach herbalife so harga herbalife tu sebenarnya termasuk harga coaching sekali. Kalau murah sangat takde coaching bazir jer kan? 

Kalau anda nak tahu bagaimana nak dapatkan harga Herbalife berserta tunjuk ajar coach, boleh hubungi saya di 0193810811 atau email kepada myshapeworkdiet@gmail.com. Dengan coaching yang betul, InsyaAllah anda akan dapat lihat kadar penurunan berat badan yang maksimum secara sihat.

Wednesday, 12 June 2013

Cara kurus dengan Herbalife?

Cara kurus dengan Herbalife? Apakah cara yang terbaik ye?

Ramai orang di luar sana yang bertanyakan begini kepada saya. Kebanyakan daripada mereka apabila diselidik, produk dah ada. And ada jugak yang sampai dah penuh satu almari dengan produk dekat rumah. Tapi masih tak dapat result atau pun tak tahu cara yang betul untuk gunakan produk. Hasilnya, mereka akan mula patah semangat, salahkan produk kerana tidak mendapat result dan banyak lagi perkara negatif yang mungkin berlaku.

Sedangkan sebenarnya, apa yang kurang diketahui di sini adalah, mereka sepatutnya mendapatkan khidmat coaching yang sememangnya ada dan amat disarankan dalam program turun berat badan dengan Herbalife. Dengan adanya coach, barulah anda akan tahu cara kurus dengan Herbalife yang terbaik untuk anda.

Ada banyak sms/ email yang saya terima berbunyi begini..

'Akak, boleh tak akak coach saya, sebab saya dah ada produk tapi tak tahu nak guna macam mana, berat saya naik je kak'

'Hai, saya tengah guna produk Herbalife tapi saya suka lah letak shake campur sekali dengan milo and susu pekat sikit. Rasa lemak-lemak sikit. Nape saya tak kurus-kurus lagi ye?'

'Dik, akak nak mintak tolong sikit, akak beli produk dari kawan punya kawan, dapat murah sikit, tapi akak nak adik coach akak lah, sebab adik banyak dah turun berat and adik punya customer pun ramai yang turun berat.' 


Pertama sekali, untuk mereka yang mungkin berada dalam keadaan ini. Seribu satu kemaafan yang saya pinta. Saya tidak dapat membantu anda mahupun mengajar anda tentang cara kurus dengan Herbalife yang terbaik.

Kenapa?
Apabila anda mendaftar sebagai ahli dan beli produk daripada seorang pengedar Herbalife, sudah menjadi satu keperluan untuk anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pengedar Herbalife tersebut  bagi membantu anda cara gunakan produk yang terbaik. Saya memahami perasaan anda, apabila sejumlah duit yang banyak telah dikeluarkan, tentu kita akan berasa sedih sekiranya kita tidak mendapat keputusan atau pun target yang diinginkan. Tetapi, masih belum terlambat! Anda masih boleh lakukan sesuatu.

Jadi, apa yang sepatutnya anda lakukan, hubungi semula coach anda tersebut supaya mereka dapat membantu anda. Bincang secara elok bagi mendapatkan sesuatu keputusan yang boleh membantu usaha penurunan berat badan anda. Satu kata-kata yang patut awak ingat, 'Coach awak, adalah the best coach yang Allah hantar untuk membantu awak'. Jadi, jangan ragu-ragu untuk hubungi semula mereka. Rugi sekiranya anda membelanjakan sejumlah wang tetapi anda sendiri tidak serious untuk mengetahui apakah langkah yang perlu anda lakukan in order to achieve your dreams.

Bagi anda yang masih belum ada coach pula, masih belum ada produk, ini adalah masanya untuk melakukan sedikit homework. Anda bebas untuk memilih coach mana yang anda rasa selesa untuk membantu anda. Pastikan, anda mempunyai coach untuk lose weight. Okay? Masih ada masa lagi untuk belajar dan mengetahui siapakah coach Herbalife yang boleh guide anda untuk mengetahui cara kurus dengan Herbalife yang terbaik. Jangan disebabkan anda boleh dapat harga murah, dapat membeli produk kononnya dengan 'harga member', dapat produk for free dan banyak lagi perkara lain, anda tidak dapat after sales service which is wayyyyy more important.

Secara asasnya, program turun berat badan Herbalife memerlukan anda menggantikan 2 normal meal anda dengan shake Herbalife dan satu normal meal biasa. Tetapi secara detailnya, tentang apa yang perlu diambil, berapa banyak, macam mana cara makan dan lain-lain: memerlukan anda untuk menghubungi coach anda. Kenapa? Sebab semua orang mempunyai keperluan berbeza, jadi cara pun berbeza. And the best person yang akan mengetahui anda dengan lebih baik tentunya coach anda. Ok? :)

Tercari-cari seorang coach yang boleh membantu anda mendapatkan cara kurus dengan Herbalife yang terbaik? Saya yakin saya boleh membantu anda. Hubungi saya sekarang di myshapeworkdiet@gmail.com atau 019-3810811

TC Formula

Minggu lepas, Herbalife Malaysia dah lancarkan produk Herbalife yang terbaru kat Malaysia ni. Sekarang, semua ahli Herbalife boleh beli sendiri produk Herbalife TC Formula ni. 

