Monday, 8 August 2011

Tips Mengurangkan Berat Badan

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8) Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

Monday, 1 August 2011

Berpuasa Dengan Herbalife


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, ambillah kesempatan untuk meningkatkan kesihatan anda dengan Herbalife~! Berpuasa dengan lebih bertenaga!

Thursday, 28 July 2011

Diet Seimbang Di Bulan Puasa

Jenis makanan yang boleh diambil sepanjang bulan Ramadan tidak terhad kepada jenis makanan tertentu sahaja. Kebanyakan jenis makanan dibenarkan diambil dalam kuantiti yang tertentu. Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, setiap individu itu perlu mengambil makanan dari setiap kumpulan makanan utama iaitu :


  • Nasi, roti, jenis-jenis mi, bijirin dan jenis-jenis ubian : sumber karbohidrat kompleks yang paling baik.

Kumpulan ini membekalkan, vitamin, mineral serat diet (dietary fiber) dan protein. Ia dapat membekalkan tenaga untuk fungsi tubuh dan aktiviti harian.

  • Ikan, ayam, daging, kacang dan kekacang : sumber protein yang baik.

Kumpulan ini juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink. Kekacang dan kacang juga merupakan sumber serat diet. Protein penting untuk proses penyembuhan tisu dan pembinaan otot.

  • Susu dan hasil tenusu : sumber penting untuk kalsium.

Kalsium susu lebih mudah untuk diserap. Ia juga sumber protein yang baik.

  • Sayuran dan buah-buahan : sumber serat diet vitamin, mineral dan antioksidan yang baik.

Buah-buahan seperti jambu batu, kiwi dan sitrus merupakan sumber vitamin C yang baik. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak amat berguna untuk mengelakkan penyakit seperti kanser, jantung dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

  • Lemak, minyak dan gula : keutamaan adalah untuk mengurangkan jenis lemak yang tepu (lemak yang keras pada suhu bilik) seperti minyak kelapa, lemak haiwan dan juga santan kelapa.

Ianya akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada paras kolesterol darah. Contoh lemak yang tidak tepu (lemak yang cair pada suhu bilik) adalah seperti minyak kanola, bunga matahari dan juga soya.


Walau bagaimanapun, pengambilan minyak masih penting kerana ianya adalah penyumbang tenaga (kalori) yang paling tinggi berbanding karbohidrat atau protein serta membekal asid lemak perlu dan berguna untuk penyerapan vitamin larut lemak. Gula pula hanya membekalkan karbohidrat ringkas tetapi tidak mempunyai nilai zat makanan yang lain.

Setiap makanan di dalam kumpulan makanan yang sama akan mengandungi tahap kepadatan dan jenis nutrien (zat makanan) yang berbeza-beza. Oleh itu, pengambilan jenis-jenis makanan di dalam kumpulan tertentu perlu dipelbagaikan untuk membekalkan semua zat yang diperlukan dan mendapat manfaat yang sebaik mungkin.

Wednesday, 27 July 2011

2 Kaedah Efektif Untuk Anda Berjaya Menurunkan Berat Badan

Anda mungkin telah banyak mendengar tentang pentingnya pemikiran positif dalam penurunan berat badan. Jika anda terus berfikiran negatif, anda tidak akan dapat menurunkan berat badan. Sebaliknya, jika anda berfikiran positif, kehilangan berat badan akan menjadi mudah untuk anda.


Percaya atau tidak, anda tidak dapat untuk mengurangkan berat badan kerana anda percaya bahawa anda gemuk, kemungkinan besar, anda juga membenci diri sendiri atas sebab yang sama. Sekarang, jika anda percaya diri anda boleh menjadi kurus, cuba bayangkan kesan positif yang akan membantu penurunan berat badan anda. Minda dan

sikap anda boleh menjayakan atau menggagalkan penurunan berat badan anda.


Dalam artikel ini saya kongsi bersama anda cara untuk membina corak pemikiran yang positif.

