Tuesday, 28 February 2012

Mula Sikit-Sikit @ Perlahan-lahan

Anda mungkin seorang yang dalam proses ingin menurunkan berat badan dan telah melalui proses diet untuk beberapa seketika.

Kalau dulu anda rasa anda tidak boleh, atau tidak mampu bersenam, tetapi tiba-tiba sekarang rasa nak mula memasukkan rutin senaman dalam hidup anda, ATAU, anda dulu memang kaki bersenam, tapi dah lama tinggalkan dan teringin nak mulakan semula.

Macamana nak mulakan semula aktiviti senaman secara perlahan-lahan tanpa membebankan tubuh badan anda? Inilah yang dimaksudkan dengan Start Small.

Dengan bermula secara perlahan, anda akan dapat membawa diri anda untuk melakukan rutin senaman tanpa sebarang sakit. Anda juga dapat mempersiapkan diri anda untuk melakukan lebih banyak aktiviti, dan mendatangkan minat dan motivasi untuk menambah tahap kesukaran aktiviti anda.

Macamana nak Start Small ?

  • Berjalan setiap hari selama 15 minit
  • Dapatkan rehat yang cukup - tidur 8 jam sehari untuk tenaga
  • Stretch setiap pagi
  • Gunakan tangga menggantikan lif di pejabat
  • Skip rancangan di TV dan gantikan dengan aktiviti luar.
  • Buat aktiviti push-up dan sit-up selama 1 minit (bergantung kepada bilangan yg anda mampu).
Jadi, ingatlah. Formula ringkas untuk turunkan berat badan ialah jaga diet dan lakukan senaman. Dengan dua cara ini, mesti berat yang diinginkan akan dapat dicapai sooner or later.

Good Luck!

Monday, 20 February 2012

Jadikan Makan Kerap Tetapi Sedikit Sebagai Amalan

Sekiranya anda seorang ibu, menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak seharian, kebanyakannya akan lebih kerap makan sepanjang hari. Kita akan lebih terjerumus sebagai orang yang kerap makan, bukan makanan yang berat tetapi lebih kepada mengambil makanan ringan, atau dipanggil snacking.

Snacking tidak semestinya tidak bagus untuk kita- sekiranya makanan yang diambil adalah sesuai, dan sekiranya anda seorang yang kerap lapar, boleh bertukar menjadi suatu tabiat yang menyihatkan.

Biasanya seseorang akan mudah lapar setiap 3-4 jam. Perbuatan mengambil makanan berkuantiti sedikit tetapi pada masa yang kerap, boleh mengelakkan kita daripada mengambil terlalu banyak makanan pada waktu makan tengahari atau makan malam. Makanan ringan sepatutnya mengandungi karbohidrat sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biskut / makanan jenis whole grain, serta protein sihat seperti kekacang, produk soya, atau produk tenusu rendah lemak.

Kebiasaannya masa antara makan tengahari dan makan malam merupakan waktu paling sukar. Kebanyakan orang akan cuba untuk 'tahan lapar', dan menyebabkan pengambilan makananan berlebihan sewaktu makan malam. Daripada mengambil snek, kita boleh ambil 'makan tengahari kedua', sesuatu yang lebih mengenyangkan tetapi berkhasiat seperti shake, keju dengan buah-buahan, atau makanan rendah kalori yang lain. Kemudian, waktu makan malam, kita boleh kurangkan sedikit pengambilan makanan.

Sekiranya anda kerap lapar selepas waktu makan malam pula, cubalah berus gigi anda selepas makan. Itu merupakan isyarat yang bagus kepada badan anda untuk berhenti makan untuk hari itu.

Sumber daripada Susan Bowerman, MS, RD, CSSD, salah seorang konsultant Herbalife.

Wednesday, 15 February 2012

Kisah Orang Dengan Penimbang


Kali ni nak kisahkan sedikit mengenai perangai orang dengan penimbang.

Ada orang yang malu dengan penimbang
Ada yang hari-hari pun nak timbang
Ada yang konsisten, dan setkan diri untuk menimbang seminggu atau dua minggu sekali

Mana yang paling baik sebenarnyaya?

Of course, orang yang tidak pernah menimbang ialah orang yang paling selesa dengan dirinya sendiri. Sama ada dia memang kurus, atau obese, dia telah menerima hakikat dengan berat badan dirinya dan tidak inginkan sebarang perubahan. Kalau berat tu memang kekal tak apalah. Tapi kalau berat semakin lama semakin naik tanpa disedari, atau diingini, ini akan mengundang bahaya di masa hadapan, kerana orang yang obese mudah mendapat penyakit.

