Monday, 23 May 2011

Senaman Ringan

Anda mungkin seorang yang dalam proses ingin menurunkan berat badan dan telah melalui proses diet untuk beberapa seketika.

Kalau dulu anda rasa anda tidak boleh, atau tidak mampu bersenam, tetapi tiba-tiba sekarang rasa nak mula memasukkan rutin senaman dalam hidup anda, ATAU, anda dulu memang kaki bersenam, tapi dah lama tinggalkan dan teringin nak mulakan semula.

Macamana nak mulakan semula aktiviti senaman secara perlahan-lahan tanpa membebankan tubuh badan anda? Inilah yang dimaksudkan dengan Start Small.

Dengan bermula secara perlahan, anda akan dapat membawa diri anda untuk melakukan rutin senaman tanpa sebarang sakit. Anda juga dapat mempersiapkan diri anda untuk melakukan lebih banyak aktiviti, dan mendatangkan minat dan motivasi untuk menambah tahap kesukaran aktiviti anda.

Macamana nak Start Small ?

  • Berjalan setiap hari selama 15 minit
  • Dapatkan rehat yang cukup - tidur 8 jam sehari untuk tenaga
  • Stretch setiap pagi
  • Gunakan tangga menggantikan lif di pejabat
  • Skip rancangan di TV dan gantikan dengan aktiviti luar.
  • Buat aktiviti push-up dan sit-up selama 1 minit (bergantung kepada bilangan yg anda mampu).
Jadi, ingatlah. Formula ringkas untuk turunkan berat badan ialah jaga diet dan lakukan senaman. Dengan dua cara ini, mesti berat yang diinginkan akan dapat dicapai sooner or later.

Good Luck!

p/s : hubungi saya untuk dapatkan tips diet dengan herbalife

Wednesday, 11 May 2011

MENENTUKAN BERAT BADAN YANG SESUAI


Untuk Perempuan:
Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.

Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Untuk Lelaki:
Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu meminda berat badan sesuai seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda. Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.

Tuesday, 3 May 2011

10 Sebab Wanita Malaysia Mudah Gemuk


RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang diidam-idamkan.

Ada yang nak langsing, tapi tak boleh-boleh juga langsing, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.

Kita akan berkongsi petua tentang 10 sebab mengapa badan boleh jadi gemuk. Kenapa berat anda tidak mahu turun…

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.

Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.

Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.

Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.

Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. “Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana?” Ya, sebab itu gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.

Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.

Kalau dulu, datuk dan nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni bagaimana pula? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.

Yang ini semua tak boleh nak elak. “Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada” Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!

Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.

Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.

Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.

Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu,benar bukan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.

Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.

Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.

Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada.

Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

Walau bagaimanapun, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan.

Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.

Maka, berhentilah merokok.

8. Umur

Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).

Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.

Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.

Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda. Apabila kandungan hormon leptin ini rendah, selera makan anda akan bertambah!

Sekarang semuanya bergantung pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.

Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punyai impian, ada harapan dan cita-cita masing-masing. Semoga semuanya akan tercapai.

Dulu & Sekarang..

Dulu.....

suatu hari masa aku kat klinik ..ada sorang remaja perempuan...cakap pada aku
"makcik sakit apa makcik??"
terpana aku seketika..sambil tersenyum kelat dalam hati tertanya..tua sangat ker aku ni???

Sekarang....

di klinik yang sama...
seorang adik (aku rasa adik...) bertanyakan pada aku..
"ini anak adik ker???"
..eh!eh! aku tersenyum sengih sampai ke telinga. muda ker aku ni..padahal aku rasa dia lagi layak ku panggil adik.

ini lah bezanya..
Selain daripada menjaga pemakanan dan kesihatan..kita juga perlu menjaga hati dan perasaan kita. pemakanan akan membentuk tubuh kita...dan pemikiran akan mewarnakan wajah kita. betul kan????

fikir2kanlah!!!!!!!