Ingat, sama seperti anda tidak boleh mengurangkan berat badan dalam sekelip mata, anda juga tidak boleh mengubah pemikiran negatif anda kepada yang positif dalam masa yang singkat. Maka bersabarlah dengan diri sendiri dan cuba mengambil kira perubahan ini secara perlahan-lahan ke dalam hidup anda!





1. Kenapa Anda Ingin Turunkan Berat Badan Anda:

  • Apakah sebab yang besar di sebalik usaha penurunan berat badan anda?
  • Mengapakah anda ingin menurunkan berat badan?
  • Adakah ia semata-mata kerana anda tidak dapat menanggung dengan kutukan yang anda terima daripada rakan-rakan pejabat anda, atau adakah ia kerana anda sentiasa ditolak setiap kali mengajak orang 'dating', atau hanya kerana anda mahu bentuk badan seperti selebriti kegemaran anda yang gambarnya baru-baru ini lihat dalam majalah?
  • Apa pun, tulislah kesemuanya di atas sekeping kertas. Tuliskan semua sebab-sebab di sebalik usaha penurunan berat badan anda, tidak kira betapa kecil atau besar mereka!
  • Untuk hasil yang terbaik, beli beberapa PostIt Notes dan tuliskan segala-galanya pada pelekat, dan salin pada pelekat lain. Kemudian, lekatkan pelekat di setiap sudut rumah anda supaya anda diingatkan matlamat penurunan berat badan anda setiap hari.
  • Jangan lupa melekatkan pelekat tersebut di dapur dan peti sejuk anda juga: mereka adalah tempat di mana anda paling mungkin akan terdorong untuk makan 'makanan yang tidak sihat' atau 'menipu' pada program diet anda!

2. Motivasi dan Matlamat yang Realisitik:

  • Sekarang sudah tiba masanya untuk menetapkan beberapa matlamat yang realistik untuk diri anda sendiri.
  • Untuk berbuat demikian, anda perlu ketahui berat badan ideal anda, dan kemudian tolakkan berat itu daripada berat badan semasa anda.
  • Jadi, sekarang anda tahu berapa banyak berat badan yang anda perlu turunkan untuk mengecapi berat badan ideal anda.
  • Secara realisitik, anda tidak boleh kehilangan lebih daripada 1kg seminggu. Cuba kira dan anggarkan berapa banyak KG anda boleh hilang setahun dari sekarang. Sekali lagi,biar realistik dalam matlamat anda, kerana matlamat yang tidak realistik tidak akan tercapai.


Sebaik sahaja anda telah menetapkan matlamat anda, anda kini memerlukan motivasi yang akan membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan anda.Apa yang anda akan gunakan untuk memberi motivasi diri anda akan bergantung kepada sebab di sebalik usaha menurunkan berat badan anda.Jika anda ingin menjadi seperti selebriti kegemaran anda, gantunglah gambar-gambar selebriti di sekeliling rumah anda. Letakkan gambar tersebut di sebelah gambar anda sekarang. Itu sudah pasti akan menjadi motivasi yang terhebat untuk program penurunan berat badan anda!

Monday, 18 July 2011

Berpuasa dengan nutrisi HerbalifeManfaat

Kawan-kawan, manfaatkan bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Berpuasa dengan nutrisi Herbalife, anda berpeluang untuk meningkatkan tahap kesihatan , kekal bertenaga semasa berpuasa dan tampil langsing di hari raya..

PM saya untuk maklumat lanjut :)

Tips Menurunkan Berat Badan

Dr. Pakar,

BARU-BARU ini saya mengalami pertambahan berat badan yang amat ketara dan keadaan ini amat merunsingkan saya. Saya cuba mengawal berat badan dengan cara berdiet tetapi hasilnya sama seperti sediakala.Saya berusia 29 tahun dan berat badan saya sekarang mencecah 98 kilogram.