Kalau nak turun banyak elok timbang seminggu sekali. Sebab, kalau penurunan terlalu perlahan akan menyebabkan anda mudah kecewa dan mungkin berputus asa. Ingatlah bahawa tahap kesihatan bukan ditentukan oleh penimbang semata-mata. Sedari perubahan pada diri sendiri. Betapa anda lebih bertenaga, dan rasa lebih sihat. Berapa banyak ukuran pinggang yang berkurang? Adakah anda kelihatan lebih menarik di hadapan cermin? Take note dengan perubahan diri dan perasaan anda sendiri.

However, sekiranya anda sedang maintain atau ada sedikit sahaja hendak diturunkan, menimbang dengan lebih kerap akan membantu anda untuk maintain dan tidak terlebih. Sebab bila kesedaran diri dah ada, anda sendiri akan tahu bila masa anda kena mula berdiet semula ketika berat semakin naik. Dan percayalah, menurut kajian, orang yang mempunyai penimbang, dan selalu menimbang berat tidak akan menjadi obese, selagi dia masih sedar dengan matlamat untuk kekal sihat.

The Difference Between Women & Men



Sekiranya satu pasangan memutuskan untuk menurunkan berat badan bersama-sama, ini merupakan satu keputusan yang paling baik. Lebih mudah untuk kawal pemakanan dan melakukan excersize sekiranya 'partner' anda juga ingin melakukan perkara yang sama.

Baru-baru ini Herbalife telah melakukan kajian terhadap kira-kira 1000 orang lelaki dan perempuan untuk mengetahui purata sebab mengapa mereka mahu menurunkan berat badan. Perbezaan antara jantina begitu ketara.

Bagi wanita, mereka mahu turun berat badan untuk nampak lebih menarik. Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan bentuk badan mereka yang asal. Bagi lelaki pula, mereka hanya mahu turun berat apabila rasa badan semakin menjadi tidak sihat.

Wanita juga lebih cepat berasa tidak puas hati dengan kenaikan badan mereka. Walaupun hanya naik sebanyak 5paun/2.2kg sahaja, mereka akan cepat-cepat memikirkan untuk menurunkan berat badan. Bagi lelaki pula, hanya selepas kenaikan 20paun/9kg baru mereka akan fikir untuk menurunkan berat badan. Ini biasanya kerana wanita selalunya terpengaruh dengan artis atau model yang kurus dan ramping, manakala lelaki pula lebih terpengaruh oleh ahli-ahli sukan yang kebanyakannya memang mempunyai saiz badan yang besar.

Bagi kaum lelaki, biasanya mereka akan mengambil lankag secara direct dengan menyenaraikan apa yang ingin dicapai dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai apa yg mereka inginkan. Mereka biasanya akan memilih untuk bersenam dengan lebih kuat bagi menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Mereka akan bertanya,"Apa yang perlu saya ambil dan tinggalkan untuk turunkan berat badan?"

Berbeza untuk wanita pula, mereka lebih suka memlilih untuk diet dan senaman dalam menurunkan berat badan. Dan biasanya mereka akan cuba untuk mencari alasan untuk memberikan kelonggaran kepada rutin mereka. Antaranya, mungkin ada yg akan bertanya,"Boleh tak kalau saya ambil sedikit coklat dalam diet saya?"
Atas sebab perbezaan ini, adalah kurang baik bagi pasangan yang ingin menurunkan berat badan untuk bersaing. Sebagai contoh, keperluan kalori lelaki lebih tinggi daripada wanita. Sekiranya orang lelaki mengurangkan sedikit kalori bersamaan dengan kalori yg dikurangkan oleh wanita, mereka akan tetap cepat turun berat kerana keperluan kalori wanita yang lebih rendah. Mereka hanya perlu kurangkan sedikit penambilan makanan dan masih lagi turun berat. Manakala wanita terpaksa lebih banyak berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ini akan lebih mengecewakan wanita dalam pasangan itu, walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk mengurangkan pengambilan makanan.