Produk Herbalife TC Formula ini atau nama panjang dia Total Control Formula sebenarnya diperbuat daripada gabungan teh hijau, teh hitam, teh oolong dan juga halia untuk mempertingkatkan metabolisma badan kita dan proses pembakaran lemak. So, Lagi cepatlah turun berat badan kita dan cepatlah hilang lemak-lemak degil tuh. Disamping mempertingkatkan metabolisma dan proses bakar lemak, TC Formula ni akan membuatkan kita rasa kurang lapar dan semakin peka.

Produk Herbalife TC Formula ni adalah produk herbalife terbaru yang amat penting dalam mempercepatkan proses penurunan berat badan. Masa Herbalife Spectacular 2013 minggu lepas, panjang sangat nak beratur untuk beli produk herbalife TC Formula ni sebab semua tahu kebaikan TC Formula dan semua nak dapat result terbaik. Jika anda juga mahukan result terbaik sila email kepada saya di myshapeworkdiet@gmail.com atau sms/whatsapp kepada 0193810811
 

 

Monday, 10 June 2013

Produk Herbalife

Produk Herbalife

Bismillah.

Antara soalan favourite yang orang selalu email kat saya tentang Herbalife ialah "Produk Herbalife yang mana yang sesuai untuk saya?" Jangan risau, insha Allah saya boleh membantu anda. 

Kenapa anda nak gunakan produk Herbalife?

Setiap orang mempunyai tujuan berbeza bila decide nak guna produk Herbalife. Ada yang nak turun berat badan, ada yang nak reshape, ada yang nak both turun berat badan + reshape, dan ada juga yang nak improve masalah kesihatan. Untuk permulaan, sebelum saya recommend produk Herbalife mana yang sesuai dengan kehendak anda, saya akan sediakan analisis kesihatan percuma untuk anda serta penerangan tentang beberapa perubahan yang perlu anda lakukan untuk turun berat badan, reshape dan maintain berat badan anda selama-lamanya.

Produk Herbalife: Betul-betul Berkesan Ke?

Sebelum mula gunakan produk Herbalife, saya memang ragu-ragu. *Boleh ke turun berat badan ni? Selamat ke produk ni? Ada kesan sampingan tak? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul dalam kepala tentang keberkesanan produk Herbalife ni. Tapi waktu tu, ada dua je faktor utama yang membuatkan saya yakin produk Herbalife ni selamat iaitu:
  1. Produk Herbalife ni selamat digunakan untuk ibu mengandung.
  2. Produk Herbalife ni juga selamat diambil oleh kanak-kanak.

Bagi saya simple je, tak perlu fikir terlalu banyak. Kalau dua golongan ni selamat guna, takkan lah produk Herbalife ni merbahaya untuk saya pulak! Betul tak? Alah, kalau kita tengah beratur nak beli McD ke, KFC ke, pernah tak kita pergi tanya cashier tu "McD/KFC ni selamat tak untuk dimakan? Ada side effect tak?" Gerenti takde siapa pernah buat macam tu kan? Kalau ada, meh share cerita experience korang, apa yang cashier tu jawab lepas korang tanya soalan tu. ;)

Capai berat ideal dengan produk Herbalife

Alhamdulillah, saya dah berjaya capai berat badan yang ideal dengan produk Herbalife. Produk Herbalife ni hanya akan berkesan jika anda betul-betul berusaha gunakan produk dengan betul, bersungguh-sungguh, sabar, disiplin dan fokus. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, guna produk main-main, sekadar cuba 2-3 hari kemudian stop, memang produk Herbalife takkan berkesan untuk anda. Orang yang nak berjaya perlu berusaha bersungguh-sungguh. Orang yang gagal adalah orang yang banyak memberi ALASAN!

Anda bila lagi? Anda boleh hubungi saya sekarang di myshapeworkdiet@gmail.com jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk Herbalife. 

Monday, 13 May 2013

Pelan Pemakan Turun Berat Badan Dengan Herbalife


ramai yang dok tanya lagi..camner nak makan herbalife ni.dalam entri2 lepas ku pernah cakap...kalo beli herbalife....kena ada coach...kita nak harga murah tapi takdak coach payah la nak guide kita
pastu kita kecundang dan kita give up.
itula pentingnya coach.
tapi kalo beli dengan saya harga ok jer kan??? betul tak customer222 i di luar sana???

ikut jer gambar di atas.
Herbal aloe concentrate tu kalo nak minum pun ok..taknak pun ok. takder masalah..yang penting shake

ni citer aku plak...
dulu tahun 2010-2011
senang bangat aku nak hilangkan 14kg berat aku
dalam 4 minggu jer aku dah turun.
tapi masa tu aku folo picca kat atas tu betol2
cuma malam jer ku tak makan langsung..
kalo lapar minum milo (milo dan aku takleh dipisahkan)\
tapi takder gula ya anak2222...kalo nak gula pun ku beli gula diet

alhamdulillah turun plak...
tapi sekarang ni....ku dah tak ikut sangat..
tak sempat dan tak larat..
nak bersilat dengan tiga orang anak...
makan pun tak ikut jadual dah
main belasah ja.

so..mulai hari ni anak333
kita ikut balik step di atas
harap2 sebelum raya..kita leh tampil dengan confident..

jom kita berdiet dengan herbalife...
jangan bimbang...aku masih lagi boleh coach anda..
 