Masalahnya, saya tidak pasti dengan pemakanan yang sepatutnya saya ambil. Besar harapan saya agar doktor boleh memberikan menu yang sesuai sebagai diet saya selama seminggu. Apakah makanan yang perlu saya tambahkan ke dalam diet dan apakah pula makanan yang perlu dielakkan. Sekian, terima kasih.

– DEWASA BERAT

Dewasa Berat,

Bergantung kepada ketinggian tubuh anda (dan bukannya umur anda), doktor akan menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes menggunakan pengiraan indeks jisim tubuh (BMI).

Saya anggarkan, dengan berat badan 98 kg, anda mungkin termasuk dalam kategori obes. Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda jadikan rujukan untuk mengurangkan berat badan.

l Bahagian utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda. Lemak mengandungi lebih banyak kalori – sehingga dua kali ganda berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang sama.

Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil.

Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat, kerepek dan pai.

l Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.

l Umumnya, makanan lemak rendah adalah yang terbaik. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda berbanding minuman ringan.

* Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik. Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan, sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.

* Lakukan aktiviti fizikal sekerap yang boleh. Jiika anda tidak biasa melakukannya, mulakan dengan berjalan pantas lebih 30 minit setiap hari dan tingkatkannya dari situ.

Sebarang tambahan baik dari segi berjalan, menari, berenang, berbasikal dan sebagainya adalah digalakkan. Cuba tingkatkan jumlah aktiviti yang anda lakukan pada setiap minggu sehingga anda melakukan antara 60 hingga 90 minit, sekurang-kurangnya tiga kali/hari seminggu.

* Realistik. Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).

* Yang terbaik adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak. Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan.

Penurunan berat badan antara setengah hingga 1 kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini sehingga tiga bulan.

* Maklumkan kepada orang lain mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan. Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi. Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan berhampiran anda.

Untuk mengurangkan berat badan secara berterusan adalah lebih mencabar berbanding menurunkan sedikit berat badan. Sebaik sahaja anda berjaya mengurangkannya, anda mungkin dapat terus menurunkannya dengan lebih stabil dengan syarat, pilih diet sihat, tidak lupa bersenam secara konsisten dan menimbang berat badan seminggu sekali untuk memeriksa berat badan semasa anda. Semoga berjaya!

Jawapan disediakan oleh Pakar Perubatan dan Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

Diet Dengan Herbalife di Bulan Ramadan


Amalan berpuasa adalah satu cara untuk mendetoksifikasikan badan secara semulajadi di mana penyerapan nutrisi dari Herbalife dapat diserap dengan lebih baik.Di bulan ramadan kadar penurunan berat badan dan pembinaan jisim otot dengan penggunaan produk Herbalife ternyata sangat efektif memadai dengan minuman Shake.Produk Herbalife memberi tenaga untuk anda melakukan ibadat di bulan ramadan yang mulia ini.
  • Sila rujuk kepada jadual pemakanan di bawah yang disyorkan:

MASA : Buka Puasa

CARA PEMAKANAN : Pelbagai makanan berwarna-warni, buah-buahan + Tea Mix

Snek protein (Jika Perlu)

MASA : Malam (10:00PM - 12:00AM)

CARA PEMAKANAN : Formula 1 (2 skup) + Formula 3 (1 skup) dengan jus atau susu soya + buah-buahan bersama 2 gelas air kosong.

MASA : Sahur

CARA PEMAKANAN : Pelbagai makanan berwarna-warni,

buah-buahan + bersama 2 gelas air kosong + Snek protein + Tea Mix

ATAU

MASA : Sahur

CARA PEMAKANAN : Formula 1 (2 skup) + Formula 3 (1 skup) dengan jus atau susu soya + buah-buahan + 2 gelas air kosong Snek protein (Jika perlu)


p/s : tinggal lebih kurang 2 minggu jer lagi nak puasa....selain dari melaksanakan ibadah dan mengumpul pahala di bulan puasa....amik la peluang ni untuk mendapatkan berat ideal..apa tunggu lagi....contact saya ya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...