Adalah penting bagi pasangan yang sama-sama ingin menurunkan berat badan, untuk memberikan skngan antara satu sama lain. Lelaki seharusnya peka dengan lebih cepat sekiranya berlaku kenaikan berat badan, kerana ini akan meningkatkan risiko penyakita berbahaya. Walaupun senaman berat pilihan lelaki lebih cepat menurunkan berat badan, diet dan senaman pilihan wanita akan lebih memberikan kesan jangka masa panjang dari segi kesihatan.

Wanita pula patut cuba mengikut lelaki yang mana lebih fpkus dengan goal mereka, dan akan membantu sekiranya mereka tidak mencapai berat badan yang diinginkan dalam masa yang dijangka. Mereka akan lebih mudah untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan sekiranya mereka lebih berpuas hati perbezaan yang dirasai hasil daripada pilihan diet dan senaman yang telah dilaksanakan. Dengan lebih menekankan untuk menjadi lebih kuat dan sihat, akan membantu wanita untuk lebih menerima keadaan tubuh badan masing-masing.


New Label Untuk Produk Herbalife


Please take note bahawa produk Herbalife akan bertukar label secara berperingkat bermula daripada Herbalife Formula 1 perisa Dutch Chocolate. Yang lain-lainnya akan bertukar dalam masa terdekat.

Oleh itu sekiranya anda membuat pesanan dan mendapati bahawa rupa bekas produk Herbalife anda berlainan daripada sebelum ini, jangan terperanjat ye. Ini adalah cara Herbalife supaya semua produknya mempunyai rupa dan imej yang sama di seluruh dunia.

Lagipun, apa yang ada di luar tidak penting. Yang penting ialah kualiti dan nutrisi yang diberikan oleh setiap produk Herbalife, that really counts ;)

Monday, 16 January 2012

FAQ berkaitan Herbalife

Sepanjang aku berblog mengenai Herbalife ni, ada selalu dapat email daripada ramai orang bertanyakan mengenai Herbalife. So ini aku listkan soalan yang selalu ditanya dan jawapan aku supaya kalau orang tanya lagi, aku boleh referkan kat sini je.

Soalan berkaitan menu harian dengan Herbalife

S: Boleh tak amik shake sekali dan normal meal sekali setiap hari untuk turunkan berat badan?
J: Tidak boleh. Untuk turun berat badan mesti ambil shake 2 kali sehari dan 1 normal meal.
Kalau ambil 1 shake dan 1 normal meal, maknanya ada skip 1 meal. Amalan skip waktu makan tidak bagus diamalkan.

S: Masa normal meal boleh makan nasi ke?
J: Of course boleh. Cuma, kalau nak result lebih efektif, kena kurangkan nasi. Dinasihatkan ambil makanan yang seimbang waktu normal meal. Yang penting jumlah pengambilan kalori satu hari perlu dikurangkan untuk turunkan berat badan.

S: Macamana sukatan dan menu yang betul untuk consume Herbalife?
J: Soalan ni kena refer pada coach/ agen Herbalife anda. Sekiranya coach/agen anda tidak dapat memberikan jawapan yang sepatutnya/memuaskan, boleh hubungi saya untuk panduan.
Pada sesiapa yang masih belum mendaftar pulak, boleh berikan saya email dan saya akan emailkan cara penggunaan Herbalife yang terbaik sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk ini.

S: Boleh ke ibu yang sedang menyusukan anak menggunakan Herbalife?
J: Boleh. Malah, lebih baik lagi kerana ibu mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya untuk menyusukan bayi. Kandungan soya dalam Herbalife juga boleh membantu menambah kuantiti susu ibu. Cuma teamix tidak digalakkan untuk ibu yg sedang menyusukan anak kerana teamix mengandungi caffein. Dikhuatiri akan menyebabkan bayi susah tidur dan mungkinsenang meragam.
Ibu mengandung dan kanak-kanak juga boleh mengambil shake Herbalife.


Soalan berkaitan teamix

S: Bila waktu yang sesuai minum teamix?
J: Bila-bila masa sahaja tetapi mesti jarakkan 30 minit- 1 jam sebelum dan selepas ambil shake supaya nutrisi dalam shake tak hilang.

S: Boleh ke minum teamix waktu malam?
J: Teamix mengandungi natural caffein. Jadi pada sesiapa yang susah nak tidur dinasihatkan supaya minum teamix sebelum pukul 6 ptg. Tapi kalau macam aku ni, minum teamix pukul 9 mlm pun, pukul 11 mlm dah mengantuk.
Apa yang penting, selepas minum teamix pastikan minum 1 Liter air kosong. So kalau minum teamix waktu malam, kena minum 1 L air sebelum masuk tidur.