Friday, 29 April 2011

Testimonial April V4



Assalamualaikum semua..

Hari ni aku nak paparkan satu lagi testimonia menarik untuk dikongsikan bersama2. alhamdulillah..syukur...setiap kesabaran itu ada hikmahnya.

Yang penting kita kena usaha dan tetapkan matlamat kita. berusaha..dan sentiasa berusaha. jangan mudah putus asa. setiap orang penurunan berat badan tidak sama. ada yang cepat dan ada yang lambat.

Raya dah nak dekat kan???....mesti kita nak balik kampung dengan penampilan baru..so apa lagik!!!!!...hurry up. 4 bulan jer lagik. kalau betol2 nak buat...dalam masa 4 bulan dapat hilangkan 10kg...paling kurang. JOMMMM!!!!


Tuesday, 19 April 2011

4 Golongan Orang Nak Kurus

Semenjak menyelami dunia penulisan blog berkaitan diet dan senaman, aku dah melihat berbagai-bagai ragam manusia yang berusaha untuk kurus. Ada yang buat itu, ada yang buat ini. Ada yang ambil produk itu, ada yang ambil produk ini. Tetapi bagaimana dengan hasil akhir daripada program yang diadaptasi dari cerita kawan-kawan atau dicetuskan dari akal fikiran sendiri tu? Kebanyakkannya tidak konsisten, bersifat Yo-yo effect dan sebagainya.

Entri kali ini aku nak menyenaraikan 4 golongan rakyat Malaysia yang nak kurus berserta dengan strategi asas dalam menurukan berat badan, berorientasikan 2 perkara yang boleh mempengaruhi defisit ambilan kalori dalam sehari, iaitu senaman dan pemakanan.

“Guys.. 4 golongan…”

1 – Golongan jaga makan, tak mahu bersenam

Manusia-manusia nak kurus dari golongan ini sangat ramai. Rata-rata mereka amat liat dan malas untuk bersenam dengan alasan seperti “punggung aku besarlah, susah nak bergerak”, “aku sibuk bekerja sampai tiada masa bersenam”, dan sebagainya. Kebiasaannya golongan-golongan ni tak makan nasi, diorang makan biskut pakcik Ya’akob (Jacobs), minum susu Anlene segelas sebagai santapan makan malam, sampai satu tahap kita sendiri pun tak tahu di mana terletaknya sumber protein dalam diet mereka. Yang menariknya, akan ada yang cakap, “Aku tak makan nasi, aku makan megi, dalam megi ada protein apa, tengok apa yang tertulis kat bungkusan megi ni kalau tak percaya!” (agak-agak dia faham tak apa yang dimaksudkan dengan “Essentials Amino Acids“? kesian kena kelentong bulat-bulat macam tu)

Malas bersenam, tapi ada hati nak kurus…

2 – Golongan tak jaga makan, tapi bersenam gila-gila
Manusia-manusia dari jenis ni mungkin kita jarang dengar, tapi jangan tak tahu, ada. Selalunya golongan ni akan mengomel, “aku hari-hari main futsal, setiap pagi berjogging, tapi kenapa tak kurus-kurus juga ni?!” Bila ditanya apa yang mereka makan, jangan terkejut jika mereka menjawab sebelum tidur mereka makan macam-macam, burgerlah, goreng pisanglah, roti canailah. Nak kata tak cukup makan tak juga sebab waktu pagi, tengahari, malam makan masih makan nasi. Tak perlu dihairankan juga jika selepas bersenam mereka tonggang minuman 100 plus sebotol besar tu. Macam mana nak kurus kalau dah nafsu macam tu?