Soalan Tentang Herbalife

Soalan 1 - Herbalife ni mahal lah.

Jawapan:

Yeke Herbalife ni mahal? Tak mahal lah. Saya yang xde duit ni pun mampu. Kita kira sama-sama k. Kita ambil program turun berat badan sebagai contoh. Untuk turun berat badan, kena gantikan sarapan dan makan malam dengan Herbalife. Bajet sarapan kita berapa ringgit? Bergantunglah kita sarapan kat mana dan makan apa kan. Kalau compare Herbalife dengan roti canai, sah sah lah Herbalife lagi mahal. Herbalife Formula 1 shake je dah ade lebih 55 nutrients dan 13 amino acid. Tak kan nak compare dengan roti canai yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang sangat tinggi. Tak sama level...Semestinya tak sama....Jadi kita compare dengan nasi campur lah ye. A picture worth a thousand words. So sila lihat gamba ni:



Ni saya kira sendiri dan buat sendiri tau. Bukan main cekup je. Kalau harga retail, sekali minum teh+shake, dalam RM 9.50, kalau harga ahli RM 7.50, kalau beli 6 bulan punya stok terus, RM 6.50.

Soalan 2 - Nak kena minum Herbalife ni sepanjang hidup ke?

Jawapan: Saya sangat memahami soalan ni sebab dulu saya pun tanya soalan yang sama. Ambil Herbalife dua kali sehari untuk turunkan berat badan je. Lepas tu dah tak yah dah. Bila dah dapat berat badan ideal, ambil waktu sarapan je untuk maintain.


Soalan 3 - Kalau berhenti ambil Herbalife, dengar cerita akan naik balik berat badan sampai dua kali ganda.

Jawapan: Seperti yang saya cakap dalam entri sebelum ni, ambil Herbalife kena ada coach. Kami bukan jual produk. Kami promote program yang merangkumi produk, coaching dan pendidikan. Herbalife adalah satu cara hidup/lifestyle. Kami ingin mengajak semua orang untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

Jadinya, kalau ada coach waktu ambil Herbalife dan mengamalkan pemakanan seimbang seperti yang ditekankan oleh Herbalife, insyaAllah berat akan maintain. Tapi kalau makan produk takde coach lepas tu makan tak jaga, memang la berat akan naik balik. Takde program turun berat badan dalam dunia ni yang berat boleh maintain kalau tak jaga pemakanan. Kalau buat liposuction atau apa-apa jenis pembedahan untuk kuruskan badan pun lepas tu kena amalkan pemakanan yang sihat. Kalau tak memang naik semula lah. So tak leh lah nak salahkan produk kan.. Kena cek attitude kita sendiri.

Puasa Dengan Herbalife

salam semua...
lama tak updata blog...
sibuk dengan keje yang tak habis2..
maklumler..banyak sangat keje nak buat...
jual kain pasang...jom tengok sini...
jual qaseh adinda ....sini..
dah juga jadi coach herbalife
sangat2 bizi..

sekarang aku sedang kemaruk puasa.
nak menggantikan lagi 15 hari puasa yang tertinggal masa menyusukan anak tahun lepas
banyak tu
tak terlarat rasanya
tapi time2 giler puasa camni..lagi best kalo amik herbalife
berat cepat turun..
maklumler lepas beranak baru2 ni..
berat aku tingtong sikit
ala2 yoyo
makan tak ikut masa dah...mana sempat jer
kalau masak kat dapur tu...setengah masuk pinggan..setengah lagi masuk mulut aku


 sekarang ni aku dah puasa 4 hari...aku folo jer gambar kat atas tu. cuma buerbuka dengan selepas tarawikh tu aku switch kan

pagi ku amik shake....untuk sahur
buka puasa ku dah tak amik shake dah..
ku makan jer...biasanya laksa dengan bihun sup
pastu malam minum milo suam
aku dan milo mana leh dipisahkan
alhamdulillah turun 2 kg
baru 4 hari puasa...
nanti aku letak gambar aku ya...gambar 30 mei
hahaha
semangat ni..nak pakai kebaya raya ni.
gambar aku gi bandung baru2 ni.  naik giler badan
nyesal  arrggghhhh dah tak jaga makan...

rasa gemoooookk.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...