Soalan berkaitan pembelian produk Herbalife

S: Kenapa ada orang ambil Herbalife F1 sahaja dan ada yang ambil F1 dengan F3?
J: Sebenarnya bergantung kepada pilihan masing-masing. Ada sebab kenapa ambil F1 sahaja dan kenapa ambil F1+ F3. Sebelum keluarkan duit untuk beli Herbalife, pastikan dulu apa target anda, nak turunkan berat(kg) dulu atau nak target untuk body shape (kurangkan inci). F1 untuk turunkan berat badan. Kalau ambil F1 sahaja, kg akan hilang dengan cepat. F3 pula untuk shape dan hilangkan inci. Kalau diambil F3 bersama F1, kg akan hilang lambat sikit tapi inci akan hilang cepat. So, pastikan apa target anda dulu sebelum order Herbalife dengan distributor yang dipilih.

S: Boleh ke nak beli asing-asing produk Herbalife atau WAJIB ambil 1 set (Start-Now-Pack)?
J:
Of course boleh. Tak perlu beli by set. Macam aku tulis di atas, semuanya bergantung kepada keperluan dan bajet anda. Boleh ambil satu set, F1 dan teamix, atau F1 sahaja.

S: Macamana nak dapatkan Herbalife dengan lebih murah?
J:
Mesti daftar sebagai ahli untuk dapatkan diskaun. Mengikut peraturan Herbalife, harga diskaun hanya dapat diberikan kepada sesiapa yang dah mendaftar sebagai ahli sahaja. Berapa banyak diskaun dan harga selepas diskaun? Ni hanya boleh diberitahu melalui email sahaja. So, sesiapa yang nak tau boleh hubungi saya.


Walaupun produk Herbalife ni memang produk yang bagus, cara pengambilan yang betul memainkan peranan penting untuk mendapatkan result yang dikehendaki.

Aku selalu juga mendapat maklumbalas daripada orang lain yang menggunakan Herbalife tetapi tidak mendapat result yang sebaiknya. Ada yang hilang bimbingan, ada juga yang kurang faham mengenai menu Herbalife.

Ada juga aku temui beberapa amalan salah dalam pengambilan shake seperti :-
  1. Minum shake dengan milo panas
    - Shake tidak boleh dicampur dengan air panas kerana akan hilangkan kandungan nutrisi dalam shake.
  2. Minum shake selepas dibiarkan sejuk dalam fridge.
    - Shake mesti diminum dalam masa 15 minit selepas dicampur dengan air. Sama juga, untuk elak kandungan nutrisi hilang daripada shake. Kalau nak sejuk, campur sahaja shake dengan air yang sejuk.
  3. Untuk turunkan berat badan, minum shake sebelum makan supaya perut berasa kenyang dan akan makan dengan sedikit
    - Of course kalau ambil shake, kemudian makan, lebih banyak kalori yang akan diambil. Ini akan tambah berat badan, bukannya kurangkan berat.

Jadi, nasihat aku, pastikan anda semua dapat kebaikan Herbalife secukupnya supaya berbaloi dengan kos yang dikeluarkan untuk produk ni. Sama-samalah kita berkongsi rahsia dan tips untuk kesihatan yang terbaik dengan Herbalife.

Shake Herbalife


"Do you know that our Herbalife Formula 1 shake made with nonfat milk has only 180 calories AND more calcium than 6-ounces of plain yogurt, more protein than a roasted chicken thigh, more vitamin A than a mango, more vitamin C than a banana, more fiber than a half-cup of broccoli and as much iron as a half cup of black beans?"

Herbalife shake memang penuh denga khasiat dan nutrisi. Tak tahulah kenapa masih ramai lagi yang belum mahu mengambil produk ini. Adakah kerana anda takut untuk mencuba? Atau anda rasa produk ini di luar kemampuan anda?

Tidak salah untuk mencuba dan tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin bertanya mengenai harga sebenar produk ini. Anda tidak perlu ragu lagi mengenai kesahihan produk ini dari segi keberkesanannya dalam meningkatkan kesihatan seeorang individu. Anda juga tidak boleh menafikan lagi kebolehan produk ini dalam membantu seseorang mencapai berat ideal.

Cubalah sekarang dan masukkanlah shake Herbalife sebagai salah satu daripada makanan sihat yang anda ambil. Anda masih belum terlambat ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...