Friday, 29 April 2011

Testimonial April V4



Assalamualaikum semua..

Hari ni aku nak paparkan satu lagi testimonia menarik untuk dikongsikan bersama2. alhamdulillah..syukur...setiap kesabaran itu ada hikmahnya.

Yang penting kita kena usaha dan tetapkan matlamat kita. berusaha..dan sentiasa berusaha. jangan mudah putus asa. setiap orang penurunan berat badan tidak sama. ada yang cepat dan ada yang lambat.

Raya dah nak dekat kan???....mesti kita nak balik kampung dengan penampilan baru..so apa lagik!!!!!...hurry up. 4 bulan jer lagik. kalau betol2 nak buat...dalam masa 4 bulan dapat hilangkan 10kg...paling kurang. JOMMMM!!!!


Tuesday, 19 April 2011

4 Golongan Orang Nak Kurus

Semenjak menyelami dunia penulisan blog berkaitan diet dan senaman, aku dah melihat berbagai-bagai ragam manusia yang berusaha untuk kurus. Ada yang buat itu, ada yang buat ini. Ada yang ambil produk itu, ada yang ambil produk ini. Tetapi bagaimana dengan hasil akhir daripada program yang diadaptasi dari cerita kawan-kawan atau dicetuskan dari akal fikiran sendiri tu? Kebanyakkannya tidak konsisten, bersifat Yo-yo effect dan sebagainya.

Entri kali ini aku nak menyenaraikan 4 golongan rakyat Malaysia yang nak kurus berserta dengan strategi asas dalam menurukan berat badan, berorientasikan 2 perkara yang boleh mempengaruhi defisit ambilan kalori dalam sehari, iaitu senaman dan pemakanan.

“Guys.. 4 golongan…”

1 – Golongan jaga makan, tak mahu bersenam

Manusia-manusia nak kurus dari golongan ini sangat ramai. Rata-rata mereka amat liat dan malas untuk bersenam dengan alasan seperti “punggung aku besarlah, susah nak bergerak”, “aku sibuk bekerja sampai tiada masa bersenam”, dan sebagainya. Kebiasaannya golongan-golongan ni tak makan nasi, diorang makan biskut pakcik Ya’akob (Jacobs), minum susu Anlene segelas sebagai santapan makan malam, sampai satu tahap kita sendiri pun tak tahu di mana terletaknya sumber protein dalam diet mereka. Yang menariknya, akan ada yang cakap, “Aku tak makan nasi, aku makan megi, dalam megi ada protein apa, tengok apa yang tertulis kat bungkusan megi ni kalau tak percaya!” (agak-agak dia faham tak apa yang dimaksudkan dengan “Essentials Amino Acids“? kesian kena kelentong bulat-bulat macam tu)

Malas bersenam, tapi ada hati nak kurus…

2 – Golongan tak jaga makan, tapi bersenam gila-gila
Manusia-manusia dari jenis ni mungkin kita jarang dengar, tapi jangan tak tahu, ada. Selalunya golongan ni akan mengomel, “aku hari-hari main futsal, setiap pagi berjogging, tapi kenapa tak kurus-kurus juga ni?!” Bila ditanya apa yang mereka makan, jangan terkejut jika mereka menjawab sebelum tidur mereka makan macam-macam, burgerlah, goreng pisanglah, roti canailah. Nak kata tak cukup makan tak juga sebab waktu pagi, tengahari, malam makan masih makan nasi. Tak perlu dihairankan juga jika selepas bersenam mereka tonggang minuman 100 plus sebotol besar tu. Macam mana nak kurus kalau dah nafsu macam tu?

3 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, tapi tak buat weight training
Golongan ini sebenarnya lebih elok daripada 2 golongan di atas, cuma dia tak lakukan weight training. Golongan ini aku jamin akan mengalami penurunan berat badan sebab berkardio gila-gila, jogging hampir setiap hari berjam-jam lamanya, tapi jangan tak tahu yang banyak turun tu bukan sahaja lemak, tetapi enjin kepada pembakaran lemak iaitu otot. Kebiasaanya golongan seperti ini akan cepat mencapai plateau (berat jadi statik, tak mahu turun-turun dah) ketika menurunkan berat badan, dek kerana kejatuhan kadar metabolisma. Kenapa kadar metabolisma jatuh? Tentulah disebabkan penurunan otot!

4 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, DAN buat weight training
Golongan ini lah yang kita cari sebenarnya, tuan-tuan dan puan-puan. Cubalah menjadi sebahagian daripada golongan ini. Mengapa aku berkata demikian? Ini kerana, golongan sebegini bukan sahaja pandai meningkatkan jurang defisit kalori menerusi jaga makan dan kardio (senaman kardio seperti jogging, futsal, badminton, hiking, membakar beratus-ratus kalori untuk satu sesi), tetapi juga PANDAI menjaga enjin yang menggerakkan metabolisma untuk membakar lemak, iaitu otot.

Apabila kita memaksa penyusutan berat badan menerusi defisit kalori, secara umumnya badan akan memasuki fasa katabolik. Badan seterusnya bukan sahaja mengambil sumber tenaga alternatif daripada lemak yang tersimpan di bawah tisu adipos, tetapi otot juga akan dibakar sebagai bahan bakar alternatif, dan ini merupakan sebahagian daripada sistem penyesuaian tubuh badan dengan ‘situasinya yang baru’, iaitu penerimaan kalori dari luar (makanan) yang kurang. Keadaan ini akan mengakibatkan penyusutan otot, sekaligus kadar metabolisma akan jatuh.