3 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, tapi tak buat weight training
Golongan ini sebenarnya lebih elok daripada 2 golongan di atas, cuma dia tak lakukan weight training. Golongan ini aku jamin akan mengalami penurunan berat badan sebab berkardio gila-gila, jogging hampir setiap hari berjam-jam lamanya, tapi jangan tak tahu yang banyak turun tu bukan sahaja lemak, tetapi enjin kepada pembakaran lemak iaitu otot. Kebiasaanya golongan seperti ini akan cepat mencapai plateau (berat jadi statik, tak mahu turun-turun dah) ketika menurunkan berat badan, dek kerana kejatuhan kadar metabolisma. Kenapa kadar metabolisma jatuh? Tentulah disebabkan penurunan otot!

4 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, DAN buat weight training
Golongan ini lah yang kita cari sebenarnya, tuan-tuan dan puan-puan. Cubalah menjadi sebahagian daripada golongan ini. Mengapa aku berkata demikian? Ini kerana, golongan sebegini bukan sahaja pandai meningkatkan jurang defisit kalori menerusi jaga makan dan kardio (senaman kardio seperti jogging, futsal, badminton, hiking, membakar beratus-ratus kalori untuk satu sesi), tetapi juga PANDAI menjaga enjin yang menggerakkan metabolisma untuk membakar lemak, iaitu otot.

Apabila kita memaksa penyusutan berat badan menerusi defisit kalori, secara umumnya badan akan memasuki fasa katabolik. Badan seterusnya bukan sahaja mengambil sumber tenaga alternatif daripada lemak yang tersimpan di bawah tisu adipos, tetapi otot juga akan dibakar sebagai bahan bakar alternatif, dan ini merupakan sebahagian daripada sistem penyesuaian tubuh badan dengan ‘situasinya yang baru’, iaitu penerimaan kalori dari luar (makanan) yang kurang. Keadaan ini akan mengakibatkan penyusutan otot, sekaligus kadar metabolisma akan jatuh.

Oleh yang demikian, weight training itu perlu kerana menerusi weight training, otot-otot kita akan dipaksa untuk bekerja dan ‘membesar’. Hakikatnya, otot tidak akan membesar kerana kalori yang diambil tu tak cukup, tetapi sekurang-kurangnya weight training akan melawan kembali kesan penyusutan otot, sekaligus meletakkan ia dalam fasa anabolik. Kesannya, berat otot tidak akan jatuh, kadar metabolisma meningkat, dan lebih banyak lemak yang akan dibakar apabila kardio dilakukan kelak.

Tidak semestinya weight training ini melibatkan besi dumbell, atau perlu ke gym untuk melakukannya. Memadai dengan melakukan senaman calisthenics seperti tekan tubi (push-ups), sit-ups, squat, lunges, atau pull ups. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang melakukan senaman kardio + weight training akan turun berat sekurang-kurangnya 2x lebih pantas berbanding individu yang tahu berjogging (kardio) sahaja.

Komen : Golongan yang tak jaga makan, tak bersenam langsung, tapi ada hati nak kurus itu lebih teruk berbanding keempat-empat golongan di atas.. mereka akan pandang kepada pil kurus tu sambil bercakap dalam hati, “Dengan mengambil sebiji pil ini setiap hari, aku pasti akan kurus dan memiliki badan seperti Taylor Swift 5 bulan dari sekarang, hehehe”

Friday, 15 April 2011

Testimonia Pengguna April V2



Salam, nak hapdet testimonia member2 yang telah menggunakan herbalife. Alhamdulillah...semua menjadi. Berkat kesabaran yang tinggi. Ada daripada member di atas...terus menjadi dealer bagi herbalife. ya...niat yang ikhlas untuk membantu rakan2 yang mengalami masalah yang sama...moga2 dipermudahkan Tuhan...aminnn.

Thank to Lisa....my member dalam team herbalife yang banyak membantu. sharing is caring kan???...

p/s : Kalau anda nak jadi seperti mereka...hubungi saya ya..insyaAllah...saya akan membantu anda.


Salam Mesra,
ChemSo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...