Oleh yang demikian, weight training itu perlu kerana menerusi weight training, otot-otot kita akan dipaksa untuk bekerja dan ‘membesar’. Hakikatnya, otot tidak akan membesar kerana kalori yang diambil tu tak cukup, tetapi sekurang-kurangnya weight training akan melawan kembali kesan penyusutan otot, sekaligus meletakkan ia dalam fasa anabolik. Kesannya, berat otot tidak akan jatuh, kadar metabolisma meningkat, dan lebih banyak lemak yang akan dibakar apabila kardio dilakukan kelak.

Tidak semestinya weight training ini melibatkan besi dumbell, atau perlu ke gym untuk melakukannya. Memadai dengan melakukan senaman calisthenics seperti tekan tubi (push-ups), sit-ups, squat, lunges, atau pull ups. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang melakukan senaman kardio + weight training akan turun berat sekurang-kurangnya 2x lebih pantas berbanding individu yang tahu berjogging (kardio) sahaja.

Komen : Golongan yang tak jaga makan, tak bersenam langsung, tapi ada hati nak kurus itu lebih teruk berbanding keempat-empat golongan di atas.. mereka akan pandang kepada pil kurus tu sambil bercakap dalam hati, “Dengan mengambil sebiji pil ini setiap hari, aku pasti akan kurus dan memiliki badan seperti Taylor Swift 5 bulan dari sekarang, hehehe”

Friday, 15 April 2011

Testimonia Pengguna April V2



Salam, nak hapdet testimonia member2 yang telah menggunakan herbalife. Alhamdulillah...semua menjadi. Berkat kesabaran yang tinggi. Ada daripada member di atas...terus menjadi dealer bagi herbalife. ya...niat yang ikhlas untuk membantu rakan2 yang mengalami masalah yang sama...moga2 dipermudahkan Tuhan...aminnn.

Thank to Lisa....my member dalam team herbalife yang banyak membantu. sharing is caring kan???...

p/s : Kalau anda nak jadi seperti mereka...hubungi saya ya..insyaAllah...saya akan membantu anda.


Salam Mesra,
ChemSo

Thursday, 14 April 2011

Testimonia Pengguna April



tahniah pada customer ni. alhamdulillah...walaupun amik masa 3 bulan...tapi berbaloi hasilnya.
harap2 beliau dapat mencapai berat idamannya 57kg. aku sentiasa doakan. mudah2an. orang kata "nak seribu daya, taknak seribu dalih". pada apa yang kita boleh/perlu ubah...kita kena ubah. jangan tunggu masa mengubah kita...takut terlambat tak sempat.

pada sesiapa yang nak keterangan lanjut, boleh hubungi aku atau boleh juga hubungi customer di atas. no telefon aku akan bagi..(kalau masih ragu2)

Selamat mencuba semua.....!!!!!!!!

Salam Mesra,
ChemSo

Sunday, 10 April 2011

Sasaran Anda

Assalamualaikum dan Selamat Pagi....

Anda telah membeli produk herballife???? dan anda menggunakannya hanya dengan mengikut cakap2 orang??? anda tidak tahu untuk merencanakan sasaran anda apabila menggunakan produk ini???

Saya berikan matlamat/sasaran pengguna produk Herbalife di sini untuk digunakan juga oleh anda :

Matlamat 1 - Apakah berat badan dan saiz baju yang anda inginkan dalam masa 8 minggu?

Matlamat 2 - Apakah berat badan dan saiz baju yang anda inginkan dalam masa 6 bulan?

ANDA YANG BARU - apakah yang diinginkan dalam diri anda yang baru? Lebih bertenaga, berkeyakinan tinggi, penampilan yang lebih baik, berasa lebih muda atau lain-lain?

GANJARAN - Bagaimana anda memberi ganjaran kepada diri anda? Percutian, pakaian baru, sehari di SPA kesihatan, lawatan ke panggung wayang?

Gunakan produk Herbalife mengikut cara dan betul serta keazaman dan semangat anda untuk mencapai matlamat anda. Jangan terlalu mengharapkan semua itu tercapai dalam masa 1 bulan, kelak anda juga yang akan berputus asa. Yang penting...kita mencapai sasaran kita dengan selamat dan konsisten. Selamat mencuba!!!

Thursday, 7 April 2011

Susan Peterson


Nama diatas adalah Susan Peterson. Gambar ni baru diambil 16 February lepas masa Founder Circle Tour (curik dalam facebook). Sekarang dah berumur 52 tahun dan sudah menggunakan Herbalife selama 28 tahun. Ramai yang tanya aku, apa side effect Herbalife ni selain boleh turunkan, naikkan, maintain berat badan? aku cakap 'ni ha side effect Herbalife (tunjuk gambar susan peterson) dia dah makan 28 tahun dan apa yang dia dapat, kesihatan di tahap optimum, muka semakin cantik!'

Mati itu pasti, tak boleh nak ubah
Tapi mati dengan menyusahkan orang lain - itu boleh ubah!!

uhu, sekarang baru amek herbalife tak sampai 2 tahun pun lagi. Kalau makan nasi lemak tiap2 pagi tak tanya side effect die, tapi bagi the best nutrition product, macam-macam ditanya. hehe. bagi gambar lah jawab lagi mudah =)

25 Tips Kuruskan Badan Dengan Pantas

Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.

1-10: Nutrisi dan diet pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.

  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!

  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.

  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.

  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

11-20 Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)

  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.

  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.

  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak

  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak)

  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.

  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.

  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.

  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.

  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...